GARIS PANDUAN PROGRAM PENGAWASAN PERUBATAN

Similar documents
DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

Elemen Kesihatan Industri

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

1-2 NOVEMBER 2017 KSL HOTEL, JOHOR BAHRU

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) Pengenalan Produk dan Syarikat. Pengenalan bahaya sesuatu produk. amaran. International Paint Sdn Bhd

Untuk kegunaan professional sahaja. Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) QHA066 INTERZINC 2265 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 05/25/17

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

PROSEDUR OPERASI PIAWAI PKTMK

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) QHA027 Interzinc Part B Version No.(No Versi) 6 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

PRUlink global leaders fund

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

Untuk kegunaan professional sahaja. Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) EGA411 INTERSHIELD 417 PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 09/06/17

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

IR ALL SEASON BAHAGIAN1. PENGENALAN ZAT/SEDIAAN DAN SYARIKAT/USAHAAN IR ALL SEASON BAHAGIAN 2. PENGENALAN BAHAYA. Klasifikasi-GHS

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) Pengenalan Produk dan Syarikat. Pengenalan bahaya sesuatu produk. amaran. International Paint Sdn Bhd

Transcription:

UTHM/OSHE/GP.011 GARIS PANDUAN PROGRAM PENGAWASAN PERUBATAN 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pihak Pengurusan Universiti diperingkat induk atau Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi pelaksanaan program pengawasan perubatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2.0 SKOP Garis panduan ini digunapakai oleh Bahagian Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) bagi melaksanakan Program Pengawasan Perubatan yang melibatkan staf Universiti yang pekerjaannya seperti Jadual Ketiga, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 atau lain-lain seperti yang diarahkan oleh Universiti. 3.0 RUJUKAN 3.1 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). 3.2 Peraturan-peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000. 3.3 Peraturan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadiaan Berbahaya, Penyakit Pekerjaan dan Keracunan Pekerjaan) 2004. 3.4 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. 3.5 Peraturan Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988. 3.6 Garis Panduan Program Pengawasan Perubatan 2001. 3.7 Garis Panduan Perkhidmatan Perubatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2005. 4.0 DEFINISI / SINGKATAN Universiti Bahagian OSHE PTj JKKP OSHA 1994 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Bahagian Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pusat Tanggungjawab Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). 1

OHD Staf JKKPU JKKP PTj PPP Pemeriksaan Perubatan Pra-Pekerjaan Pemeriksaan Perubatan Khas Pemeriksaan Perubatan Susulan Pemeriksaan Perubatan Semasa Berhenti Kerja/Bersara Penyakit Pekerjaan Occupational Health Doctor. Doktor Kesihatan Pekerjaan iaitu Doktor yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pengamal perubatan dan berdaftar dengan DOSH, Kementerian Sumber Manusia sebagai Doktor Kesihatan Pekerjaan). Staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang pekerjaannya seperti Jadual Ketiga Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994. Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Universiti. Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Peringkat Pusat Tanggungjawab. Program Pengawasan Perubatan. Pemeriksaan perubatan yang dilakukan bersama OHD bagi staf yang pekerjaannya seperti Jadual Ketiga Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994. Pemeriksaan perubatan yang dilakukan bersama OHD apabila seseorang pekerja hendak dicadangkan untuk melakukan pekerjaan seperti Jadual Ketiga OSHA1994 bagi mengesahkan pekerja itu berkelayakan daripada aspek perubatan untuk melaksanakan pekerjaan tersebut. Pemeriksaan perubatan yang bukan rutin. Iaitu apabila wujud keperluan mendesak seperti pekerja dikenalpasti mendapat penyakit kronik yang memerlukan pengesahan segara daripada OHD atau diarahkan oleh makamah, Ketua Pengarah JKKP, Pegawai Kanan Universiti atau pihak berwajib yang lain. Pemeriksaan perubatan atas arahan OHD terhadap staf bagi memantau tahap status kesihatan staf tersebut. Pemeriksaan perubatan yang dilakukan bersama OHD apabila seseorang pekerja hendak berhenti kerja / bersara bagi mengesahkan pekerja itu sihat dan tidak mendapat penyakit kronik akibat dedahan kepada pekerjaan. Jika pekerja itu sakit / terkesan daripada aspek kesihatan akibat pekerjaan yang terdahulu, satu surat pemakluman status kesihatan pekerja dan rawatan yang diperlukan selepas persaraan / pemberhentian kerja. Implikasi negatif kepada kesihatan akibat pendedahan kepada sesuatu yang boleh memberi kesan jangkamasa panjang (kronik) melibatkan kesihatan seseorang seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Peraturan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadiaan Berbahaya, Penyakit Pekerjaan dan Keracunan Pekerjaan) 2004. 2

Keracunan Pekerjaan Laporan Pemeriksaan MRP Borang Permohonan Implikasi negatif kepada kesihatan akibat pendedahan kepada sesuatu yang boleh memberi kesan langsung (akut) melibatkan kesihatan seseorang seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Peraturan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadiaan Berbahaya, Penyakit Pekerjaan dan Keracunan Pekerjaan) 2004. Laporan Pemeriksaan Kesihaatan bagi staf yang mengikuti Program Pengawasan Perubatan. Medical Removal Protection. Arahan yang dikeluarkan oleh OHD terhadap staf yang didapati mendapat Keracunan Pekerjaan atau Penyakit Pekerjaan supaya dipindahkan dari mana-mana kerja yang mendedahkan atau mungkin mendedahkan risiko kepada kesihatan staf pada setiap kali dapatan Laporan Pemeriksaan. Borang Permohonan Menjalani Pengawasan Perubatan (UTHM/OSHE/UP 009). 5.0 PEMERIKSAAN PERUBATAN PRA-PEKERJAAN 5.1 Maklumat staf yang dicadangkan untuk melaksanakan kerja kerja seperti Jadual Ketiga, OSHA 1994 hendaklah dimajukan oleh PTj kepada Bahagian OSHE. 5.2 Staf yang dicalonkan akan dihubungi oleh Bahagian OSHE dan dikehendaki mengisi Borang Permohonan seperti Lampiran 1. PPP 5.3 Staf yang dicalonkan akan melalui tapisan kelayakan staf untuk dimasukan dalam oleh Bahagian OSHE. 5.4 Surat arahan ke atas staf bagi menjalani PPP bersama OHD akan dikeluarkan oleh Bahagian OSHE. 5.5 Staf yang layak menjalani PPP hendaklah mengisi maklumat pekerjaan dan perubatan di dalam Buku Program Pengawasan Perubatan dan disahkan oleh Ketua PTj. 5.6 Pemeriksaan kesihatan akan dilaksanakan oleh OHD mengikut jadual pemeriksaan yang telah ditetapkan. 5.7 Kelayakan staf dalam melaksanakan kerja kerja seperti Jadual Ketiga, OSHA 1994 akan ditentukan berdasarkan Laporan Pemeriksaan yang dikeluarkan oleh OHD. 3

6.0 PEMERIKSAAN PERUBATAN BERKALA 6.1. Arahan penamaan calon untuk mengikuti PPP akan dikeluarkan oleh Bahagian OSHE kepada PTj. 6.2 Penamaan calon oleh PTj hendaklah disahkan oleh Pengerusi JKKP PTj. 6.3 Staf yang dicalonkan akan dihubungi oleh Bahagian OSHE dan dikehendaki mengisi Borang Permohonan seperti Lampiran 1. 6.4 Staf akan dianggap tidak mahu terlibat di dalam PPP jika Borang Permohonan gagal dikembalikan ke Bahagian OSHE. 6.5 Proses saringan akan dilaksanakan oleh Bahagian OSHE dan Bahagian OSHE berhak untuk tidak meluluskan mana-mana permohonan yang tidak menepati keperluan PPP. 6.6 Surat arahan pemeriksaan beserta jadual pemeriksaan akan dikeluarkan selepas staf yang terlibat dikenalpasti oleh Bahagian OSHE. 6.7 Pemeriksaan kesihatan akan dilaksanakan oleh OHD mengikut jadual pemeriksaan yang telah ditetapkan. 6.8 Staf yang ingin membuat permohonan pertukaran tarikh pemeriksaan hendaklah berurusan secara terus dengan pihak OHD dan dikehendaki memaklumkan tentang perkara tersebut ke Bahagian OSHE. 7.0 PEMERIKSAAN PERUBATAN SEMASA BERHENTI KERJA/ BERSARA 7.1 Perberhentian kerja / bersara bagi staf yang menjalani PPP hendaklah dimaklumkan oleh PTj kepada Bahagaian OSHE. 7.2 Surat arahan ke atas staf bagi menjalani PPP bersama OHD akan dikeluarkan oleh Bahagian OSHE. 7.3 Pemeriksaan kesihatan akan dilaksanakan oleh OHD mengikut jadual pemeriksaan yang telah ditetapkan. 7.4 Laporan Pemeriksaan akan dimajukan kepada Bahagian OSHE dan juga kepada staf tersebut secara peribadi oleh OHD. 7.5 Sebarang keperluan Rekod Perubatan Staf oleh majikan baru boleh dimohon kepada Bahagian OSHE. 8.0 PEMERIKSAAN PERUBATAN KHAS 8.1 Arahan melaksanakan pemeriksaan perubatan khas terhadap staf Universiti dikeluarkan oleh pihak berautoriti Universiti kepada Bahagian OSHE. 4

8.2 Surat arahan ke atas staf bagi menjalani Pemeriksaan Perubatan Khas bersama OHD akan dikeluarkan oleh Bahagian OSHE. 8.3 Pemeriksaan kesihatan akan dilaksanakan oleh OHD mengikut jadual pemeriksaan yang telah ditetapkan. 8.4 Laporan Pemeriksaan akan dimajukan kepada pihak yang memberi arahan pemeriksaan perubatan khas dan juga kepada staf tersebut secara peribadi oleh OHD. 9.0 PEMAKLUMAN LAPORAN PEMERIKSAAN 9.1 Laporan Pemeriksaan adalah SULIT dan mana mana pihak adalah dilarang untuk membuat sebarang perubahan terhadap hasil laporan tersebut melainkan dengan arahan pihak OHD. 9.2 Pembentangan keputusan menyeluruh PPP hendaklah dibuat oleh OHD kepada pihak Universiti setiap tahun. 9.3 Laporan Pemeriksaan dan tindakan susulan hendaklah dibentangkan di mesyuarat JKKPU. 9.4 Penyimpanan Laporan Pemeriksaan bagi staf yang terlibat dengan PPP hendaklah dilakukan oleh Bahagian OSHE dan Pihak PTj bagi tempoh 30 tahun. 10.0 TINDAKAN SUSULAN 10.1 Cadangan OHD hendaklah diambilkira bagi menentukan kelayakan staf untuk bekerja atau tindakan-tindakan lain yang difikirkan perlu. 10.2 Pemeriksaan Perubatan Susulan hendaklah dibuat terhadap staf yang didapati mendapat Penyakit Pekerjaan atau Keracunan Pekerjaan bagi memantau tahap status kesihatan staf tersebut berdasarkan arahan OHD. 10.3 Tindakan MRP hendaklah dibuat oleh PTj terhadap staf yang didapati mendapat Penyakit Pekerjaan atau Keracunan Pekerjaan berdasarkan arahan OHD. 11.0 PROSES PELANTIKAN OHD 11.1 PPP hendaklah dilaksanakan oleh OHD yang dilantik oleh Universiti. 11.2 Pelantikan OHD hendaklah mendapat kelulusan Pendaftar. 11.3 Tempoh pelantikan OHD adalah satu tahun. 5

12.0 BAYARAN 12.1 Kos PPP adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti di bawah Unit Pengurusan Kebajikan Pejabat Pendaftar. 12.2 Invois dan maklumat berkaitan jumlah staf yang terlibat dan jenis pemeriksaan yang telah dijalankan hendaklah dikeluarkan oleh OHD kepada Unit Pengurusan Kebajikan Pejabat Pendaftar untuk proses pembayaran. 13.0 TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG KUASA OHD 13.1 Melaksanakan PPP ke atas staf Universiti bagi mengenalpasti tahap kesihatan staf untuk melakukan pekerjaan di bawah Jadual Ketiga OSHA1994. 13.2 Membuat pemeriksaan dan penaksiran tempat kerja bagi mengenalpasti nilai realilatif risiko hazard kepada kesihatan apabila keputusan pengawasan perubatan menunjukan wujud kemungkinan pekerja mendapat tanda tanda awal penyakit pekerjaan / keracunan pekerjaan. 13.3 Membuat pembentangan keputusan menyeluruh PPP ke atas staf kepada pihak Universiti setiap tahun. 13.4 Mentafsirkan serta memberi penerangan penuh berkaitan keputusan pemeriksaan kepada pihak pekerja dan majikan dan menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil oleh kedua-dua pihak yang terlibat. 13.5 Membuat pemberitahuan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berkenaan kes penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan melibatkan staf Universiti setelah dirujuk dan diluluskan oleh pihak Universiti. 13.6 Mengukuhkan nilai-nilai pendidikan / latihan berkaitan kesihatan pekerjaan terhadap pekerja dan majikan. 13.7 Membantu pelaksanaan audit / penilaian tahap Program-program Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja. 13.8 Melaksanakan analisis terhadap penyakit dan keracunan pekerjaan serta membuat penilaian terhadap risiko kesihatan pekerja. 13.9 Membuat siasatan terhadap penyebab kepada penyakit dan keracunan pekerjaan dengan membuat lawatan ke lokasi dan memberikan cadangan tindakan pemulihan. 13.10 Menyimpan rekod pemeriksaan perubatan untuk sepanjang perkhidmatan staf dan tempoh penamatan jawatan. 13.11 Membantu pengurusan pengawasan perubatan termasuk memberikan cadangan untuk penyingkiran/perubahan tempat kerja, rawatan, program pemulihan, penilaian terhadap kecacatan yang berlaku disebabkan tempat kerja, kebolehan untuk meneruskan kerja atau persaraan disebabkan masalah kesihatan. 6

LAMPIRAN 1 UTHM/OSHE/UP.009 Pindaan 1/2017 BAHAGIAN PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 Makluman Pemohon BORANG PEMOHONAN MENJALANI PENGAWASAN PERUBATAN Nama : No. Kad. Pengenalan : No. Staf : Jawatan : Pusat Tanggungjawab : Lokasi Tempat Kerja Nama Makmal / Bengkel : No. Blok : No. Bilik : 2.0 Maklumat Perihal Pekerjaan Adakah pekerjaan yang dilakukan termasuk dalam pekerjaan yang melibatkan risiko khusus kepada kesihatan (rujuk Lampiran 2 : Jadual Ketiga Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) Ya *Tidak *Jika jawapan anda Tidak, anda tergolong dikalangan mereka yang tidak memerlukan pengawan perubatan *jika jawapan anda Ya, anda tergolong dikalangan mereka yang memerlukan pengawasan perubatan 3.0 Maklumat Pendedahan Kepada Risiko Khusus Kepada Kesihatan Aktiviti Pekerjaan : Pendedahan Kepada Tempoh Masa Pendedahan Sehari Jenis Tidakan Kawalan Kepada Pendedahan Sila tandakan pada lampiran 1 : : Saya memperakui bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan betul disepanjang pengetahuan saya. 7

... Tandatangan dan Cop Rasmi Tarikh : 4.0 Semakan dan Pengesahan Maklumat Oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Bahasa saya telah menyemak dan mengesahkan maklumat yang dimajukan oleh pemohon adalah benar. Sehubungan itu, saya *menyokong / *tidak menyokong pemohonan ini. Tandatangan dan Cop Rasmi Ketua PTJ Tarikh : Catatan : Borang yang telah lengkap perlu dimajukan kepada Bahagian Persekitaran, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) untuk tindakan selanjutnya 5.0 Sokongan dan Ulasan Bahagian Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) Pemohohan disokong / tidak disokong.. Tandatangan dan Cop Rasmi Ketua Bahagian OSHE Tarikh : Ulasan : KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA No. Rujukan Diterima Oleh: Tarikh Diterima : 8

PENGESAHAN PENDEDAHAN KEPADA AKTIVITI DAN BAHAN YANG BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN Dengan ini disahkan bahawa saya terlibat dalam aktiviti dan penggunaan bahan-bahan berikut,(sila tandakan X di ruangan berkenaan) Lampiran 1 penggunaan ertinya pengeluaran, pemprosesan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, pelupusan dan perawatan. a) Bahan Kimia BIL. BAHAN KIMIA YA TIDAK 1. 4-Aminodiphenyl p-aminodiphenyl, 4-aminobiphenyl, biphenylamine, p-phenylaniline, xenylamine 2. Arsenic and any of its compound Arsenic trichloride, Arsenic trioxide, White arsenic 3. Asbestos (All forms except crocidolite) 4. Auramine, Magenta Tramethyl diaminobenzophenoimide, Aniline 4, 4 (imidocarbonyl) bis (N, N Dimethyl : HCL) 5. Benzidine Para-Diaminodiphenyl, Diaminobiphenyl 6. Beryllium Glycinum, Glucinium, Beryllium chloride, Beryllium flouride, Beryllium nitrate 7. Cadmium and any of its compound 8. Carbon Disulphide Carbon bisulphide 9. Disulphur dichloride 10. Benzene including benzol Benzol (crude benzene), Benzole, Benzonine, Phenyl hydrate, Bicarbonate of Hydrogen, Cold Naptha 11. Carbon tetrachloride Perchloromethane, Tetrachloromethane 12. Trichloroethylene (TCE) Acetylene trichloride, Trichloroethane 13. n-hexane Hexylhydride, skellysolve 14. bis (chloromethyl) ether (BCME) 15. Chromium metal and its compounds (including chromate or dichromate of potassium, sodium, ammonium or zinc chromic acid). Chromic acid,chromic sulphate, Chromium trioxide, Potassium dichloromate dihydrate 16. Free crystalline silica Silicon dioxide, cristobalite, quartz, tryidymite 17. Isocyanates 4,4 Diphenylmethane diisocyanate (MDI), Hexamethylene diisocyanate (HDI), Methyl isocyanate (MIC), Metylene diisocyanate (MDI) I, 5Naphthalene diisocyanate (NDI), Toulene diisocynate (TDI) 18. Lead (including organic and inorganic lead compounds) Plumbum, Glove 19. Manganese Manganese dioxide, Potassium permanganate, Pyrolusite 20. Mercury (including inorganic and organic mercury) Quick silver, Mercuric arsenate, Mercuric chloride, Mercuric phosphate, Mercuric thiocyanate 21. Mineral oil including paraffin Coolant 9

22. b-naphthylamine 2 Aminonaphthalene, 2 Naphthylamine 23. 1-Naphthylamine and its salts 1-Naphtalamine 24. Orthotolidine and its salts Bianisidine, 3,3 dimethylbenzidine 25. Dianisidine and its salts o, o Dianisidine 26. Dichlorobenzidine and its salts DCB, 3,3 - Dichlorobi-phenyl-4,4 diamine 27. Nitrodiphenyl 4-Nitrobiphenyl, p-nitrobiphenyl 28. Nitro or amino derivatives of phenol and of benzene or its homologues Nitrobenzene, Aniline, Toluene (Methylbenzene, Phenylmethane,Toluol), Xylene (Dimethylbenzene, Xylol) 29. Nitrous Fumes. Chromate or dichromate of potassium, sodium, ammonium or zinc Nitrogen oxides (NOX), Nitrogen mono-oxide (NO),Nitrogen dioxide (NO2), Dinitrogen monoxide (N2O), Nitrogen tetraoxide (N2O4) 30. Pesticides (Organophosphates only) 31. Pitch, Tar, Bitumen and Creosote Coal tar pitch, black oil 32. Vinyl chloride monomer (VCM) Chloroethylene 33. Nickel sulfide roasting, fume and dust as nickel Nickel nitrate, Nitrate sulphate b) Aktiviti BIL. AKTIVITI YA TIDAK 1. Pendedahan kepada sinar-x, pertikel mengion, radium atau bahan radioaktif lain atau bentuk-bentuk lain tenaga sinaran 2. Pekerjaan atau proses yang dijalankan dalam udara termampat 3. Pekerjaan yang terdedah kepada paras bising melebih paras bunyi berterusan 90 db (A) atau melebihi had-had yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Peraturan- Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 4. Pekerjaan yang melibatkan pendedahan yang kerap atau lama kepada cahaya atau sinar daripada kaca lebur, logam panas, logam lebur, logam merah pijar atau pendedahan yang kerap atau lama kepada sinaran 5. Pekerjaan yang melibatkan pendedahan kepada getaran Saya memperakui bahawa saya terdedah kepada aktiviti dan bahan yang berbahaya kepada kesihatan seperti yang dinyatakan di atas.... Tandatangan dan Cop Rasmi Tarikh : 10

Lampiran 2 Jadual Ketiga Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Pekerjaan Yang Melibatkan Risiko Khusus Kepada Kesihatan Pekerjaan yang Melibatkan Risiko Kepada Kesihatan : 1. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan penggunakan, pengendalian atau pendedahan kepada wasap, habuk atau wap silika, asbestos, habuk kapas mentah, plumbum, merkuri, arsenik, fosforus, karbon bisulphida, benzene, fosfat organik, wasap nitrus, kadmium, berilium atau racun makhluk perosak. 2. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan penggunaan, pengendalian atau pendedahan kepada tar gegala, bitumen, minyak mineral termasuk parafin, asid kromat, kromat, bikromat, ammonia, kalium, zink atau natrium. 3. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan pendedahan kepada sinar-x, partikel mengion, radium atau bahan radioaktif lain atau bentuk-bentuk lain tenaga sinaran. 4. Apa-apa pekerjaan atau proses yang dijalankan dalam udara termampat. 11