JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh

Similar documents
DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

PRUlink global leaders fund

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

Yahya 1:1 1 Yahya 1:14. Yahya

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

Aspek Perlindungan Sinaran dalam Pengimejan Perubatan. Radiation Safety considerations in Medical Imaging

Pre15-11 International Drug Prevention And Rehabilitation Conference (Prevent 2015)

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Markus 1:1 1 Markus 1:10. Markus

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Tafsiran Evolusi Sosial dan Konsep Kerajaan berdasarkan Falsafah Marx-Engels: Kesesuaian dan Aplikasi?

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) EGA411 INTERSHIELD 417 PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 09/06/17

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) Pengenalan Produk dan Syarikat. Pengenalan bahaya sesuatu produk. amaran. International Paint Sdn Bhd

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Transcription:

Jour nal of Bor ne o-kalimantan. V ol 4(1) 2018 JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh *Corresponding author Email address: claytenrobert@gmail.com Clayton Robert ABSTRACT Birundeng merupakan satu pendekatan pengadilan berasaskan kepada adat masyarakat Bidayuh di Sarawak yang bertujuan untuk menyelesaikan konflik. Pendekatan ini mementingkan kebersamaan dan kesepakatan dalam kalangan masyarakat untuk menangani sesuatu kes. Artikel ini akan membincangkan tentang proses dan fungsi birundeng. Kajian ini menggunakan sumber primer, sumber lisan dan kerja lapangan. Artikel ini bertujuan untuk mendedahkan dan menjelaskan tentang fungsi birundeng dalam menangani konflik yang berlaku dalam masyarakat Bidayuh. Kata kunci: Birundeng, takud, konflik, Bidayuh Birundeng is a justicial approach based on the adat of Bidayuh community in Sarawak that aims to resolve conflicts. This approach amphasizes the unity and consensus among the people in dealing with a case. This article will discuss the function and process of birundeng. This uses primary sources, oral sources and field work. This article aims to clarify and shows the function of birundeng in handling conflict among the Bidayuh community. Keywords: Birundeng, takud, conflict, Bidayuh PENGENALAN Konflik merupakan suatu lumrah dalam masyarakat dan tidak terkecuali dalam masyarakat Bidayuh. Hal ini disebabkan oleh fitrah manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan pandangan yang akhirnya akan mencetuskan konflik dan sekiranya tidak diurus dengan baik, sudah pasti akan mendatangkan kesan buruk (Fikhry Hakim bin Fadzilullah, 2015). Menurut (Bharuddin Che Pa & Ajidar Matsyah, 2013), konflik terjadi disebabkan oleh perbezaan pendapat, fahaman, kepentingan diri dan sebagainya. Mengikut pandangan De Bono (1985), konflik adalah suatu perebutan antara dua pihak yang mempunyai kemahuan yang berbeza. Maka, suatu bentuk pendekatan penyelesaian diperlukan untuk menyelesaikan konflik yang terjadi. Setiap masyarakat khususnya di Sarawak mempunyai pendekatan masing-masing untuk menyelesaikan konflik yang terjadi dalam kalangan masyarakat. Tidak terkecuali bagi masyarakat Bidayuh yang mempunyai pendekatan penyelesaian terhadap konflik yang menjadi lumrah dalam masyarakat. Konflik yang bincangkan dalam artikel ini menekankan tentang konflik sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Kajian ini memfokuskan kepada birundeng iaitu pendekatan penyelesaian konflik yang diamalkan oleh masyarakat Bidayuh yang tinggal di kawasan Kedup, Serian, Sarawak. Selain birundeng, masyarakat Bidayuh turut mempunyai beberapa sebutan lainnya seperti biruning, biruneng, bisara, bicara dan bipanyut yang dipengaruhi oleh bahasa dialek dan kawasan

tempat tinggal. Artikel ini akan memfokuskan tujuan birundeng, penglibatan dalam birundeng, peranan orang tua, proses birundeng, elemen masu dalam birundeng, elemen takud dalam birundeng dan perbincangan. Menerusi kajian oleh Ling (2003; 2007) membuktikan kewujudan pendekatan penyelesaian konflik yang diamalkan seperti rondeng (masyarakat Melayu Sarawak) yang bertunjang kepada perkara yang besar, kita buat kecil, perkara yang kecil, kita hapuskan dan bicara (masyarakat Iban) yang menunjangi utai besai gaga mit, utai mit gaga nadai 1 (Ling, 2007, p. 100). Brock-Utne (2001, p. 9) mengatakan bahawa The immediate objective of such conflict resolution is to mend the broken or damaged relationship, rectify wrongs, and restore justice. Hakikatnya, penyelesaian konflik peribumi ini memainkan peranan penting dalam kalangan masyarakat. TUJUAN BIRUNDENG Tujuan utama pendekatan birundeng adalah untuk menyelesaikan dan mengembalikan keharmonian kepada konflik dan isu yang dibawa oleh perujuk masalah kepada Ketua Kampung. Seperkara lagi, tujuan birundeng adalah untuk memberikan keadilan kepada pihak yang ditindas. Kaedah ini akan memberikan platform kepada pihak yang ditindas untuk menyuarakan permasalahan mereka untuk mencari keadilan di peringkat kampung. Di samping itu, birundeng juga bertujuan untuk memberikan ketenangan kepada keseluruhan penduduk kampung akibat daripada konflik yang timbul. Masyarakat Bidayuh yang masih mengamalkan kepercayaan tradisional mempercayai jika sesuatu konflik dalam masyarakat tidak diatasi dengan segera dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya bencana dan penyakit kepada mereka. Oleh itu, konflik harus diselesaikan dengan segera untuk mengembalikan ketenangan dalam masyarakat mereka. PENGLIBATAN DALAM BIRUNDENG Ketua Kampung dalam kalangan masyarakat Bidayuh di Sarawak adalah individu yang dipilih secara persepakatan oleh penduduk kampung. Penglibatan dalam praktis birundeng ini, terdiri daripada Ketua Kampung yang bertindak sebagai ketua dan beberapa orang tua yang telah dipilih untuk membantu beliau dalam membuat keputusan. Selain itu, birundeng turut melibatkan penyertaan pihak yang bertelagah. Jika konflik yang diperbincangkan tersebut memerlukan saksi, maka saksi boleh turut serta dalam sesi birundeng tersebut. PERANAN ORANG TUA Sesi birundeng amat memerlukan penyertaan orang tua secara langsung dalam sesi pendengaran masalah oleh kedua-dua belah pihak yang bertelagah dan saksi. Namba merupakan istilah dalam bahasa Bidayuh yang bermaksud orang tua. Kepentingan penyertaan orang tua dalam sesi birundeng adalah kerana mereka merupakan penasihat utama kepada Ketua Kampung mengenai masalah yang diperbincangkan. Hal ini demikian kerana, Ketua Kampung memerlukan pendapat, nasihat dan buah fikiran mengenai masalah yang diperbincangkan untuk membantu dan membimbing Ketua Kampung untuk memutuskan sebarang keputusan berkenaan dengan masalah yang diperbahaskan. Nasihat yang akan diberikan oleh orang tua dengan sedaya-upaya nasihat tersebut haruslah dapat diterima baik oleh pihak yang bertelagah, nasihat yang membina dan nasihat yang tidak menjatuhkan aib mana-mana pihak. Seiring dengan pendapat Siang anak Prede (2002:123): Tua kaum atau pingara iaitu Hakim yang akan mengendalikan sesuatu konflik yang berlaku. Dengan mengaplikasikan prosedur penyelesaian dari aspek teori Tua kaum biasanya akan menggunakan bidang kuasa yang ada padanya untuk menetapkan 1 Perkara yang besar dijadikan kecil, perkara kecil kita tiadakan Journal of Borneo-Kalimantan. V ol 4(1) 2018 29

sebarang bentuk keputusan dan ia adalah sah dan muktamad tanpa menidakkan hak individu atau masyarakat yang terlibat. Apabila kedua-dua belah pihak yang bertelagah telah mengutarakan permasalahan yang dihadapi, maka orang tua diminta untuk memberikan pandangan masing-masing mengenai permasalahan yang diutarakan oleh pihak bertelagah. Tambahan lagi, orang tua yang dipilih merupakan individu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup luas mengenai hal ehwal kampung dan hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan yang diperbincangkan. Seterusnya, akan diterangkan dengan lanjut mengenai cara masalah dirujuk dalam pendekatan birundeng. Walau bagaimanapun, praktis birundeng ini seringkali dikatakan bertujuan untuk mengaibkan dan memalukan antara pihak yang berkonflik. Hal ini demikian kerana, ada sesetengah pihak yang merasakan mereka melakukan perkara yang betul dan bagi mereka ianya bukan kesalahan. Namun, tujuan utamanya adalah untuk mencari jalan penyelesaian dan mengembalikan keharmonian kepada kedua-dua pihak yang bertelagah. Jika, keharmonian kampung tidak dikembalikan maka akan memberikan kesan negatif kepada individu yang berkonflik ataupun kepada kampung seperti ditimpa malapetaka. Ianya baik bagi individu yang melakukan kesalahan untuk mengaku kesalahan yang dilakukan ataupun sebaliknya kerana jika mereka tidak berterus terang ditakuti mereka akan ditimpa tulah kerana menganiayai orang lain. Seperti yang dikatakan di atas, praktis birundeng bukan bertujuan untuk memalukan dan bersifat tidak adil dalam memutuskan keputusan namun praktis birundeng bertujuan untuk mencari jalan keluar daripada masalah. Lagipun, tulah jika melawan arahan Ketua Kampung dan melakukan kesalahan kepada orang lain tetapi tidak mahu mengaku kesalahan. Mengikut Joho Anak Limau (2018), tulah sangat ditakuti oleh masyarakat kerana tulah merupakan satu bentuk pembalasan spiritual kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan secara sengaja atau sebaliknya kerana dipercayai tiada individu kebal daripada adat. Masyarakat Bidayuh beranggapan bahawa praktis birundeng ini mengaibkan dan memalukan kerana stigma masyarakat di kampung yang menyatakan bahawa masalah yang dirujuk kepada Ketua Kampung memberikan gambaran bahawa individu atau keluarga tersebut bermasalah dan berperangai tidak baik. Hal ini bertepatan dengan pendapat yang diutarakan oleh ketua-ketua komuniti dalam kajian oleh Ling (2007) yang menegaskan bahawa dalam masyarakat Iban dan Melayu, individu seringkali menumpukan dan memikirkan tentang persepsi orang lain mengenai diri individu. Oleh itu, kita harus sedaya upaya untuk tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri. ELEMEN MASU (JUMPA) DALAM BIRUNDENG Pada awalnya, apabila berlaku suatu pertelingakahan antara dua belah pihak mengenai isu atau masalah yang mereka hadapi, pihak yang menghadapi masalah tersebut yang akan membawa masalah tersebut ke pengetahuan Ketua Kampung secara peribadi di rumah Ketua Kampung. Pada peringkat awal, perujuk masalah tersebut akan datang ke rumah Ketua Kampung ataupun dikenali sebagai masu ataupun jumpa. Masu ini merupakan elemen yang penting dalam birundeng di mana perujuk masalah akan datang ke rumah Ketua Kampung dan menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Ketua Kampung secara bersemuka. Peringkat berikutnya, apabila perujuk masalah telah menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Ketua Kampung, maka Ketua Kampung akan menetapkan birundeng dimana kedua-dua belah pihak akan dipanggil untuk menghadiri sesi birundeng yang telah ditetapkan. Pada peringkat perjumpaan ini, Ketua Kampung tidak akan membuat sebarang keputusan untuk mengelakkan sikap berat sebelah tetapi lebih kepada mendengar permasalahan yang dirujuk kepada beliau. Perjumpaan ini lebih kepada peringkat awal birundeng iaitu mendengar masalah yang dirujuk oleh perujuk masalah. Journal of Borneo-Kalimantan. V ol 4(1) 2018 30

Peringkat ini penting Ketua Kampung untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat di peringkat akar umbi. PROSES BIRUNDENG Pendekatan birundeng boleh difahami secara lanjut menerusi gambar rajah di bawah ini. Masalah dirujuk kepada Ketua Kampung Kedua-dua belah pihak dipanggil hadir ke rumah Ketua Kampung untuk pendengaran kes. Kes didengari oleh Ketua Kampung dan pembantunya. Takud (denda) dikenakan jika didapati patut oleh Ketua Kampung. Keputusan dan nasihat akan dibuat samada dikenakan takud atau sebaliknya mengikut budi bicara Ketua Kampung. Kedua-dua belah pihak menyuarakan pendapat dan masing-masing. Gambar Rajah 1.4. Proses Birundeng Sejurus setelah perujuk masalah telah melakukan perjumpaan terhadap Ketua Kampung, maka Ketua Kampung akan menetapkan suatu tarikh dan tempat untuk melakukan birundeng ini. Peringkat seterusnya adalah dimana Ketua Kampung akan ke rumah pelaku untuk memberitahukan bahawa pelaku tersebut dijemput untuk menghadiri sesi birundeng seperti yang telah disepakati oleh Ketua Kampung dan perujuk masalah sebelumnya serta menerangkan tujuan kedatangannya. Peringkat selanjutnya adalah dimana Ketua Kampung turut akan pergi ke rumah Orang Tua untuk menerangkan tentang tujuan kedatangannya dan menjemput mereka untuk menghadiri sesi birundeng tersebut bagi sesi pendengaran kes kedua-dua belah pihak. Saksi untuk sesi birundeng ini bergantung kepada perujuk masalah dan pelaku untuk membawa saksi masing-masing semasa sesi pendengaran kes bagi menyokong hujah mereka di hadapan panel birundeng nanti. Peringkat yang berikutnya merupakan semasa berlangsungnya sesi birundeng di rumah Ketua Kampung. Sesi birundeng ini adalah rahsia dan bersifat tertutup. Pada permulaan peringkat ini, Ketua Kampung sebagai ketua bagi panel birundeng akan menerangkan kepada yang hadir mengenai tujuan birundeng tersebut diadakan. Setelah tujuan panggilan untuk sesi birundeng tersebut telah dilakukan, maka Ketua Kampung akan memulakan sesi birundeng tersebut dengan menjemput perujuk masalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya kepada para hadirin. Selepas pihak perujuk masalah menceritakan masalah yang dihadapinya secara mendalam dan menyeluruh kepada panel birundeng maka pihak pelaku pula akan dijemput untuk membela dirinya dengan menceritakan perkara yang sebenarnya. Pada sesi ini, saksi boleh memberikan kenyataan untuk membuktikan kenyataan oleh kedua-dua pihak dan bergantung kepada kes tersebut. Setelah kedua-dua belah pihak selesai menceritakan masalah dan hujah mereka serta kenyataan daripada para saksi, maka panel birundeng akan bermuafakat sesama mereka untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Kebiasaannya, Ketua Kampung akan meminta nasihat daripada orang tua dan merujuk kepada peruntukan dalam Adat Bidayuh berkaitan masalah tersebut. Apabila panel telah mencapai kata sepakat, maka Ketua Kampung akan memberikan keputusan kepada keduadua belah pihak. Peringkat ini merupakan peringkat terakhir kepada sesi birundeng tersebut. Journal of Borneo-Kalimantan. V ol 4(1) 2018 31

ELEMEN TAKUD (DENDA) DALAM BIRUNDENG Elemen takud dengan birundeng adalah sangat berkait rapat. Kehadiran elemen takud dalam birundeng amat penting kerana berperanan sebagai penguat dalam proses birundeng agar konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Dalam konteks bahasa Bidayuh yang digunakan oleh komuniti Bidayuh di Serian, takud merujuk kepada denda. Denda dalam konteks takud ini bukan sahaja meliputi hukuman kepada individu yang didapati bersalah tetapi juga bagi memastikan individu tersebut sedar mengenai kesalahannya dan memulihkan individu tersebut ke arah yang lebih baik serta mengembalikan keharmonian antara individu tersebut dengan individu lain dan masyarakat sekitar yang turut disebut state of balance. Masyarakat Iban dan Kelabit turut mempunyai hukuman yang dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan yang dipanggil tunggu (Iban) dan pengebpo (Kelabit) (Ramy Bulan, 2014). Menurut Siang Anak Prede (2002), elemen takud meliputi dua bentuk iaitu bentuk yang pertama menjurus kepada bentuk penyelesaian yang melibatkan pembayaran denda yang melibatkan si pesalah dengan mangsa iaitu antara individu dengan individu. Si pesalah akan membayar denda kepada mangsa yang bertujuan untuk mengembalikan keharmonian antara kepada kedua-dua belah pihak. Kenyataan ini seiring dengan pendapat Choudree (1999) yang menyatakan bahawa pendekatan penyelesaian konflik peribumi merupakan suatu pendekatan yang berguna dan berkesan untuk mengembalikan keseimbangan dan menyelesaikan konflik dan pertengakaran dalam kalangan masyarakat peribumi. Bentuk kedua dalam elemen takud adalah bayaran yang harus dibayar untuk memastikan kesejahteraan fizikal dan spiritual antara individu dengan masyarakat sekeliling. Akan tetapi, elemen takud ini sebenarnya bertunjang kepada mengembalikan kesejahteraan kepada mangsa dan masyarakat sekeliling dan bukannya bertumpu kepada denda dan hukuman semata-mata. Perbincangan ini mengenai elemen takud ini boleh difahami menerusi situasi ini. Contoh Kes 1: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an telah merusuh masuk ke rumah seorang penduduk kampung bersama sebilah parang dengan tujuan untuk mencederakan seorang lelaki yang didakwanya telah menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya. Namun, tindakannya sempat dihalang oleh penduduk kampung yang melihat kejadian tersebut. Lelaki yang mengamuk tadi dibawa balik ke rumahnya. Hal tersebut tidak dilaporkan kepada pihak polis sebaliknya dilaporkan kepada Ketua Kampung untuk mendapat pandangan dan jalan penyelesaian. Setelah meneliti pendapat daripada kedua-dua belah pihak pengadu dan pesalah serta saksi maka didapati kedua-dua pihak adalah bersalah kerana merusuh masuk rumah mangsa dengan niat mencederakan dan menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang. Oleh itu, pesalah dikenakan takud (denda) dan pesalah harus menyediakan ayam untuk memulihkan keadaan panas yang berlaku dalam rumah mangsa dan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya juga dikenakan denda. Perbincangan Dalam situasi di atas, memperlihatkan kepentingan dan peranan elemen takud dalam birundeng. Jika diperhatikan, jika seseorang merusuh dalam rumah dengan niat untuk mencederakan seseorang sudah tentu akan menghubungi pihak polis. Namun, berbeza dengan dengan situasi ini. Pesalah tidak langsung dirujuk kepada pihak polis untuk tindakan undang-undang. Sebaliknya, hanya dirujuk kepada Ketua Kampung. Ini menunjukkan bahawa mereka enggan untuk memperbesarkan masalah tersebut sehingga melibatkan campur tangan pihak berkuasa. Cukuplah setakat masalah tersebut diselesaikan di peringkat kampung dengan menggunakan pendekatan birundeng dan peruntukkan adat Bidayuh yang menyentuh masalah tersebut. Hal ini demikian kerana, jika masalah Journal of Borneo-Kalimantan. V ol 4(1) 2018 32

tersebut dirujuk kepada pihak polis, maka sudah tentu masalah tersebut akan menjadi besar dan memberikan kesan kepada pesalah dan keluarga. Pesalah telah didapati bersalah dan dikenakan takud sebagai hukuman di atas tindakannya merusuh masuk rumah mangsa oleh panel juri. Takud yang dikenakan adalah berbentuk wang yang ditetapkan jumlahnya mengikut peruntukkan dalam Adat Bidayuh 1994 yang akan diserahkan kepada mangsa. Begitu juga dengan mangsa yang merupakan kekasih gelap kepada isteri pesalah yang didapati menjalinkan hubungan sulit yang telah disaksikan okeh penduduk kampung yang memberitahukan pesalah tadi. Oleh itu, dia juga dikenakan takud dan diberikan nasihat oleh panel juri untuk tidak mengulangi tindakan tersebut di masa akan datang. Nilai denda juga bergantung kepada tahap keseriusan masalah yang akan dibayar kepada pihak pesalah tadi. Selain daripada hukuman berbentuk takud, pesalah turut dituntut untuk menyediakan ayam kepada pihak mangsa untuk memulihkan dan menawarkan panas di rumah mangsa. Jika keadaan panas tersebut tidak dibuang ataupun ditawarkan, maka dikhuatiri akan menyebabkan keadaan ketidakharmonian dalam ahli keluarga mangsa yang tinggal di rumah tersebut. Komuniti Bidayuh percaya bahawa perbuatan pesalah yang merusuh masuk ke dalam rumah dengan sebilah parang merupakan tindakan yang biadab dan boleh membawa nasib malang kepada keluarga mangsa. Membawa parang ke dalam rumah dengan niat untuk mencederakan adalah sesuatu yang melanggar norma dan nilai komuniti setempat kerana parang merupakan sesuatu yang tajam dan boleh membawa nasib malang dan keadaan panas iaitu keadaan keluarga akan menjadi tidak harmoni dan stabil. Upacara dan doa akan dilakukan di rumah mangsa untuk mengembalikan keadaan harmoni kepada keluarga mangsa dan menyingkirkan keadaan panas yang menyelubungi rumah mangsa. Oleh yang demikian, elemen takud dalam birundeng ini sememangnya memainkan peranan penting dalam berhubungkait antara satu sama lain. Boleh dikatakan disini, elemen takud ini merupakan penguat kepada pendekatan birundeng yang diamalkan oleh komuniti Bidayuh di Sarawak. Contoh Kes 2: Perbincangan Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun telah mengejek dan berkata sesuatu yang kurang elok mengenai seorang kanak-kanak kurang upaya apabila dia menziarahi kanak-kanak kurang upaya tersebut di rumahnya. Kata-kata kanak-kanak perempuan tersebut telah didengari oleh ibu bapa kanak-kanak kurang upaya tersebut lalu membawa masalah tersebut kepada Ketua Kampung kerana perbuatan kanakkanak perempuan tersebut memalukan anaknya. Setelah ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut memberitahu Ketua Kampung mengenai masalah tersebut, Ketua Kampung mendatangi rumah kanak-kanak perempuan tadi meminta mereka hadir ke rumah Ketua Kampung. Hasil daripada birundeng antara kedua-dua pihak dengan perantaraan Ketua Kampung maka kanak-kanak perempuan tersebut dikenakan takud sebanyak RM5.00 (Dipetik daripada Robert, 2015, p.73-74). Di rumah Ketua Kampung kedua-dua parti diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan permasalahan mereka. Ketua Kampung dan pembantunya akan mendengar pendapat dan permasalahan yang mereka utarakan dengan melibatkan birundeng. Kes ini merupakan kes kecil dan hanya memerlukan intervensi Ketua Kampung dalam kes tersebut. Setelah itu, Ketua Kampung mengenakan takud berjumlah RM 5.00 kepada kanak-kanak perempuan tersebut yang harus diberikan kepada kanakkanak kurang upaya tersebut. Kanak-kanak perempuan tersebut didapati salah kerana mengejek kanakkanak kurang upaya tersebut. Secara rasionalnya mengikut Ketua Kampung, walaupun kanak-kanak perempuan tersebut belum sedar mengenai apa yang dikatakannya, namun kanak-kanak kurang upaya tersebut harus Journal of Borneo-Kalimantan. V ol 4(1) 2018 33

dihormati dan dilayan seperti kanak-kanak normal lain. Justeru, takud dikenakan bukan untuk memalukan atau menyalahkan namun sebagai pengajaran agar kanak-kanak perempuan tersebut sedar akan perbuatannya dan tidak menjadi ikutan kanak-kanak lain. Ketua Kampung berkata kanak-kanak kurang upaya itu tidak minta dia dilahirkan cacat. Di samping itu, takud dijelaskan oleh Adat Bidayuh 1994 dimana ianya sebagai suatu bentuk penyelesaian dimana si pesalah harus membayar denda dalam bentuk buah atau wang ringgit kepada mangsa untuk mengembalikan kesejahteraan kepada kedua belah pihak. Kanak-kanak perempuan dan ibu bapanya juga turut diberikan nasihat oleh Ketua Kampung agar mengambil pengajaran daripada masalah tersebut dan agar menghormati kanak-kanak kurang upaya tersebut seperti kanak-kanak lain. Kenyataan ini selari dengan pendapat Heppel yang mengatakan bahawa: Native judicial decision needs not result in what a westerner would regard as a just solution, but it dose result in adversaries openly agreeing to the terms which extinguish a dispute and enable a modicum of harmony to be restored to the group (Heppell, 1975, p.301). Ketua Kampung ketika mengendalikan kes tersebut dalam keadaan dilema untuk mengenakan takud kepada kanak-kanak perempuan tersebut kerana bagi beliau kanak-kanak tidak tahu apa yang dilihat dan dikatakannya. Mereka masih mentah. Jika takud tidak dikenakan maka akan dikhuatiri kesejahteraan kanak-kanak kurang upaya itu akan terganggu yang akan memberikan kesan kepada masa depannya. Justeru, beliau dengan mengambil kira ilmu pengetahuan, rundingan, nasihat daripada pembantu, pendapat ibu bapa serta mengikut adat Bidayuh beliau memutuskan untuk mengenakan takud. Sebenarnya,bukan mudah untuk Ketua Kampung mencapai keputusan untuk mengenakan takud (denda) kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Kanak-kanak perempuan tersebut masih belum matang dalam berfikir dan mengeluarkan kata-kata. Kanak-kanak pada usianya jujur dalam mengeluarkan kata-kata daripada apa yang dilihatnya. Jika, kanak-kanak perempuan tersebut tidak didenda maka akan memberikan kesan kepada kanak-kanak kurang upaya tersebut kerana memberikan kesan kepada spiritualnya yang terganggu. Masyarakat Bidayuh percaya bahawa jika mengeluarkan kata-kata yang kurang elok ataupun mengejek seolah-olah seperti membunuh roh yang berada di dalam badan individu. Jika tidak dipulihkan dan dikembalikan dengan segera dipercayai akan memberikan kesan yang buruk kepada kanak-kanak kurang upaya tersebut. Untuk memulihkan dan mengembalikan roh kanak-kanak kurang upaya tersebut, takud (denda) harus dikenakan kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Takud terhadap kanak-kanak perempuan tersebut mengikut Adat Bidayuh 1994 iaitu menjatuhkan maruah seseorang dalam seksyen 90 yang menyatakan sesiapa yang memberi malu dan menjatuhkan aib orang lain, maka boleh dijatuhkan hukuman setengah pikul dan menyediakan lima puluh buah (Adat Bidayuh 1994, seksyen 90). Pikul merupakan nilai denda yang dikenakan kepada pesalah yang dijatuhkan hukuman mengikut Adat Bidayuh 1994. Terdapat tiga unit takud yang dikenakan kepada pesalah iaitu 10 kati, setengah pikul dan satu pikul (Siang anak Prede, 2002). Oleh itu, nilai untuk unit takud ini adalah 1 kati bersamaan dengan RM 1.00 manakala setengah pikul bersamaan dengan RM 50 dan 1 pikul pula bersamaan dengan RM 100.00. Dalam kes ini, Ketua Kampung telah menggunakan budi bicara dan bertolak ansur dalam hal tersebut dengan hanya mengenakan takud sebanyak RM5 sahaja kerana pihak kanak-kanak perempuan tersebut tidak mampu membayar nilai takud yang sebenar iaitu setengah pikul bersamaan dengan RM50. Harus diingat, ianya bukan hukuman tetapi sebagai peringatan dan pengajaran kepada kanakkanak perempuan tersebut untuk menjaga kata dan menghormati kanak-kanak kurang upaya sebagai manusia biasa. Turut diambilkira, kesejahteraan dan keharmonian keluarga kanak-kanak kurang upaya Journal of Borneo-Kalimantan. V ol 4(1) 2018 34

ini akan dipulihkan kerana kata-kata dan ejekan kanak perempuan tersebut mungkin telah melukakan hati keluarga kanak-kanak kurang upaya tersebut. Daripada contoh kes di atas menunjukkan bahawa kedua-dua bentuk dalam elemen takud telah digunakan dalam mengendalikan konflik dalam masyarakat tempatan. Kedua-dua bentuk elemen takud menekankan dua bentuk iaitu denda kepada si pesalah dalam masa yang sama kesejahteraan kepada mangsa dan yang kedua kesejahteraan kepada masyarakat sekeliling. KESIMPULAN Sesungguhnya, masyarakat Bidayuh mempunyai mekanisme tersendiri dalam menyelesaikan konflik yang berlaku dalam komuniti mereka secara harmoni. Justeru, tidak dinafikan bahawa birundeng mempunyai fungsi dan peranan yang penting dalam mengembalikan keharmonian dalam kalangan individu yang bertelagah. Oleh itu, pendekatan penyelesaian konflik ini seharusnya dikekalkan dan dipelihara agar tidak luput ditelan zaman agar ia terus menjadi identiti masyarakat Bidayuh. SENARAI RUJUKAN Adat Bidayuh (English Version). (1994). Kuching, Sarawak: Percetakan Nasional Malaysia. Bharuddin Che Pa & Ajidar Matsyah. (2013). Konflik politik dan penyelesaiannya menurut perspektif Islam. Kertas Kerja Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VI. UiTM Sarawak. Brock-Utne, B. (2001). Indigenous conflict resolution in Africa. A draft presented to week-end seminar on Indigenous Solutions to Conflicts Held at the University of Oslo, Institute of Educational Research, 23 24 of February 2001. Bulan, R. (2014). Dispute resolution: Restorative justice under native customary justice in Malaysia. Dalam Stamatopoulou E, Indigenous People s Access to Justice, Including Truth and Reconciliation Processes, pages, 319-343. NewYork: Institute for the Study of Human Rights, Columbia University. Choudree, R. B. G. 1996. Conflict Resolution Procedure among the indigenous Australia and South Africa. LL.M. Dissertation, University of Durban-Westville. societies of India, De Bone, E. (1985). Conflict: A better way to resolve them. Penguin Books: Middle Sex, UK. Fikhry Hakim Bin Fadzilullah. (2015). Konsep pengurusan konflik menurut perspektif barat dan Islam: Suatu perbandingan. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7. Heppell, M. (1975). Iban Social Control: The Infant and The Adult. (Ph.d. Dissertation, Australian National University). Ling, H. K. (2003). Drawing Lessons from local designated helpers To Develop Culturally Appropriate Social Work Practice. Asia Pacific Journal of Social Work and Development, 13 (2): 26-45. Ling, H. K. (2007). Indigenising Social Work: Research and Practice in Sarawak. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre. Journal of Borneo-Kalimantan. V ol 4(1) 2018 35

Robert, C. (2015). Praktis eribumi dalam memberi pertolongan (Help Giving) dan meminta pertolongan (Help Seeking) mengikut kaum Bidayuh di Kedup, Serian. Projek Penyelidikan Tahun Akhir Sarjana Muda, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan. Siang Anak Prede. (2002). Adat dalam masyarakat Bidayuh: Peranan dan sumbangan dalam mencorakkan tamadun Pribumi Sarawak. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Temubual Joho Anak Limau. Temu bual 29 April 2018. Kampung Bugu Mawang, Serian, Sarawak. Journal of Borneo-Kalimantan. V ol 4(1) 2018 36