HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Similar documents
Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PRUlink global leaders fund

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) EGA411 INTERSHIELD 417 PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 09/06/17

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) Pengenalan Produk dan Syarikat. Pengenalan bahaya sesuatu produk. amaran. International Paint Sdn Bhd

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM PERKARA MENGENAI PERJANJIAN PINJAMAN DAN SURATIKATAN PENYERAHHAKAN YANG KEDUA- DUANYA BERTARIKH 1 0 HB JANUARI,

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) Pengenalan Produk dan Syarikat. Pengenalan bahaya sesuatu produk. amaran. International Paint Sdn Bhd

Untuk kegunaan professional sahaja. Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

Untuk kegunaan professional sahaja. Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Transcription:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai IKHLAS Premier Investment-linked Takaful Plus. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am.) 1) Produk apakah ini? TAKAFUL IKHLAS BERHAD (Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia) IKHLAS PREMIER INVESTMENT-LINKED TAKAFUL PLUS Tarikh: 01/06/2018 Sijil Pelaburan berkaitan Takaful (ILT) ini menawarkan kombinasi perlindungan takaful dan pelaburan. Produk ini menyediakan pembayaran manfaat sekaligus jika berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh ke atas Orang Yang Dilindungi semasa dalam tempoh Sijil Takaful beserta dengan nilai unit-unit pelaburan, ketika berlaku tuntutan. Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih. Peserta Takaful boleh memilih untuk melabur dalam tiga (3) jenis dana, iaitu Dana Growth, Dana Balanced dan Dana Fixed Income. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun. 2) Apakah konsep-konsep Syariah yang diguna pakai? Tabarru bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta-peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko. Wakalah bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta Takaful di mana Peserta Takaful melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta Takaful, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah. 3) Apakah perlindungan-perlindungan/manfaat-manfaat yang ditawarkan? Berikut adalah manfaat yang ditawarkan dibawah pelan Takaful ini: a) Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) 1 Semulajadi Bayaran Sekaligus : RM96,000.00 2 b) Kematian atau TPD Akibat Kemalangan Bayaran Sekaligus : RM144,000.00 2 c) Kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh yang disebabkan oleh kemalangan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau menjadi mangsa salah laku jenayah. : RM48,000.00 [tambahan kepada item(a) dan (b)] d) Keilatan Separa dan Menyeluruh (PPD) Akibat Kemalangan 3 : RM48,000.00 1

e) Penyakit Kritikal Bayaran Sekaligus : RM48,000.00 [tambahan] Pengecualian Sumbangan Takaful (kecuali Manfaat Penyakit : RM1,489.80 [tahunan] Kritikal dan Manfaat Perubatan IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider) f) Manfaat Hospital : RM50.00 [pendapatan harian] g) Pengecualian Sumbangan Takaful (Kematian, TPD atau Penyakit kritikal ke atas Peserta Takaful) : RM0.00 [tahunan] h) Manfaat Perubatan - IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider Bilik Hospital & Makan : 200.00 Manfaat Hospital dan Pembedahan : Seperti yang di caj Penjagaan Di Rumah : 150.00 Rawatan Pesakit Luar Kanser : 40,000.00 setahun Rawatan Pesakit Luar Dialisis Buah Pinggang : 20,000.00 setahun Permindahan Organ : 30,000.00 sekali seumur hidup Rawatan Perubatan Tradisional Akibat Kemalangan : 200.00 Elaun Tunai harian Hospital Kerajaan : 100.00 Perbelanjaan Tempat Tinggal : 250.00 Yuran Laporan Perubatan : 50.00 Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) : di lindungi Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Sehingga: i) Had Tahunan Keseluruhan : 65,000.00 ii) Had Seumur Hidup : 650,000.00 Manfaat Kesihatan : 200.00 setahun i) Manfaat Loyalti Orang Yang Dilindungi layak untuk menerima Manfaat Loyalti terkumpul pada akhir tahun Sijil Takaful ke sepuluh (10) dan setiap tiga (3) tahun selepas itu, jika Pembayaran Sumbangan Takaful adalah secara tetap di dalam tempoh tersebut dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. j) Ganjaran Pembayaran Segera Orang Yang Dilindungi akan menerima Amaun Perlindungan tambahan sebanyak 10% daripada Amaun Perlindungan Asal, tanpa perlu membayar Sumbangan Takaful tambahan, pada akhir tahun Sijil Takaful ke tiga (3) dan setiap tiga (3) tahun selepas itu, sehingga lima belas tahun (15), jika Pembayaran Sumbangan Takaful adalah secara tetap di dalam tempoh tersebut dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. k) Dana yang Dipilih: Dana Growth : 30% Dana Balanced : 20% Dana Fixed Income : 50% l) Manfaat Matang Sijil Takaful Nilai Aset Bersih (NAV) yang terdapat di dalam Dana Unit dan lebihan terkumpul daripada Dana Risiko akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila Sijil Takaful telah matang. Peserta Takaful mempunyai pilihan untuk mengeluarkan Faedah Matang berdasarkan kaedah:- i) Pengeluaran sekaligus; atau ii) Pengeluaran secara bulanan dalam tempoh masa yang ditetapkan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. 2

m) Manfaat Serahan Sijil Takaful NAV yang terdapat di dalam Dana Unit dan lebihan terkumpul daripada Dana Risiko (setelah ditolak yuran pentadbiran sehingga RM50.00 ditambah caj CBP pada kadar semasa), yang akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful. n) Pilihan Tambah Nilai Sumbangan Takaful tambahan adalah dibenarkan dari tarikh mula Sijil Takaful tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Jumlah Minimum: RM500.00 Jumlah Maksimum: 5 kali jumlah Sumbangan Takaful tahunan untuk setiap tahun. o) Pengeluaran Tunai Jumlah minimum untuk pengeluaran tunai adalah RM500.00. Pengeluaran sebahagian tunai adalah tertakluk kepada jumlah agregat baki minimum RM3,000.00 di dalam semua unit dana. Setiap transaksi pengeluaran adalah tertakluk kepada yuran pengeluaran. Jumlah maksimum yuran pengeluaran adalah RM50.00 ditambah caj CBP pada kadar semasa. Nota: 1 Definisi TPD adalah berdasarkan "Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai" dan manfaat yang dibayar adalah tertakluk kepada: Tuntutan keilatan kekal dan menyeluruh disahkan. Sumbangan Takaful tidak tertunggak. 2 Pembayaran manfaat berkemungkinan kurang jika Peserta Takaful menyertai "Term Rider" yang memberikan Amaun Perlindungan Menyusut Kadar Rata. Jadual di bawah menggambarkan perbezaan Amaun Perlindungan Rider Bertempoh di antara Amaun Perlindungan Setara dan Amaun Perlindungan Menyusut Kadar Rata untuk Tempoh Sijil Takaful 10 tahun dan jumlah perlindungan RM100,000. Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Amaun Perlindungan 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 100,000 Setara (RM) Amaun Perlindungan Menyusut Kadar Rata (RM) 100,000 90,000 80,000 70,000 60,000 50,000 40,000 30,000 20,000 10,000 3 Jumlah indemniti PPD adalah seperti yang dinyatakan dalam bentuk peratusan daripada Jumlah indemniti seperti yang tercatat di dalam Jadual Pampasan yang dinyatakan pada Sijil Takaful. Peserta Takaful boleh membuat lebih daripada satu (1) tuntutan di bawah faedah PPD, dengan syarat jumlah yang dibayar tidak melebihi 100% daripada Amaun Perlindungan. Peringatan: Sila baca risalah pemasaran yang ada penerangan mengenai manfaat produk dan objektif dana berkaitan pelaburan. Adalah penting untuk anda memilih dana atau kombinasi dana yang bersesuaian dengan matlamat kewangan dan profil risiko anda. 4) Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar? Jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan, umur, tempoh, rider-rider, kelas pekerjaan dan Amaun Perlindungan yang dipohon. Sumbangan Takaful anda adalah seperti berikut: Umur Orang Yang Dilindungi : 35 Tahun Umur Peserta Takaful : -tiada- Tahun Kelas Pekerjaan : 1 3

Butiran Pelan Tempoh Amaun Perlindungan (RM) Sumbangan Takaful (RM) a) IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus 25 48,000.00 960.00 b) IKHLAS Term Secure Takaful Rider 25 48,000.00 255.36 c) IKHLAS Accidental Death & Disability Secure Takaful Rider 25 48,000.00 181.44 d) IKHLAS Additional Critical Illness Secure Takaful Rider 25 48,000.00 401.28 e) IKHLAS Hospital Benefit Secure Takaful Rider 25 50.00 93.00 f) IKHLAS Waiver of Contributions Secure Takaful Rider 25 1,489.80 173.86 g) IKHLAS Payor Savings Secure Takaful Rider - - -tiadah) IKHLAS Regular Top Up Secure Takaful Rider 25 120.00 120.00 i) IKHLAS Comprehensive Personal Accident Benefit Secure - - -tiada- Takaful Rider j) IKHLAS Choice Plus PLATINUM Individual Medical Secure Takaful Rider 25 Pelan C 1,543.00 Jumlah Sumbangan Takaful Tahunan 3,727.94 Sumbangan Takaful daripada IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider (jika ada) akan diperuntukkan ke dalam PRIA. Kecuali untuk IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider, Takaful IKHLAS akan memperuntukkan sebahagian daripada Sumbangan Takaful untuk membeli unit-unit dalam dana berkaitan pelaburan yang telah dipilih oleh anda. Sebarang jumlah yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar yuran-yuran wakalah, termasuk komisyen-komisyen kepada para ejen dan lain-lain perbelanjaan Pengendali Takaful. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada kadar peruntukan yang dinyatakan dalam ilustrasi produk. Sumbangan Takaful pembaharuan untuk Pelan yang berkaitan dengan Perubatan dan Kesihatan adalah TIDAK DIJAMIN dan Takaful IKHLAS berhak untuk menyemak kadar Sumbangan Takaful setiap Orang Yang Dilindungi pada ulang tahun Sijil Takaful berikutnya berdasarkan pengalaman tuntutan untuk keseluruhan produk. Takaful IKHLAS akan memberi 3 bulan notis bertulis kepada Peserta Takaful sekiranya berlaku penyemakan semula Sumbangan Takaful atau penarikan-balik portfolio. Sumbangan Takaful boleh diubah sekiranya pengalaman tuntutan semakin meningkat, terdapat perubahan terhadap sebarang manfaat produk dan/ atau profil risiko Orang yang Dilindungi. Sebab-sebab untuk perubahan ini adalah tidak terhad dan Sumbangan Takaful juga boleh disemaksemula di atas alasan- alasan lain yang munasabah. 5) Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu dibayar? a) Yuran Wakalah* Tahun 1 2 3 4 5 6 7 dan ke atas Amaun 2,161.16 2,144.58 1.627.68 1,245.90 1,150.17 1,150.17 443.21 % daripada Jumlah Sumbangan Takaful 57.97% 57.53% 43.66% 33.42% 30.85% 30.85% 11.89% * Yuran Wakalah adalah termasuk Komisyen dan Yuran Pengurusan Sijil Takaful sebanyak RM 60 setahun. b) Komisyen Tahun 1 2 3 4 5 6 7 dan ke atas Amaun 1,444.98 1,444.98 903.79 723.39 633.19 633.19 1.80 % daripada Jumlah Sumbangan Takaful 38.76% 38.76% 24.24% 19.40% 16.98% 16.98% 0.05% 4

c) Amaun Tabarru akan ditolak secara bulanan daripada unit-unit Dana Pelaburan. Amaun tabarru' akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang Yang Dilindungi dan/ atau Peserta Takaful. Caj Barang dan Perkhidamatan (CBP) akan dikenakan ke atas tabarru' untuk manfaat Penyakit Kritikal, Kemalangan Diri dan Takaful Perubatan dan Kesihatan. Butiran amaun tabarru dan lain-lain caj untuk pelan ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam ilustrasi manfaat. d) Yuran Pengurusan RM25.00 akan dikenakan untuk setiap penambahan Sumbangan Takaful. e) Yuran Pengurusan Dana Dana Fixed Income :1.0% daripada nilai aset bersih Lain-lain Dana : Maksimum 1.5% daripada nilai aset bersih f) Yuran Pertukaran sebanyak 1% daripada jumlah yang ditukar, maksimum RM50.00 untuk setiap pertukaran dikenakan untuk pertukaran yang keenam (6) dan berikutnya, dalam setiap tahun Sijil Takaful. g) Caj Pengeluaran Tunai adalah seperti di dalam jadual berikut, maksimum RM50.00 setiap pengeluaran. Caj Pengeluaran (peratus bagi jumlah pengeluaran) Tahun 1 2 3 Seterusnya Caj 3% 2% 1% 0% h) Yuran Serahan sebanyak maksimum RM50.00. i) Duti Setem sebanyak RM10.00 akan dikenakan ke atas setiap Sijil Takaful. j) RM56.20 akan dikenakan kepada setiap Peserta Takaful setahun untuk yuran TPA dan caj-caj untuk Sistem Pengurusan Tuntutan (hanya digunapakai untuk IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider). Nota: Caj-caj di atas adalah tertakluk kepada caj CBP pada kadar semasa kecuali Yuran Wakalah dan Duti Setem. 6) Apakah terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu diketahui? a) Pendedahan maklumat anda dikehendaki mendedahkan semua maklumat dan fakta seperti umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan dengan betul. Takaful IKHLAS mempunyai hak untuk menolak pembayaran tuntutan jika anda didapati gagal untuk mendedahkan maklumat yang releven yang akan mempengaruhi keputusan untuk menerima atau menolak risiko, dan tentang peruntukan-peruntukan yang akan ditetapkan pada anda. b) Tempoh Bertenang Anda boleh membatalkan Sijil Takaful anda dengan mengembalikan Sijil Takaful tersebut kepada Syarikat dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh pengeluaran Sijil Takaful tersebut. Syarikat akan membatalkannya dengan serta-merta setelah penerimaannya dan memulangkan yang berikut: Untuk semua Pelan, Kecuali IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider i) Sumbangan Takaful yang tidak diperuntukan; dan ii) Nilai unit - unit yang telah diperuntukkan (jika ada) pada harga unit pada Tarikh Penilaian berikutnya; dan iii) Sebarang caj Takaful dan fi Sijil yang telah ditolak Untuk IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider Kesemua Sumbangan Takaful yang telah di terima untuk IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider akan dipulangkan semula setelah ditolak jumlah perbelanjaan pemeriksaan perubatan ke atas orang yang Dilindungi yang didahulukan oleh pihak Syarikat. 5

c) Tempoh Menunggu untuk Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan atau yang berkaitan adalah 30 hari dari tarikh berkuatkuasa. d) Nilai dana - Nilai dana ILT bergantung kepada prestasi dana-dana pelan berkaitan pelaburan yang dipilih. Semakin tinggi tahap perlindungan takaful yang dipilih, maka lebih banyak nilai unit-unit yang akan diserap untuk membayar caj-caj tabarru' dan, unit-unit yang kekal untuk nilai tunai terkumpul di bawah Sijil Takaful anda akan berkurang. e) Sijil Takaful luput - Sijil Takaful ILT akan luput apabila nilai unit-unit pelaburan adalah tidak mencukupi untuk membayar tabarru' dan caj-caj yang lain. f) Bagi IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider, pendapatan pelaburan sebenar daripada PRIA boleh berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Oleh itu, jumlah terkumpul di dalam PRIA boleh meningkat naik atau menjadi kurang daripada jumlah Sumbangan Takaful yang telah dibuat ke dalam PRIA (berkemungkinan menyebabkan peluputan Sijil Takaful sebelum tempohnya). g) Bagi IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider, keuntungan pelaburan daripada PRIA, jika ada, akan dipulangkan kepada Peserta Takaful (melalui PRIA) setelah ditolak Yuran Prestasi Pelaburan sebanyak 30% daripada keuntungan pelaburan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat boleh menolak Yuran Prestasi Pelaburan kurang daripada 30%. h) Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada sebarang lebihan bolehagih kasar semasa berakhirnya Tahun Kewangan Syarikat. Lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Peserta Takaful. i) Ia mungkin tidak menguntungkan untuk beralih dari satu pelan Takaful ke pelan Takaful yang lain kerana anda mungkin akan tertakluk kepada keperluan pengunderaitan yang baru, tempoh menunggu sepenuhnya dan sebarang tempoh terpakai bagi pengecualian pada syarat-syarat penyakit tertentu atau pra-wujud Sijil Takaful yang baru. j) Adalah penting bagi anda untuk menerima dan menyimpan resit-resit sebagai bukti pembayaran Sumbangan-sumbangan Takaful. k) Sekiranya anda tidak menerima Sijil Takaful selepas empat belas (14) hari dari tarikh penyertaan, sila hubungi kami. l) Notis terhadap tuntutan haruslah dibuat secara bertulis kepada Syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlakunya kejadian yang mengakibatkan tuntutan. Setelah notis tuntutan dikemukakan, pihak Syarikat akan memberikan borang-borang berkaitan kepada pihak yang melakukan tuntutan bagi menfailkan bukti tuntutan serta memaklumkan pihak yang menuntut akan keperluan-keperluan lain yang mungkin diperlukan. Walaubagaimanapun, ini tidak akan menghalang pihak Syarikat dari meminta dokumen yang selanjutnya mengenai tuntutan tersebut sekiranya didapati perlu. Kesemua maklumat dan bahan bukti ini hendaklah di kemukakan kepada Syarikat dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh berlakunya peristiwa-peristiwa yang dilindungi. Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di bawah Sijil Takaful. 6

7) Apakah pengecualian-pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini? a) Pengecualian ke atas Manfaat Kematian Jika Orang Yang Dilindungi, sama ada waras atau tidak, membunuh diri di dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh Sijil Takaful berkuatkuasa, meninggal dunia disebabkan virus Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual, tiada manfaat Takaful akan dibayar. Syarikat akan memulangkan semula jumlah terkumpul yang terdapat di dalam Dana Unit (nilai unit pada Tarikh Penilaian semasa tarikh proses) dan jumlah terkumpul di dalam PRIA, termasuk pendapatan pelaburan dari PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, kepada waris Orang Yang Dilindungi. b) Pengecualian Utama yang lain (kecuali bagi Manfaat Kematian) i. Peperangan, penaklukan, ancaman musuh luar, permusuhan atau operasi-operasi berbentuk peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan ataupun tidak) atau perang saudara; ii. Pemberontakan, rusuhan awam, pemberontakan tentera atau orang awam, insureksi, penentangan, revolusi, perintah berkurung atau darurat atau apa-apa jua peristiwa ataupun penyebab yang boleh menentukan pengisytiharan ataupun penyelenggaraan perintah berkurung ataupun darurat; iii. Sebarang kegiatan pengganas. Untuk tujuan ini kegiatan keganasan bermaksud perlakuan atau perbuatan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada penggunaan sebarang kuasa atau kekerasan atau kekejaman dan/atau ancaman dari situ, oleh mana-mana orang perseorangan atau berkumpulan, sama ada bertindak secara persendirian atau bersandarkan perhubungan dengan mana-mana organisasi atau organisasi-organisasi atau kerajaan atau kerajaan-kerajaan, dilakukan atas sebab-sebab politik, keagamaan, ideologi atau sebarang niat mempengaruhi sebarang kerajaan atau organisasi dan / atau menyebabkan pihak awam, atau sebahagian darinya berada di dalam ketakutan; iv. Disebabkan oleh atau lanjutan daripada bunuh diri atau cubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja atau di bawah pengaruh alkohol atau narkotik atau dadah; v. Ketidakupayaan yang ditanggung oleh Orang Yang Dilindungi apabila melibatkan diri, mengendalikan atau melakukan servis, menaiki atau menuruni daripada atau dengan sebarang alat penerbangan atau kenderaan termasuk terjunan udara, payung terjun, lompatan bungee, peluncuran gantung atau belon udara kecuali apabila Orang Yang Dilindungi berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh penerbangan komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan; Nota: vi. vii. viii. ix. Keilatan bermula sebelum penerimaan perlindungan; Sebarang ketidakpatuhan undang-undang oleh Orang Yang Dilindungi atau kesalahan yang dicetuskan olehnya; Terlibat dalam sebarang aktiviti dalam air yang menggunakan alat pernafasan tiruan; Kecederaan yang disebabkan oleh pembelahan nuklear, percantuman nuklear, alat senjata nuklear atau pencemaran radioaktif. Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualian-pengecualian yang terdapat di bawah Sijil Takaful. 7

8) Bolehkah Sijil Takaful ini dibatalkan? Penyertaan di dalam Takaful Berkaitan Pelaburan adalah komitmen kewangan jangka panjang. Anda tidak digalakkan untuk menyertai pelan Takaful ini dalam tempoh masa yang singkat kerana ia akan melibatkan kos permulaan yang tinggi. Jika anda mendapati strategi yang telah dipilih tidak lagi sesuai, anda mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran strategi. Anda dibenarkan melakukan pertukaran lima (5) kali setahun tanpa dikenakan bayaran. Untuk pertukaran seterusnya, anda akan dikenakan yuran pemprosesan. Peserta Takaful boleh membatalkan Sijil Takaful dengan menyerahkan notis bertulis kepada Takaful IKHLAS. Jika tiada sebarang tuntutan pernah dibuat di bawah Sijil Takaful ini, Peserta Takaful layak untuk mendapat sejumlah pulangan Sumbangan Takaful selepas pembatalan Sijil Takaful ini. 9) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi? Adalah penting anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan pada maklumat/alamat untuk memastikan semua komunikasi perhubungan sampai kepada anda dalam jangka masa ditetapkan. 10) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Berkaitan pelaburan dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan, sila rujuk kepada buku panduan panduan info insurans mengenai Takaful Berkaitan Pelaburan, dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan ataupun anda boleh memperolehinya daripada ejen Takaful kami atau lawati www.insuranceinfo.com.my Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: Takaful Ikhlas Berhad Jabatan CRM IKHLAS Point Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South, No. 8 Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur. Tel: +603-2723 9696 Faks: +603-2723 9998 Laman sesawang : www.takaful-ikhlas.com.my Emel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my 11) Produk seumpama yang boleh didapati. - TIADA NOTA PENTING: INI ADALAH PRODUK TAKAFUL YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI DARIPADA ASET-ASET PENDASAR, DAN INI BUKANLAH PRODUK PELABURAN SEBENAR SEPERTI UNIT AMANAH SAHAM. ANDA MESTI MENILAI PILIHAN-PILIHAN ANDA DENGAN TELITI DAN PERLU MEMUASKAN DIRI ANDA BAHAWA PELAN INVESTMENT-LINKED YANG DIPILIH MEMENUHI KEHENDAK RISIKO ANDA, DAN ANDA MAMPU MEMBAYAR SUMBANGAN TAKAFUL SEPANJANG TEMPOH SIJIL TAKAFUL. UNTUK MENINGKATKAN NILAI PELABURAN PADA BILA-BILA MASA, ADALAH DINASIHATKAN ANDA, MEMBAYAR SUMBANGAN TAKAFUL TAMBAHAN SEBAGAI 'TOP UP'. PULANGAN KE ATAS DANA PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN ADALAH TIDAK 8

DIJAMIN. MENURUT PERENGGAN 5 DARIPADA JADUAL 9 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013, JIKA ANDA MEMOHON TAKAFUL INI SEPENUHNYA UNTUK TUJUAN YANG TIDAK BERKAITAN PERDAGANGAN, PERNIAGAAN ATAU PROFESION ANDA, ANDA MEMPUNYAI KEWAJIPAN UNTUK MENGAMBIL LANGKAH PENJAGAAN MUNASABAH UNTUK TIDAK MEMBUAT SALAH NYATAAN SEMASA MENJAWAB SOALAN- SOALAN DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK TAKAFUL INI). ANDA DIKEHENDAKI MENJAWAB SOALAN-SOALAN DENGAN LENGKAP DAN TEPAT. KEGAGALAN UNTUK MENGAMBIL PENJAGAAN MUNASABAH DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN MUNGKIN MENGAKIBATKAN PEMBATALAN KONTRAK TAKAFUL ANDA, PENOLAKAN ATAU PENGURANGAN TUNTUTAN, PERUBAHAN TERMA ATAU PENAMATAN KONTRAK TAKAFUL ANDA. KEWAJIPAN PENDEDAHAN DI ATAS ADALAH BERTERUSAN SEHINGGA KONTRAK TAKAFUL ANDA DIBUAT, DIUBAH ATAU DIPERBAHARUI DENGAN KAMI. SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA SOALAN-SOALAN DI DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK TAKAFUL INI), ANDA DIKEHENDAKI UNTUK MENDEDAHKAN APA-APA PERKARA LAIN YANG ANDA TAHU SEBAGAI BERKAITAN KEPADA KEPUTUSAN KAMI UNTUK MENERIMA ATAU TIDAK RISIKO INI DAN MENENTUKAN KADAR DAN TERMA YANG HENDAK DIPAKAI. ANDA JUGA MEMPUNYAI KEWAJIPAN UNTUK SEGERA MEMBERITAHU KAMI SEKIRANYA SETELAH KONTRAK TAKAFUL ANDA DIBUAT, DIUBAH, ATAU DIPERBAHARUI DENGAN KAMI, APA-APA MAKLUMAT YANG DINYATAKAN DI DALAM BORANG CADANGAN INI (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK TAKAFUL INI) TIDAK TEPAT ATAU TELAH BERUBAH. Maklumat yang disediakan dalam Helaian Keterangan Produk ini adalah sah pada: 01/06/2018 9