GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Similar documents
KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

PROSEDUR OPERASI PIAWAI PKTMK

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

GARIS PANDUAN PROGRAM PENGAWASAN PERUBATAN

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

TAKLIMAT PENGENALAN & PANDUAN PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS SEKTOR AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

PRUlink global leaders fund

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

Elemen Kesihatan Industri

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) JABATAN KONTRAK

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION (FITMC)

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Aspek Perlindungan Sinaran dalam Pengimejan Perubatan. Radiation Safety considerations in Medical Imaging

STUDY ON SUITABLE HABITAT FOR SWIFTLET FARMING TEO WEE CHAI

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Transcription:

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Latihan Sangkutan bagi staf Bukan Akademik, Universiti Putra Malaysia dan perkara lain yang berkaitan dengannya. 2. OBJEKTIF Latihan Sangkutan diwujudkan bagi memberi peluang kepada staf membentuk sikap, jati diri, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian kepada staf melalui latihan yang terancang, profesional serta berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran yang berterusan. Objektif pelaksanaan Latihan Sangkutan staf UPM adalah seperti berikut: 2.1 Menambahkan pengalaman praktikal serta dapat menimba idea baharu di luar UPM untuk diaplikasi dalam pengurusan, pentadbiran dan aktiviti di UPM; 2.2 Menjadi landasan pemindahan ilmu dan teknologi serta meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam menjalankan tugas; 2.3 Mendedahkan staf kepada budaya, pemikiran, persekitaran kerja, kaedah dan teknik yang berbeza dalam bidang berkenaan; 2.4 Menjalinkan dan mengeratkan rangkaian hubungan, kerjasama dan mewujudkan persefahaman di antara universiti dengan organisasi yang terlibat; dan 2.5 Memupuk jati diri, kekuatan mental dan pembangunan profesional staf. 3. SYARAT DAN KELAYAKAN Staf yang ingin mengikuti Latihan Sangkutan hendaklah memenuhi syarat dan kelayakan yang berikut: Halaman 1 8

3.1 Warganegara Malaysia; 3.2 Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) atau Pelaksana; 3.3 Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; 3.4 Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun perkhidmatan di UPM; 3.5 Memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan sekurang-kurangnya 80% bagi tahun sebelumnya; 3.6 Bebas daripada tindakan tatatertib; dan 3.7 Mendapat sokongan daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ). 3.8 Staf yang pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di UPM akan diberi keutamaan semasa menimbangkan permohonan bagi Latihan Sangkutan tersebut. 4. BIDANG FOKUS Bidang fokus dalam Latihan Sangkutan yang boleh diikuti oleh staf ialah: 4.1 Sumber Manusia, Kewangan, Kemudahan Infrastruktur dan Teknologi Maklumat; 4.2 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran; 4.3 Pengurusan Penyelidikan dan Pengkomersilan; 4.4 Perundingan serta Jaringan Industri dan Masyarakat; 4.5 Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; 4.6 Pengurusan Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan; 4.7 Pengurusan Kualiti dan Akreditasi; 4.8 Sains, Pertanian, Kejuruteraan, Perubatan, Teknologi Maklumat, Sains Sosial; dan 4.9 Mana-mana bidang lain yang diberi keutamaan oleh universiti dari semasa ke semasa. 5. TEMPOH Tempoh Latihan Sangkutan adalah antara 1 hingga 6 bulan sekali dalam tempoh yang diluluskan. Staf dibenarkan mengikuti latihan ini sebanyak 2 kali sepanjang perkhidmatan tertakluk kepada kelulusan. 6. STRUKTUR LATIHAN SANGKUTAN Latihan sangkutan akan dilaksanakan berdasarkan kepada 2 mod seperti berikut: Halaman 2 8

6.1 Latihan Sangkutan Secara Sepenuh Masa Latihan ini dijalankan secara sepenuh masa di lokasi latihan. 6.2 Latihan Sangkutan Secara Separuh Masa Bagi melayakkan latihan dikategorikan sebagai separuh masa, staf perlu memenuhi keperluan berada di PTJ sebanyak minimum 12 jam/minggu atau 48 jam/bulan sepanjang tempoh latihan. Staf yang berada di PTJ kurang dari tempoh ini akan dikategorikan mengikuti latihan secara sepenuh masa. Pemantauan terhadap keperluan ini akan dilaksanakan oleh PTJ. 7. TEMPAT Staf boleh mengikuti Latihan Sangkutan ini di mana-mana universiti/institusi/agensi sama ada di dalam atau luar negara dengan keutamaan diberikan kepada:- 7.1 Universiti/institusi/agensi yang telah memeterai memorandum persefahaman ataupun perjanjian dengan UPM; atau 7.2 Universiti/institusi/agensi terkemuka yang tersenarai dalam 200 Universiti Terbaik Times Higher Education (THE)/QS World University Ranking/penarafan tinggi/ pengiktirafan lain. 8. TANGGUNGJAWAB 8.1 Ikatan Perjanjian Staf yang menjalani Latihan Sangkutan secara sepenuh masa dan separuh masa perlu mempunyai ikatan kontrak perkhidmatan dengan UPM seperti jadual di bawah. Ikatan kontrak perkhidmatan akan bermula daripada tarikh staf itu melapor diri selepas tamat latihan. Halaman 3 8

8.2 Latihan Sangkutan Secara Sepenuh Masa TEMPOH Melebihi 3 6 bulan TEMPOH IKATAN PERJANJIAN (TAHUN) Minimum tempoh ikatan perjanjian adalah selama 12 bulan JUMLAH GANTIRUGI DALAM NEGARA LUAR NEGARA RM40,000.00 serta RM40,000.00 serta elaun dalam elaun dalam perkhidmatan perkhidmatan atau kos sebenar mana yang lebih tinggi 8.3 Latihan Sangkutan Secara Separuh Masa TEMPOH TEMPOH IKATAN PERJANJIAN (TAHUN) DALAM NEGARA Melebihi 3 6 bulan Minimum tempoh ikatan perjanjian adalah selama 12 bulan RM20,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan 8.4 KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) Staf yang diluluskan Latihan Sangkutan perlu mencapai KPI seperti berikut: Tempoh Latihan 1 6 bulan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) Pelaksanaan projek baharu berkaitan bidang latihan (akan dimasukkan sebagai KPI pegawai tahun berikutnya selepas tamat latihan) Laporan latihan Perkongsian ilmu di PTJ Kumpulan Pelaksana Laporan latihan Kertas Cadangan penambahbaikan berkaitan bidang latihan (dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan PTJ) Perkongsian Ilmu di PTJ Halaman 4 8

Catatan: a) Laporan latihan perlu dihantar ke Pejabat Pendaftar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat latihan. b) Perkongsian ilmu di PTJ perlu dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat latihan. c) Kertas cadangan penyelidikan/kertas cadangan penambahbaikan berkaitan bidang latihan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat latihan sangkutan. d) Segala penerbitan oleh pegawai mesti membawa nama UPM dan segala hak intelek sekiranya mendapat kebenaran daripada universiti/institusi/agensi di mana latihan dijalankan hendaklah membawa nama UPM. 8.5 IMPLIKASI KEPADA YANG TIDAK MENCAPAI KPI Kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan akan memberi implikasi kepada permohonan pegawai untuk mengikuti apa-apa latihan jangka sederhana dan jangka panjang dalam tempoh 24 bulan selepas tamat latihan. 9. GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN LAIN Semasa mengikuti Latihan Sangkutan staf layak mendapat kemudahan-kemudahan di bawah (kelulusan adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan universiti): 9.1 Dalam Negara 9.1.1 Elaun yang layak diterima: (i) (ii) Gaji Bulanan dan Elaun Dalam Perkhidmatan; dan Elaun Sarahidup (sepertimana yang diterima untuk Cuti Sabatikal) 9.2 Luar Negara 9.2.1 Elaun yang layak diterima: (i) Gaji Bulanan dan Elaun; Halaman 5 8

(ii) (iii) (iv) (v) Elaun Sara Hidup (Mengikut Negara) Elaun Pakaian Panas (Sekiranya berkelayakan); Tiket kapal terbang (pergi dan balik ke satu destinasi sahaja); dan Insurans kesihatan 9.3 Permohonan latihan tanpa kos kepada universiti atau dengan pembiayaan dari universiti/organisasi lain akan diberi keutamaan dalam pertimbangan kelulusan. 10. BENCH FEES Keutamaan adalah bagi program sangkutan adalah yang tidak melibatkan sebarang bayaran. Walau bagaimanapun sekiranya bench fees dikenakan, kelulusan adalah tertakluk kepada kewangan universiti. 11. KELAYAKAN CUTI REHAT 11.1 Pegawai tidak layak mendapat cuti rehat dalam tempoh 3 6 bulan Latihan Sangkutan secara sepenuh masa dijalankan. Cuti rehat akan dikira semula selepas pegawai melapor diri setelah menamatkan tempoh Latihan Sangkutan; dan 11.2 Cuti tahunan yang tidak dapat dihabiskan akan luput sebaik sahaja memulakan Latihan Sangkutan (tergunapakai bagi Latihan Sangkutan dalam tempoh 3 6 bulan secara sepenuh masa). 12. PERMOHONAN 12.1 Permohonan lengkap melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah dikemukakan kepada Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar selewat-lewatnya 2 bulan (bagi latihan dalam negara) atau 3 bulan (bagi latihan luar negara) sebelum Latihan Sangkutan dijalankan. 12.2 Permohonan yang dibuat di bawah perenggan (i) hendaklah juga mengemukakan kertas kerja mengandungi: (i) (ii) (iii) Objektif Justifikasi permohonan Huraian aktiviti latihan Halaman 6 8

(iv) (v) (vi) (vii) Impak Surat tawaran mengikuti latihan Anggaran implikasi kewangan Staf perlu membuat deklarasi sama ada menerima atau tidak menerima sebarang elaun/pembiayaan/honorarium daripada universiti/institusi/ agensi di mana latihan dijalankan 13. KELULUSAN 13.1 Naib Canselor akan mempertimbangkan permohonan program sangkutan luar negara dan boleh melulus atau tidak meluluskan permohonan tersebut mengikut pertimbangannya berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan perkhidmatan universiti. 13.2 Pendaftar akan mempertimbangkan permohonan program sangkutan dalam negara dan boleh melulus atau tidak meluluskan permohonan tersebut mengikut pertimbangannya berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan perkhidmatan universiti. 13.3 Keputusan yang dibuat oleh Naib Canselor ataupun Pendaftar adalah muktamad. 14. TANGGUNGJAWAB MEMBUAT PERSEDIAAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN SELEPAS PERMOHONAN DILULUSKAN Staf yang permohonannya telah diluluskan untuk mengikuti Latihan Sangkutan sama ada di dalam atau di luar negara hendaklah bertanggungjawab membuat persediaan yang sewajarnya seperti memastikan tempahan tiket kapal terbang dibuat, mengambil perlindungan insuran, menguruskan visa, menguruskan penempatan semasa mengikuti program sangkutan dan keperluan-keperluan lain sebelum menjalani latihan tersebut. Halaman 7 8

15. LAPOR DIRI Pegawai hendaklah melapor diri di Pejabat Pendaftar segera selepas tamat Latihan Sangkutan dengan mengemukakan borang lapor diri yang disahkan oleh Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti. Rujukan : Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2005 Perintah Am 36-38 Bab C Perintah Am Bab D Minit Jawatankuasa Pengurusan Universiti Ke 613 {Minit 613.04 (d)} Halaman 8 8