Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

Similar documents
HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

PRUlink global leaders fund

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM PERKARA MENGENAI PERJANJIAN PINJAMAN DAN SURATIKATAN PENYERAHHAKAN YANG KEDUA- DUANYA BERTARIKH 1 0 HB JANUARI,

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) EGA411 INTERSHIELD 417 PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 09/06/17

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) Pengenalan Produk dan Syarikat. Pengenalan bahaya sesuatu produk. amaran. International Paint Sdn Bhd

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) Pengenalan Produk dan Syarikat. Pengenalan bahaya sesuatu produk. amaran. International Paint Sdn Bhd

Untuk kegunaan professional sahaja. Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Transcription:

1. Produk apakah ini? Sijil Pelaburan berkaitan Takaful (ILT) ini menawarkan kombinasi perlindungan takaful dan pelaburan. Produk ini menyediakan pembayaran manfaat sekaligus jika berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh ke atas Orang Yang Dilindungi semasa dalam tempoh Sijil Takaful beserta dengan nilai unit-unit pelaburan, ketika berlaku tuntutan. Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih. Peserta Takaful boleh memilih untuk melabur dalam tiga (3) jenis dana, iaitu Dana Growth, Dana Balanced dan Dana Fixed Income. Pelan ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun. 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Tabarru bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko. Wakalah bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta Takaful di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah. 3. Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan? Berikut adalah manfaat yand ditawarkan dibawah pelan ini: a) Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)1 Semulajadi Bayaran Sekaligus : 90,000.00 2 b) Kematian atau TPD Akibat Kemalangan Bayaran Sekaligus : 150,000.00 2 c) Kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh ke : 60,000.00 [tambahan kepada item(a) dan (b)] atas Orang Yang Dilindungi yang disebabkan oleh kemalangan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau menjadi mangsa salah laku jenayah. d) Keilatan Separa dan Menyeluruh (PPD) Akibat Kemalangan 3 : 60,000.00 e) Penyakit Kritikal Bayaran Sekaligus : 30,000.00 [ tambahan ] Pengecualian Caruman : 1,242.30 [ tahunan ] f) Manfaat Hospital : 50.00 [ pendapatan harian ] g) Pengecualian caruman (Kematian, TPD atau : - [ tahunan ] Penyakit kritikal keatas Pembayar) h) Manfaat Perubatan - IKHLAS Choice Plus Medical Rider * Bilik Hospital & Makan : 200.00 Manfaat Hospital dan Pembedahan : Seperti yang di caj Penjagaan Di Rumah : 150.00 Rawatan Pesakit Luar Kanser : 40,000.00 setahun Rawatan Pesakit Luar Dialisis Buah Pinggang : 20,000.00 setahun Permindahan Organ : 30,000.00 Sekali seumur hidup Rawatan Perubatan Tradisional Akibat Kemalangan : 200.00 Elaun Tunai harian Hospital Kerajaan : 100.00

Perbelanjaan Tempat Tinggal : 250.00 Yuran Laporan Perubatan : 50.00 Cukai Perkhidmatan Kerajaan : di lindungi Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Sehingga i) Had Tahunan Keseluruhan : 65,000.00 ii) Had Seumur Hidup : 650,000.00 Manfaat Kesihatan : 200.00 setahun i) Manfaat Loyalti Peserta Takaful layak untuk menerima Manfaat Loyalti terkumpul pada akhir tahun Sijil Takaful ke sepuluh (10) dan setiap tiga (3) tahun selepas itu, jika Pembayaran S u m b a n g a n T a k a f u l adalah secara tetap didalam tempoh tersebut dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. j) Ganjaran Pembayaran Segera Peserta Takaful akan menerima Jumlah Perlindungan tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Perlindungan Asal, tanpa perlu membayar Sumbangan Takaful tambahan, pada akhir tahun Sijil Takaful ke tiga (3) dan setiap tiga (3) tahun selepas itu, sehingga lima belas tahun (15), jika Pembayaran Sumbangan Takaful adalah secara tetap di dalam tempoh tersebut dan tertakluk Kepada tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. k) Dana yang Dipilih: Dana Growth : 30% Dana Balanced : 20% Dana Fixed Income : 50% l) Manfaat Sijil Matang Nilai Aset Bersih (NAV) yang terdapat di dalam Dana Unit dan lebihan terkumpul daripada Dana Risiko akan dibayar apabila Sijil Takaful telah matang. Peserta Takaful mempunyai pilihan untuk mengeluarkan Faedah Matang berdasarkan kaedahi) Pengeluaran sekaligus; atau ii) Pengeluaran secara bulanan dalam tempoh masa yang ditetapkan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. m) Manfaat Serahan Sijil Takaful NAV yang terdapat di dalam Dana Unit dan lebihan terkumpul daripada Dana Risiko (setelah ditolak yuran pentadbiran sehingga RM 50), yang akan dibayar apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful. n) Pilihan Tambah Nilai Sumbangan Takaful tambahan adalah dibenarkan dari tarikh mula Sijil tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Jumlah Minimum: RM500 Jumlah Maksimum: 5 kali jumlah Sumbangan Takaful tahunan untuk setiap tahun. o) Pengeluaran Tunai Jumlah minimum untuk pengeluaran tunai adalah RM500. Pengeluaran sebahagian tunai adalah tertakluk kepada jumlah agregat baki minimum RM3,000 di dalam semua unit dana. Setiap transaksi pengeluaran adalah tertakluk kepada yuran pengeluaran. Jumlah maksimum yuran pengeluaran adalah RM50.

Nota: 1 Definisi TPD adalah berdasarkan " Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai " dan manfaat yang dibayar adalah tertakluk kepada: Tuntutan keilatan kekal dan menyeluruh disahkan. Sumbangan Takaful tidak tertunggak. 2 Pembayaran manfaat berkemungkinan kurang jika Peserta Takaful menyertai "Term Rider" yang memberikan Jumlah Perlindungan Menyusut Kadar Rata. Jadual di bawah menggambarkan perbezaan Jumlah Perlindungan Rider Bertempoh di antara Jumlah Perlindungan Setara dan Jumlah Perlindungan Menyusut Kadar Rata untuk Tempoh Sijil Takaful 10 tahun dan jumlah perlindungan RM 100,000. Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah Perlindungan Setara (RM) 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 Jumlah Perlindungan Menyusut Kadar Rata (RM) 100,000 90,000 80,000 70,000 60,000 50,000 40,000 30,000 20,000 10,000 3 Jumlah indemniti PPD adalah seperti yang dinyatakan dalam bentuk peratusan daripada Jumlah indemniti seperti yang tercatat di dalam Jadual Pampasan yang dinyatakan pada Sijil Takaful. Orang Yang Dilindungi boleh membuat lebih daripada satu tuntutan di bawah faedah PPD, dengan syarat jumlah yang dibayar tidak melebihi 100% daripada Jumlah Perlindungan. Peringatan : Sila baca risalah pemasaran yang ada penerangan mengenai manfaat produk dan objektif dana berkaitan pelaburan. Adalah penting untuk anda memilih dana atau kombinasi dana yang bersesuaian dengan matlamat kewangan dan profil risiko anda. 4. Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar? Jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan, umur, tempoh, rider-rider, kelas pekerjaan dan Jumlah Perlindungan yang dipohon. Sumbangan Takaful anda adalah seperti berikut: Umur Orang Yang Dilindungi: 35 Tahun Umur Peserta Takaful: -tiada- Tahun Kelas Pekerjaan : 1 Sumbangan Butiran Pelan Tempoh Jumlah Takaful Perlindungan a) IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus 25 30,000 600.00 b) IKHLAS Term Takaful Rider Plus 25 60,000 334.80 c) IKHLAS Additional Critical Illness Takaful Rider Plus 25 30,000 387.30 d) IKHLAS Accidental Death & Disability Takaful Rider Plus 25 60,000 216.00 e) IKHLAS Hospital Benefit Takaful Rider Plus 25 50 91.50 f) IKHLAS Waiver Of Contribution Takaful Rider Plus 25 1,242 176.78 g) IKHLAS Payor Savings Takaful Rider Plus -tiada- -tiada- -tiadah) IKHLAS Regular Top Up Takaful Rider 25 120 120.00 i) IKHLAS Choice Plus Medical Rider 25 Plan C 1,200.00 Jumlah Sumbangan Takaful Tahunan (RM) 3,126.38 Sumbangan Takaful daripada IKHLAS Choice Plus Medical Rider akan diperuntukkan ke dalam PRIA. Kecuali untuk IKHLAS Choice Plus Medical Rider, Takaful IKHLAS akan memperuntukkan sebahagian daripada Caruman untuk membeli unit-unit dalam dana berkaitan pelaburan yang telah dipilih oleh anda. Sebarang jumlah yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar yuran-yuran wakalah, termasuk komisyen-komisyen kepada para ejen dan lain-lain perbelanjaan Pengendali Takaful. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada kadar peruntukan yang dinyatakan dalam ilustrasi produk.

Sumbagan Takaful pembaharuan untuk Pelan yang berkaitan dengan Perubatan dan Kesihatan adalah TIDAK DIJAMIN dan Takaful IKHLAS berhak untuk menyemak kadar Sumbangan Takaful setiap Peserta Takaful pada ulang tahun Sijil Takaful berikutnya berdasarkan pengalaman tuntutan untuk keseluruhan produk. Takaful IKHLAS akan memberi 3 bulan notis bertulis kepada Peserta Takaful sekiranya berlaku penyemakan semula Sumbangan Takaful atau penarikan-balik portfolio. Sumbangan Takaful boleh diubah sekiranya pengalaman tuntutan semakin meningkat, terdapat perubahan terhadap sebarang manfaat produk dan/ atau profil risiko Peserta Takaful. Sebab-sebab untuk perubahan ini adalah tidak terhad dan Sumbangan Takaful juga boleh disemak-semula di atas alasan- alasan lain yang munasabah. 5. Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? a) Yuran Wakalah * Tahun 1 2 3 4 5 6 7 dan keatas Amaun 1,706.35 1,706.35 1,285.39 1,015.07 939.91 939.91 518.80 % daripada Jumlah Caruman b) Komisyen 54.58% 54.58% 41.11% 32.47% 30.06% 30.06% 16.59% Tahun 1 2 3 4 5 6 7 dan keatas Amaun 1,204.35 1,204.35 753.40 603.08 527.92 527.92 1.80 % daripada Jumlah Caruman 38.52% 38.52% 24.10% 19.29% 16.89% 16.89% 0.06% c) Caj Tabarru akan ditolak daripada unit-unit Dana Pelaburan. Tabarru' akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang Yang Dilindungi dan/ atau Peserta Takaful. d) Yuran Pengurusan RM 25 akan dikenakan untuk setiap penambahan Sumbangan Takaful. e) Yuran Pengurusan Dana Da na Fixed Income :1.0% daripada nilai aset bersih Lai n-lain Dana : Maksimum 1.5% daripada nilai aset bersih f) Yuran Pertukaran sebanyak 1% daripada jumlah yang ditukar, maksimum RM50 untuk setiap pertukaran dikenakan untuk pertukaran yang keenam (6) dan berikutnya, dalam setiap tahun Sijil Takaful. g) Caj Pengeluaran Tunai adalah seperti di dalam jadual berikut, maksimum RM 50 setiap pengeluaran. h) Yuran Serahan sebanyak maksimum RM 50. Caj Pengeluaran Tunai i) (Peratus daripada jumlah yang dikeluarkan) Duti Tahun Setem sebanyak RM 1 10 akan dikenakan 2 ke atas setiap Sijil Takaful. 3 Seterusnya Caj 3% 2% 1% 0% j) Caj TPA sebanyak 17 RM untuk setiap Peserta Takaful setahun (hanya digunapakai untuk IKHLAS Choice Plus Medical Rider) Nota: * Yuran Wakalah adalah termasuk Komisyen dan Yuran Pengurusan Sijil Takaful sebanyak RM 60 setahun. 6. Apakah terma dan syarat utama yang perlu diketahui? a) Pendedahan maklumat anda dikehendaki mendedahkan semua maklumat dan fakta seperti umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan dengan betul. Takaful Ikhlas mempunyai hak untuk menolak pembayaran tuntutan jika anda didapati gagal untuk mendedahkan maklumat yang releven yang akan mempengaruhi keputusan untuk menerima atau menolak risiko, dan tentang peruntukan-peruntukan yang akan ditetapkan pada anda.

b) Tempoh Khiyar Anda boleh membatalkan Sijil Takaful dengan mengembalikan Sijil Takaful tersebut kepada pihak Syarikat dalam tempoh 15 hari dari tarikh Sijil Takaful diterima.syarikat akan membatalkannya dengan serta-merta setelah penerimaannya dan memulangkan yang berikut: Untuk semua Pelan, Kecuali IKHLAS Choice Plus Medical Rider i) Sumbangan Takaful yang tidak diperuntukkan, dan ; ii) Nilai unit - unit yang telah diperuntukkan (jika ada) pada harga unit pada Tarikh Penilaian berikutnya, dan; iii) Sebarang caj Takaful dan Yuran Sijil Takaful yang telah ditolak ditolak jumlah perbelanjaan perubatan yang didahulukan oleh syarikat. Untuk IKHLAS Choice Plus Medical Rider Kesemua Sumbangan Takaful yang telah di terima untuk IKHLAS Choice Plus Medical Rider akan dipulangkan semula setelah ditolak jumlah perbelanjaan pemeriksaan perubatan yang didahulukan oleh pihak Syarikat. c) Tempoh Menunggu untuk Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan atau yang berkaitan adalah 30 hari dari tarikh berkuatkuasa. d) Nilai dana - Nilai dana ILT bergantung kepada prestasi dana-dana pelan berkaitan pelaburan yang dipilih. Semakin tinggi tahap perlindungan takaful yang dipilih, maka lebih banyak nilai unit-unit yang akan diserap untuk membayar caj-caj tabarru' dan, unit-unit yang kekal untuk nilai tunai terkumpul di bawah Sijil Takaful anda akan berkurang. e) Sijil Takaful luput - Sijil ILT akan luput apabila nilai unit-unit pelaburan adalah tidak mencukupi untuk membayar tabarru dan caj-caj yang lain. f) Bagi IKHLAS Choice Plus Medical Rider, Pendapatan pelaburan sebenar daripada PRIA boleh berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Oleh itu, jumlah terkumpul di dalam PRIA boleh meningkat naik atau menjadi kurang daripada jumlah Sumbangan Takaful yang telah dibuat ke dalam PRIA (berkemungkinan menyebabkan peluputan sijil Takaful sebelum tempohnya). g) Bagi IKHLAS Choice Plus Medical Rider, Keuntungan pelaburan daripada PRIA, jika ada, akan dipulangkan kepada Peserta Takaful (melalui PRIA) setelah ditolak Yuran Prestasi Pelaburan sebanyak 30% daripada keuntungan pelaburan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat boleh menolak Yuran Prestasi Pelaburan kurang daripada 30%. h) Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada sebarang lebihan boleh-agih kasar semasa berakhirnya Tahun Kewangan Syarikat. Lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Peserta Takaful. i) Takaful Ikhlas Berhad adalah didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di bawah Sijil Takaful. 7. Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini? a) Pengecualian ke atas Manfaat Kematian Jika Orang Yang Dilindungi, sama ada waras atau tidak, membunuh diri di dalam tempoh satu tahun daripada tarikh Sijil Takaful berkuatkuasa, meninggal dunia disebabkan virus Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual, tiada manfaat akan dibayar. Syarikat akan memulangkan semula jumlah terkumpul yang terdapat di dalam Dana Unit (nilai unit pada Tarikh Penilaian semasa tarikh proses) dan jumlah terkumpul di dalam PRIA, termasuk pendapatan pelaburan dari PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, kepada waris Orang Yang Dilindungi. b) Pengecualian Utama yang lain (kecuali bagi Manfaat Kematian) i) Peperangan, penaklukan, ancaman musuh luar, permusuhan atau operasi-operasi berbentuk peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan ataupun tidak) atau perang saudara.

ii) Pemberontakan, rusuhan awam, pemberontakan tentera atau orang awam, insureksi, penentangan, revolusi, perintah berkurung atau darurat atau apa-apa jua peristiwa ataupun penyebab yang boleh menentukan pengisytiharan ataupun penyelenggaraan perintah berkurung ataupun darurat. iii) Sebarang kegiatan pengganas. Untuk tujuan ini kegiatan keganasan bermaksud perlakuan atau perbuatan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada penggunaan sebarang kuasa atau kekerasan atau kekejaman dan/atau ancaman dari situ, oleh mana-mana orang perseorangan atau berkumpulan, sama ada bertindak secara persendirian atau bersandarkan perhubungan dengan mana-mana organisasi atau organisasi-organisasi atau kerajaan atau kerajaan-kerajaan, dilakukan atas sebab-sebab politik, keagamaan, ideologi atau sebarang niat mempengaruhi sebarang kerajaan atau organisasi dan / atau menyebabkan pihak awam, atau sebahagian darinya berada di dalam ketakutan; iv) Disebabkan oleh atau lanjutan daripada bunuh diri atau cubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja atau di bawah pengaruh alkohol atau narkotik atau dadah. v) Ketidakupayaan yang ditanggung oleh Orang Yang Dilindungi apabila melibatkan diri, mengendalikan atau melakukan servis, menaiki atau menuruni daripada atau dengan sebarang alat penerbangan atau kenderaan termasuk terjunan udara, payung terjun, lompatan bungee, peluncuran gantung atau belon udara kecuali apabila Peserta berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh penerbangan komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan; vi) Keilatan bermula sebelum penerimaan perlindungan; vii) Sebarang ketidakpatuhan undang-undang oleh Orang Yang Dilindungi atau kesalahan yang dicetuskan olehnya; viii) Terlibat dalam sebarang aktiviti dalam air yang menggunakan alat pernafasan tiruan; ix) Kecederaan yang disebabkan oleh pembelahan nuklear, percantuman nuklear, alat senjata nuklear atau pencemaran radioaktif; Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualianpengecualian yang terdapat di bawah Sijil Takaful. 8. Bolehkah Sijil Takaful ini dibatalkan? Penyertaan di dalam Takaful Berkaitan Pelaburan adalah komitmen kewangan jangka panjang. Anda tidak digalakkan untuk menyertai pelan ini dalam tempoh masa yang singkat kerana ia akan melibatkan kos permulaan yang tinggi. Jika anda mendapati strategi yang telah dipilih tidak lagi sesuai, anda mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran strategi. Anda dibenarkan melakukan pertukaran lima kali setahun tanpa dikenakan bayaran. Untuk pertukaran seterusnya, anda akan dikenakan yuran pemprosesan. 9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi? Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan pada maklumat/alamat untuk memastikan semua komunikasi perhubungan sampai kepada anda dalam jangka masa ditetapkan. 10. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Berkaitan Pelaburan dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan, sila rujuk kepada buku insurance info mengenai Takaful Berkaitan Pelaburan, dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan yang boleh didapati di semua cawangan kami ataupun anda boleh memperolehinya daripada ejen Takaful kami atau lawati www.insuranceinfo.com.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: Jabatan CRM Takaful IKHLAS Berhad IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5 Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur Tel: +603 2723 9999 Fax: +603 2723 9998 E-mail: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my 11. Produk seumpama yang boleh didapati? -Tiada- NOTA PENTING: INI ADALAH PRODUK TAKAFUL YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI DARIPADA ASET-ASET PENDASAR, DAN INI BUKANLAH PRODUK PELABURAN SEBENAR SEPERTI UNIT AMANAH SAHAM. ANDA MESTI MENILAI PILIHAN- PILIHAN ANDA DENGAN TELITI DAN PERLU MEMUASKAN DIRI ANDA BAHAWA PELAN INVESTMENT-LINKED YANG DIPILIH MEMENUHI KEHENDAK RISIKO ANDA, DAN ANDA MAMPU MEMBAYAR SUMBANGAN TAKAFUL SEPANJANG TEMPOH SIJIL TAKAFUL. UNTUK MENINGKATKAN NILAI PELABURAN PADA BILA-BILA MASA, ADALAH DINASIHATKAN ANDA, MEMBAYAR SUMBANGAN TAKAFUL TAMBAHAN SEBAGAI 'TOP UP'. PULANGAN KE ATAS DANA PELAN BERKAITAN PELABURAN ADALAH TIDAK DIJAMIN. Maklumat yang disediakan dalam keterangan maklumat ini adalah sah pada: