KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

Similar documents
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

PRUlink global leaders fund

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM PERKARA MENGENAI PERJANJIAN PINJAMAN DAN SURATIKATAN PENYERAHHAKAN YANG KEDUA- DUANYA BERTARIKH 1 0 HB JANUARI,

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

PROSEDUR OPERASI PIAWAI PKTMK

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

GARIS PANDUAN PROGRAM PENGAWASAN PERUBATAN

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

Elemen Kesihatan Industri

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

TAKLIMAT PENGENALAN & PANDUAN PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS SEKTOR AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) JABATAN KONTRAK

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) EGA411 INTERSHIELD 417 PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 09/06/17

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

STUDY ON SUITABLE HABITAT FOR SWIFTLET FARMING TEO WEE CHAI

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Transcription:

JPA.BK(S)173/18 Jld.21 (34) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016 PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan mengenai penambahbaikan kemudahan dan faedah kepada pegawai lantikan secara kontrak (Contract of Service). LATAR BELAKANG 2. Dasar dan peraturan berkaitan kemudahan yang layak diberi kepada pegawai lantikan secara kontrak (Contract of Service) dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 - Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak. 3. Sehubungan itu, sebagai pengiktirafan kepada perkhidmatan pegawai lantikan secara kontrak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan tersebut ditambah baik. 1

PENAMBAHBAIKAN 4. Penambahbaikan berkaitan kemudahan dan faedah kepada pegawai lantikan secara kontrak adalah seperti berikut: Perkara Peraturan Sedia Ada Penambahbaikan Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pesara Kerajaan yang dilantik secara kontrak seperti berikut: i. Gred 1-20 adalah 20 hari; dan ii. Gred 21-54 dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah 25 hari. 1. Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan 2. Cuti Haji Pegawai yang telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang lima (5) tahun boleh diluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak lebih 40 hari sepanjang tempoh berkhidmat dengan Kerajaan. Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pesara Kerajaan yang dilantik secara kontrak adalah berdasarkan kadar kelayakan sehari sebelum bersara. Contoh pengiraan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah seperti di Lampiran A. Pegawai yang telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang empat (4) tahun boleh diluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak lebih 40 hari sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan. Bagi pesara yang dilantik kontrak, syarat tempoh perkhidmatan empat (4) tahun ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara. 3. Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji 4. Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat Boleh dipertimbangkan tidak lebih 30 hari setelah menggenapkan tiga (3) tahun perkhidmatan. Cuti Tanpa Gaji ini hanya untuk tujuan mengerjakan fardhu haji bagi pegawai beragama Islam yang tidak layak mendapat Cuti Haji. Cuti Tanpa Gaji atas sebab yang lain tidak dibenarkan. Tiada Pegawai lantikan secara kontrak yang tidak layak kemudahan Cuti Haji bergaji penuh boleh dipertimbangkan Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 40 hari untuk tujuan mengerjakan haji dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Cuti Tanpa Gaji atas sebab yang lain tidak dibenarkan. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tiga (3) hari berturut-turut bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat iaitu : i. Suami/ isteri ii. Anak kandung iii. Anak angkat yang sah di sisi undang-undang iv. Anak angkat de facto v. Anak pelihara vi. Ibu kandung atau ibu angkat vii. Bapa kandung atau bapa angkat 2

Perkara Peraturan Sedia Ada Penambahbaikan viii. Seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua 1. Cuti Tanpa Rekod hendaklah : i. bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat (5.30 petang) 2 ; dan ii. meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 5. Cuti Isteri Bersalin Tiada Kemudahan Cuti Isteri Bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut: i. selama tujuh (7) hari Cuti Tanpa Rekod; ii. Cuti Tanpa Rekod bermula pada tarikh isteri bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat (5.30 petang) 2 ; dan iii. dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan. 6. Kadar Maksimum Cuti Rehat Yang Dibenarkan Untuk Tujuan Pemberian Wang Tunai i. Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan bagi suatu kontrak adalah 8 hari atau ¼ daripada kadar Cuti Rehat setahun, mengikut mana yang lebih rendah, terhad kepada maksimum 75 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kontrak dengan Kerajaan. i. Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan adalah 15 hari atau ½ daripada kadar cuti rehat yang berkelayakan pada tahun berkenaan, mana yang lebih rendah, terhad kepada maksimum 75 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kontrak dengan Kerajaan. ii. Pegawai layak diberi wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya tertakluk kepada syarat sesuatu kontrak ii. Kelayakan pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) tidak tertakluk kepada tempoh kontrak satu (1) tahun. 1 Kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan 2 Masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 3

Perkara Peraturan Sedia Ada Penambahbaikan yang berkuat kuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun. Cuti Rehat yang dikumpul bagi GCR hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun/ tamat tempoh kontrak dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B. 5. Selaras dengan dasar baharu ini, pegawai lantikan kontrak layak diberikan kemudahan dan elaun seperti di Lampiran C serta apa-apa elaun dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, tertakluk tetapi tidak terhad kepada perkara yang diperuntukkan tersebut. PERALIHAN 6. Bagi kontrak yang masih berkuat kuasa pada tarikh berkuatkuasanya surat pekeliling perkhidmatan ini, pegawai yang berkaitan layak diberi kemudahan dan faedah sebagaimana yang ditetapkan tanpa perlu menambah peruntukan baharu mengenainya dalam syarat perjanjian kontrak yang telah ditandatangani. Bagi pelantikan kontrak baharu dan pelantikan semula kontrak yang dibuat selepas surat pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa, syaratsyarat perjanjian kontrak yang baharu adalah seperti di Lampiran D. KEKECUALIAN 7. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam surat pekeliling perkhidmatan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan surat pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. 4

Lampiran A Contoh 1 : Pengiraan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pesara yang dilantik kontrak mulai 1 Jun 2016 hingga 31 Disember 2017 Contoh 2 : Pengiraan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi tempoh kontrak satu (1) tahun mulai 7 Oktober 2016 hingga 6 Oktober 2017 6

Lampiran B PERMOHONAN PEGAWAI KONTRAK UNTUK MENGUMPUL CUTI REHAT BAGI TUJUAN PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) Saya... Nombor Kad Pengenalan... telah berusaha untuk mengambil semua Cuti Rehat Tahunan/ mengikut kelayakan sebanyak... hari sebelum akhir tahun 20... / tamat tempoh kontrak. Daripada jumlah baki Cuti Rehat, sebanyak... hari tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan. Sehubungan itu, saya memohon kebenaran supaya sebanyak... hari dikumpul bagi tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan.... (Tandatangan Pegawai) Jawatan :... Tarikh :... KEBENARAN KETUA JABATAN Saya sahkan bahawa pegawai telah mengambil kesemua Cuti Rehat Tahunannya sebanyak... hari sebelum akhir tahun 20... / tamat tempoh kontrak. Daripada jumlah baki Cuti Rehatnya sebanyak... hari yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan, sebanyak... hari adalah dibenarkan dikumpul bagi tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan.... (Tandatangan Ketua Jabatan) Nama Penuh :... Jawatan :... Tarikh :... Nota: (1) Jumlah Cuti Rehat yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan GCR terhad 15 hari atau ½ daripada kadar cuti rehat yang berkelayakan pada tahun berkenaan, mana yang lebih rendah. (2) Kebenaran ini perlu dimaklumkan kepada pegawai berkenaan. (3) Pengumpulan Cuti Rehat bagi CGR hendaklah dihentikan setelah genap 75 hari. 7

Lampiran C CONTOH SENARAI ELAUN DAN KEMUDAHAN Bil. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris 1. Imbuhan Tetap Khidmat Awam Fixed Civil Service Allowance 2. Imbuhan Tetap Perumahan Fixed Housing Allowance 3. Imbuhan Tetap Keraian Fixed Entertainment Allowance 4. Bantuan Sara Hidup Cost Of Living Allowance 5. Bantuan Insentif Perkhidmatan Kritikal Incentive Payment For Critical Services 6. Bantuan Insentif Pakar Specialist Incentive Payment 7. Elaun Dan Bayaran Semasa Bertukar Atau Berpindah Rumah Allowances And Payment On Transfer Or House-Moving 8. Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Allowances For Official Duty 9. Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Luar Allowances For Official Duty Overseas Negeri 10. Rawatan Perubatan Percuma Di Klinik/ Hospital Kerajaan Free Medical Treatment In Government Clinic / Hospital 11. Rawatan Perubatan Percuma Di Luar Negeri (Pesara Yang Menerima Pencen) Free Medical Treatment Overseas (Pensioner) 12. Kemudahan Tambang Perjalanan Transportation Benefits 13. Pinjaman Kenderaan/Komputer Car Loan / Computer Loan 14. Rumah Kediaman/ Kuarters Accomodation / Quarters 15. Elaun Perumahan Wilayah (Bagi Warganegara Sahaja) Regional Housing Allowance (Malaysian Citizen) 16. Bayaran Lebih Masa (Bagi Kumpulan Pelaksana) Over Time Payment (For Supporting Staff) 17. Cuti Rehat Annual Leave 18. Cuti Sakit Medical Leave 19. Cuti Haji Pilgrimage Leave 20. Cuti Bersalin Maternity Leave 21. Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji No-Pay Leave For Pilgrimage 22. Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat Unrecorded Leave For Managing Death Of Immediate Family Members 23. Cuti Isteri Bersalin Paternity Leave Pemberian elaun dan kemudahan hendaklah mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Pegawai juga layak diberi elaun dan kemudahan baru yang dipanjangkan kepada pegawai kontrak mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 8

Lampiran D Contoh Syarat Pelantikan Pegawai Kontrak (Contract of Service) SYARAT-SYARAT PELANTIKAN SECARA KONTRAK.(NAMA CALON) (SKIM PERKHIDMATAN/ GRED JAWATAN) DI (AGENSI) 1. Jawatan : 2. Tempoh Perkhidmatan :... 3. Gaji :... Pegawai adalah layak dipertimbangkan untuk pergerakan gaji tahunan secara biasa berdasarkan kepada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). 4. Elaun-Elaun Dan Lain-lain Kemudahan : Pegawai akan dibayar elaun dan lain-lain kemudahan yang layak mengikut gred jawatan yang ditawarkan tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016. 5. Cuti Rehat : Pegawai adalah layak mendapat cuti rehat sebanyak setahun di dalam tempoh perkhidmatan kontrak ini. 6. Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan : Tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa, apabila pegawai atas sebab kepentingan perkhidmatan tidak dapat mengambil cuti rehatnya yang dia layak di bawah atau mengikut Kontrak ini, pegawai layak diberi wang tunai sebagai gantian. Kelayakan itu hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016 atau arahan lain Kerajaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 7. Tatatertib : Dalam tempoh kontrak ini pegawai adalah setiap masa tertakluk oleh Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan-Peraturan Kewangan, Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan dan Undang-Undang yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa. 9

8. Ganjaran : Mencarum kepada KWSP ----------------------------------- (17.5% - kadar caruman majikan dalam KWSP) x (gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan) (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP). Tidak Mencarum kepada KWSP -------------------------------------------- 17.5% x gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan. 9. Penamatan Kontrak 10 Pelantikan ke Jawatan Tetap : Pihak Kerajaan dan pihak pegawai boleh menamatkan perkhidmatan kontrak ini dengan memberi 30 hari notis ataupun membayar sebulan gaji sebagai menggantikan notis. : Kerajaan tidak berkewajipan untuk melantik pegawai ke jawatan tetap dalam perkhidmatan awam. Apa-apa permohonan bagi maksud pelantikan tetap perlu dibuat terus kepada Suruhanjaya atau pihak berkuasa melantik berdasarkan syarat dan peraturan yang berkuat kuasa sekiranya pegawai berhasrat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. 10