KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

Similar documents
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

PRUlink global leaders fund

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETECTION OF INFECTION AND DETERMINATION OF BIOMARKERS FOR BRUCELLA MELITENSIS INFECTION IN GOATS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 6 (2) 2008: BAHARUDIN OMAR, RAJA M. ZUHA RAJA KAMAL, DANIEL GOH CHUAN LEE, WAN OMAR ABDULLAH & JOHN JEFFERY

Faktor Individu Sebagai Komponen Menyumbang Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-Dagang

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION (FITMC)

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

Aspek Perlindungan Sinaran dalam Pengimejan Perubatan. Radiation Safety considerations in Medical Imaging

JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor Analisis Pendorong dan Penghalang kepada Kenderaan Tidak Bermotor di Bangi

TAKLIMAT PENGENALAN & PANDUAN PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS SEKTOR AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

AKTIVITI ANTIMIKROB EKSTRAK Vernonia cinerea L., Tridax procumbens L., DAN Emilia sonchifolia L. DARIPADA FAMILI ASTERACEAE YOGA LATHA A/P LACHIMANAN

1IIIi~I~~I~II~I~lfl!I~I~~II~I~li~il~i~~~IIII! ~. -,-- \: 1 'i "

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GROWTH PERFORMANCE OF THAMARI SHEEP IN YEMEN ABDULLAH ALI ABDULLAH AL-NOKHAIF FP

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AMITRAZ EXPOSURE AND RISKS TO PESTICIDE APPLICATORS AND NEARBY RESIDENTS IN ZANGIABAD, IRAN COPYRIGHT UPM MAJID AGHASI

Transcription:

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM MUHAMAD HASHIM AHMAD AHMAD YUSRI B ABD NASIR KAHARUDDIN OSMAN ABSTRAK Cukai barangan dan perkhidmatan telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia secara rasmi pada 1 April 2015 selepas dibentang dalam Bajet Tahunan Malaysia sebelumnya. Pelbagai reaksi samada bersetuju atau menentang bergantung kepada tahap kefahaman masingmasing. Justeru objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti implikasi pelaksanaan GST terhadap pengguna. Selain itu, objektif kajian juga menilai kepuasan pengguna terhadap barangan dan perkhidmatan selepas dikenakan GST. Seramai responden daripada kalangan pengguna pasaraya sekitar seksyen 13, Shah Alam. Pemilihan sampel dilakukan secara teknik rawak mudah. Reka bentuk kajian bersifat kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama dalam mengumpul data. Pilot Test telah dijalankan dengan nilai Coefficient Cronbach Alpha melepasi 0.6 bagi validity kajian. Datadata yang diperoleh dianalisa menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS). Dapatan menunjukan 92.1% responden bersetuju jika pelaksanaan GST dimansuhkan. KATA KUNCI: GST, Harga, Pengguna, Kepuasan

1.0 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Malaysia secara rasminya telah melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini pada 1 April 2015 setelah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dengan kadar 6 peratus atas nilai barang dan perkhidmatan. Pada awalnya GST telah bentangkan sejak 2011 di parlimen. Di atas kekangan yang tidak dapat dielakan, GST kembali dibentangkan dalam Bajet 2014. GST dikenakan ke atas kebanyakan transaksi dalam proses pengeluaran, tetapi mendapat pulangan balik dengan pengecualian cukai input kepada semua pihak dalam rantaian pengeluaran.walaubagaimanapun, pengguna terakhir yang dikenakan GST tidak termasuk dalam kategori pengecualian cukai. Pelaksanaan GST di Malaysia bertujuan meningkatkan hasil negara di samping menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebesar 16 peratus (Bajet, 2014). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan GST kepada pengguna. Kajian ini dilaksanakan terhadap pengguna pasaraya sekitar Seksyen 13, Shah Alam mengambilkira komuniti berpendapatan sederhana dan juga mempunyai tahap pendidikan lebih baik. Pengguna di Seksyen 13 juga mewakili komuniti bandar besar di Malaysia. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 di parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan dan digantikan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST. Menurut Perdana Menteri Malaysia, dengan pelaksanaan GST, kerajaan dapat menangani banyak kelemahan di dalam sistem percukaian sedia ada seperti cukai berganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan lain-lain isu (Bajet, 2014). Kelemahan-kelemahan ini telah menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak iaitu pengguna dan kerajaan (Hanum, 2013). 1.3 PENYATAAN MASALAH Penguatkuasaan GST sejak 1 April 2015 yang lalu nyata mendapat reaksi yang pelbagai dari segenap lapisan masyarakat. GST dikatakan dapat membantu Malaysia meningkatkan taraf ekonomi akan tetapi pada masa yang sama telah menjadi bebanan kepada rakyat terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah. (Hanum, 2013). Menurut Siti Fatihah, (2016), kenaikan harga pada barangan dikenakan cukai tidak dapat dinafikan. Bahkan proses pemeluwapan kenaikan harga tidak terhad kepada barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST, tetapi turut tempias kepada barangan yang dikecualikan GST. Rakyat juga belum melihat keberkesanan impak GST kepada ekonomi seperti penambahbaikan infrastruktur jalan raya, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain (Anon, 2017) 1.4 OBJEKTIF KAJIAN i- Mengkaji kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan kepada pengguna. ii- Mengkaji tahap kepuasan pengguna terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan. iii-mengkaji tahap kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Bagi mendapatkan gambaran kepada objektif kajian, persoalan kajian yang diutarakan adalah seperti berikut: i- Apakah kesan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan kepada pengguna? ii- Adakah kepuasan pengguna meningkat setelah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan? iii- Apakah pendapat pengguna terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan? 1.5 SKOP KAJIAN Skop kajian ini akan melibatkan 150 orang responden di pasaraya di sekitar Seksyen 13, Shah Alam. Borang soal selidik akan digunakan sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada setiap responden isi rumah merangkumi pelbagai sektor pekerjaan dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Pelaksanaan GST memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat. Kepentingan kajian ini kepada para penyelidik ialah memperkayakan pengetahuan berkaitan GST. Kedalaman ilmu pengetahuan terhadap GST dapat membantu kepada penambahbaikan bidang GST di masa hadapan. Kajian ini juga mempunyai signifikan kepada pembuat polisi fiskal & pelaksana dalam penambahbaikan pelaksanaan GST di Malaysia. 1.7 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya tertumpu di seksyen 13, Shah Alam di mana kuasa beli yang lebih tinggi berbanding kawasan-kawasan lain di Malaysia. Oleh itu, dapatan tidak mencerminkan keseluruhan bagi penduduk Malaysia. Batasan juga mengambilkira masa yang terhad iaitu dalam tempoh empat bulan sebelum dapatan dibentangkan. Begitu juga dengan jumlah responden seramai 150 orang tidak mencerminkan keputusan keseluruhan bagi rakyat Malaysia. Namun, diharap kajian ini memberi gambaran awal persepsi rakyat terhadap GST di Malaysia. 2.0 KAJIAN LITERATUR Kajian literatur merujuk kepada rujukan sesuatu maklumat secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen yang lepas (Chua 2006, 2012). Menurut Chua (2012), maklumat yang dirujuk berkaitan teori, reka bentuk kajian, instrumen kajian dan dapatan kajian dengan matlamat membentuk kajian bersifat saintifik. Cukai Barangan dan Perkhidmatan ataupun GST diperkenalkan adalah untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Kerajaan berpendapat bahawa cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus mempunyai kelemahan tertentu berbanding GST sebanyak 6 peratus sahaja. Antara kelemahan tersebut, cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak baik pengguna atau kerajaan (Bajet, 2014). Menurut pakar-pakar ekonomi seperti Rabin dan Michael (2007), Hayman (1996) dan lain-lain sependapat bahawa GST atau VAT menggunakan struktur cukai proposional iaitu kadar cukai yang tetap seperti mana 6 peratus di Malaysia. Kritikan Hayman (2007), VAT atau GST beroperasi secara regresif kepada pendapatan pengguna sekaligus membebankan

pengguna. Namun, VAT di negara G7 menyumbang sekitar 25 peratus daripada kutipan cukai kecuali di Jepun (Hayman, 2007). VAT menjadi sumber bahagian yang besar bagi negerinegeri di Amarika Syarikat selepas agihan daripada persekutuan. Menurut Sabri (2005) pasaraya pula ditafsirkan sebagai sejenis peruncitan berkedai yang bersaiz lebih besar yang menawarkan lebih banyak pilihan barangan makanan dan bukan makanan kepada pelanggan. Rangkaian pasaraya yang terdapat di seksyen 13 ialah Pasaraya Giant, AEON, Tesco, Speed Mart 99 dan Pasaraya Hero s. Harga adalah penentu utama bagi pilihan pengguna (Kotler. et al, 2011). Pengguna akan menentukan harga boleh dibayar berdasarkan had pembelanjaan mereka (Monroe, 1990). Barang yang dijual di pasaraya juga perlu mempamerkan harga dengan jelas samada sudah termasuk GST atau sebaliknya termasuk cetakan resit mengandungi butiran GST dikenakan (KPDNKK, 2016) Terdapat beberapa kajian lepas yang dibuat tentang GST di Malaysia. Menurut Soliha et. al, (2015), kaedah mentadbir selia cukai GST yang terbaik perlu diadaptasikan oleh kerajaan Malaysia bagi proses yang lebih mampan. Kecekapan dalam pengutipan cukai akan memastikan perancangan pembangunan ekonomi negara yang baik. Selain itu, terdapat kajian lepas menjurus kepada kesan GST kepada pelajar. Nur Suriana et. al.(2015) bahawa GST yang dilaksanakan adalah secara menyeluruh tanpa mengira status ekonomi seseorang. Kajian yang bersifat diskriptif menggunakan analisis statistic seperti ANOVA, F-test, Pearson Correlation, dan sebagainya menunjukan pelaksanaan GST tidak memberi pengetahuan yang signifikan kepada pelajar. Dalam Bahasa mudah, pelajar di pusat pengajian tinggi tidak memberi kesan kesedaran mereka terhadap GST. Namun GST telah meningkatkan kos sara hidup dan gaya hidup. Dapatan juga menunjukan GST telah meningkatkan hutang mereka dan tidak memberi kebaikan kepada mereka. Menurut Muhamad Hashim et al. (2014), GST boleh ditakrifkan sebagai satu sistem cukai yang dikutip secara berperingkat pada setiap peringkat pengeluaran dan pengagihan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan. Sistem GST dilaksanakan sama seperti VAT yang telah dilaksanakan di negara-negara lain. Sebagai perbandingan, sebanyak 160 negara telah melaksanakan GST sehingga tahun 2014. Negara-negara yang melaksanakan GST bagi tempoh 5 tahun kebelakangan adalah Gambia (2013), Congo (2012), dan Seychelles (2012). Malaysia telah melaksanakan GST bermula April 1, 2015. Antara negara-negara lain yang sedang menuju ke arah pelaksanaan GST adalah Afghanistan, Bahamas, UAE, Bahrain, China and India (Muhamad Hashim et. al, 2014). Bil. Negara GDP Per Kapita (Bank Negara, 2011, USD) ASEAN (7 Negara) Tahun Pelaksanaan Kadar Awal (%) Kadar Semasa (%) 1 Indonesia 3,495 1984 10 10 2 Thailand 4,972 1992 7 7 3 Singapura 46,241 1993 3 7 4 Filipina 2,370 1998 10 12 5 Cambodia 897 1999 10 10 6 Vietnam 1,407 1999 10 10 7 Laos 1,320 2009 10 10 Jadual 2: Negara ASEAN yang melaksanakan GST

Menurut Muhamad Hashim et.al, (2014), negara-negara ASEAN yang telah melaksanakan GST seperti ditunjukan dalam Jadual 2. Singapura merupakan antara negara yang melaksanakan GST pada kadar 3% dan meningkat kepada 7%. Purata kadar GST semasa diamalkan oleh negara ASEAN ialah sebanyak 10%. Menurut Shalihen (2011), menyatakan bahawa pelaksanaan GST adalah adil dan tidak membebankan rakyat. Tambahnya GST telah dilaksanakan di 160 buah negara dan rakyat perlu memahami objektif pelaksanaannya. Keputusan kerajaan memberi pengecualian GST pada keperluan asas seperti produk pertanian dan barangan makanan asas adalah dihormati. GST adalah cukai terhadap penggunaan atau cukai terhadap perbelanjaan. Dalam erti kata lain, semakin banyak perbelanjaan, semakin tinggi cukai yang dikenakan (Deviga dan Karunagaran, 2010). Namun, perkara yang menjadi kebimbangan adalah dengan pelaksanaan GST yang dilihat sebagai cukai yang bersifat regresif (Sarimah dan Abd Rashid,2014), beban cukai adalah lebih tinggi berbanding pendapatan yang rendah. GST berpotensi menjadi cukai yang membebankan kepada golongan yang berpendapatan rendah memandangkan cukai yang dikenakan adalah terhadap perbelanjaan. Dalam kes Malaysia, GST yang diwujud memberi pelepasan kepada barangan keperluan seperti makanan asasi, pengangkutan awam dan rawatan perubatan tidak sepatutnya dikenakan cukai. Sebaliknya pelaksanaan GST secara meluas, cukai boleh dikenakan kepada setiap komoditi ini dan seterusnya akan meningkatkan harga. Sebagai alternatif kepada permasalahan ini, GST yang dikenakan kepada golongan yang berpendapatan rendah, pihak kerajaan boleh memberi insurans terhadap barangan dan perkhidmatan yang dianggap sebagai keperluan asas ataupun pengecualian cukai. Bagaimanapun, terlalu banyak kadar sifar dan pengecualian pengeluar boleh menyebabkan system baru ini terlalu rumit untuk dilaksanakan. (Muhamad Hashim. et al, 2014). Menurut Noor Azlan (2015) menyatakan bahawa GST adalah satu sistem untuk pengagihan ekonomi dengan cara yang optimum bagi memastikan segala tuntutan hidup seperti kemudahan awam, pengangkutan awam, kesihatan, pungutan sampah, pendidikan, alam sekitar secara terbaik mampu disedia dan dimanfaat oleh rakyat. Selain itu, antara kelemahan sistem percukaian lama ialah ia tidak dapat mencakupi jumlah yang besar iaitu sebanyak 29 juta penduduk kerana ia bergantung kepada sistem percukaian individu dan korporat yang mana menggunakan kaedah pengisytiharan, selepas diisytihar baharulah cukai dikenakan Tujuan GST dilaksanakan adalah untuk menyumbang kepada kestabilan sumber pendapatan kerajaan bagi menguruskan ketidaktentuan naik turun aktiviti ekonomi. GST boleh menjadi pintu kepada kerajaan untuk menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan persendirian. Pengurangan cukai korporat mampu menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Dengan GST, kerajaan dapat menjamin paras pematuhan cukai berada di tahap yang baik memandangkan syarikat-syarikat diperlukan untuk menyimpan rekod dan penyata akaun. Tidak dapat dinafikan, GST telah menambahbaik polisi yang sedia ada terhadap cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Tambahan pula, perniagaan tidak akan terikat dengan mekanisma kos cukai berperingkat kerana pembayar cukai yang sebenar adalah pengguna yang terakhir (Bajet, 2014). 3.0 METODOLOGI KAJIAN Dalam disiplin penyelidikan, dapatan kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk kajian. Reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Kesilapan dalam memilih reka bentuk kajian yang tidak relevan, hasil dapatan adalah kurang tepat. Natijahnya, ini

mendatangkan kesan negatif kepada pengkaji lain yang membuat rujukan terhadap hasil dapatan kajian tersebut (Chua 2006, 2012). 3.1 REKA BENTUK DISKRIPTIF Reka bentuk kajian ini berbentuk diskriptif iaitu melakukan soal selidik. Seramai responden daripada kalangan pengguna pasaraya sekitar seksyen 13, Shah Alam. 3.2 INSTRUMEN KAJIAN Keputusan kajian menggunakan soal selidik ini merupakan kunci instrumen kepada kajian untuk mendapatkan data yang diperlukan. Soal selidik mengandungi soalan yang bertujuan untuk mendapatkan semua informasi berkaitan kajian untuk mencapai objektif kajian (Mukesh et.al., 2013). Kaedah mengedarkan soal selidik digunakan kerana kejelasan dan ketepatan dapatan informasi (Chua, 2006). Soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian A berkaitan dengan demografi dan maklumat peribadi responden. Bahagian B, C dan D berkenaan dengan harga barangan, perkhidmatan, kepuasan dan kesedaran setelah pelaksanaan GST. Penggunaan Skala Likert telah digunakan dalam soal selidik ini. 3.3 TEKNIK PERSAMPELAN Populasi bagi kajian ini adalah seramai 250 orang pembeli di pasaraya Seksyen 13, Shah Alam. Berdasarkan Jadual Krejcie & Morgan, (1970), sampel yang digunakan sebanyak responden. Teknik persampelan ini dipilih kerana dapat menjimatkan masa serta kos. 3.4 KAEDAH ANALISIS DATA Ujian rintis telah dijalankan untuk mengenal pasti kebolehpercayaan kajian dengan 50 responden. Borang soal selidik untuk uji rintis yang mengandungi 5 bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E. Statistical Package for the Social Sciences for Windows (SPSS) digunakan untuk menganalisis data. Aplikasi ini amat sesuai dan menjimatkan masa untuk mendapatkan keputusan daripada soal selidik berdasarkan data numerikal. Alpha Cronbach Bilangan Item 0.681 50 Jadual 3.4: Statistik kebolehpercayaan (Reliability Statistics) Jadual 3.4 menunjukan nilai coefficient Cronbach Alpha 0.681 melepasi coefficient 0.6. Keputusan ini adalah validity untuk meneruskan pengedaran borang soal kaji selidik kepada responden (Krejcie dan Morgan 1970). 4.0 HASIL DAPATAN Dapatan kajian bagi menjawab objektif pertama kajian iaitu kesan pelaksanaan GST kepada pengguna di Seksyen 13, Shah Alam adalah berdasarkan analisis daripada SPSS seperti ditunjuk dalam jadual 4.1. Kesan pelaksanaan GST kepada pengguna berkaitan perubahan dalam tingkat harga. Berdasarkan item pertama, sebanyak 137 orang atau 90.1% responden tidak bersetuju harga barangan dan perkhidmatan meningkat setelah kerajaan menguatkuasa GST. Bahkan barang dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai dalam item kedua turut terkesan. Sebanyak 90.7% tidak bersetuju bahawa harga barangan yang dikecualikan GST tidak meningkat.

Item 1. Adakah anda bersetuju dengan kenaikan harga barangan selepas pelaksanaan GST Sangat Tidak 75 (49.3%) Tidak 62 (40.8%) Neutral Sangat 5 (3.3%) 8 (5.3%) 2 (1.3%) N/100% 2. Harga barangan yang dikecualikan GST tidak meningkat 3. Harga yang dipamerkan tidak termasuk GST mengelirukan pengguna 4. Adakah perlu harga yang dipamer telah termasuk dengan kadar GST 5. Perkhidmatan yang disediakan selari dengan GST 94 (61.8%) 5 (3.3%) 3 (2%) 39 (25.7%) 42 (27.6%) 3 (2%) 2 (1.3%) 55 (36.2%) 6 (3.9%) 16 (10.5%) 15 (9.9%) 49 (32.2%) 5 (3.3%) 69 (45.4%) 83 (54.6%) 9 (5.9%) 5 (3.3%) 59 (38.8%) 49 (32.2%) 0 (0%) Jadual 4.1: Kesan pelaksanaan GST kepada pengguna Pengguna juga bersetuju apabila tanda harga yang dipamer tidak termasuk GST akan mengelirukan pembeli sebanyak 84.2% pada item ketiga. Pengguna bersetuju supaya harga yang dipamerkan telah termasuk GST sebanyak 86.8% ditunjuk pada item keempat. Pengguna juga tidak bersetuju bahawa perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan dengan GST iaitu sebanyak 61.9%. Maka, dapat dirumuskan pelaksanaan GST memberi kesan dalam peningkatan harga dan perkhidmatan jualan yang tidak memuaskan melebihi 50% responden. Dapatan kajian seterusnya bagi menjawab objektif kedua kajian iaitu mengkaji kepuasan pengguna terhadap pelaksanaan GST ditunjukan dalam jadual 4.2. Pengguna merasa tidak memperolehi layanan lebih adil apabila hanya pihak peniaga dan pengilang mendapat bayaran balik cukai. Ketidakpuasan ini ditunjukan pada item pertama sebanyak 52.6%. Pengguna juga tidak bersetuju pada kadar 65.8% bahawa kadar semasa GST tidak berpatutan seperti mana pada item kedua. Pengguna tidak bersetuju bahawa pelaksanaan GST memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia iaitu sebanyak 36.2%.

Item 1. Adakah anda bersetuju dengan bayaran pulangan balik cukai kepada peniaga dan pengilang 2. Adakah anda bersetuju kadar semasa GST berpatutan 3. Adakah anda bersetuju GST memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia 4. Adakah anda bersetuju GST membebankan rakyat Malaysia 5. Adakah GST mempengaruhi perbelanjaan anda Sangat Tidak 42 (27.6%) 61 (40.1%) 32 (21.1%) 12 (7.9%) 6 (3.9%) Tidak 38 (25%) 39 (25.7%) 23 (15.1%) 1 (0.7%) 1 (0.7%) Neutral Sangat 37 (24.3%) 30 (19.7%) 58 (38.2%) 20 (13.2%) 5 (3.3%) 21 (13.8%) 22 (14.5%) 30 (19.7%) 51 (33.6%) 67 (44.1%) 14 (9.2%) 0 (0%) 9 (5.9%) 68 (44.7%) 73 (48%) N/100% Jadual 4.2: Kepuasan pengguna terhadap pelaksanaan GST Namun, penemuan yang menarik menunjukan responden masih keliru samada GST memberi manfaat atau sebaliknya adalah sebanyak 38.2% iaitu lebih besar berbanding kelompok responden tidak bersetuju. Selain itu, dapatan juga menunjukan sebahagian besar bersetuju bahawa GST membebankan rakyat Malaysia sebanyak 78.3%. Bahkan, dapatan responden yang ditemui menunjukan GST sangat mempengaruhi perbelanjaan sebanyak 92.1%. Keseluruhannya, dapatan menunjukan ketidakpuasan terhadap pelaksanaan GST. Selanjutnya, dapatan kajian bagi menjawab objektif ketiga kajian iaitu mengkaji pandapat pengguna tentang pemansuhan GST di Malaysia. Item (%) Tidak (%) Jumlah Adakah anda bersetuju jika pelaksanaan GST dimansuhkan 140 (92.1%) 12 (7.9%) responden 100% Jadual 4.3: Kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan GST

Dapatan bagi objektif ketiga menunjukan sebahagian besar daripada responden yang ditemui bersetuju jika GST dimansuhkan. Berdasarkan item pertama dalam jadual 4.3 dimana 138 responden atau 92.1% bersetuju GST dimansuhkan. Hanya 8% sahaja responden bersetuju GST diteruskan. 5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian adalah pelaksanaan GST telah meningkatkan harga dan perkhidmatan yang tidak memuaskan pengguna melebihi 50%. Dapatan kajian seperti yang ditunjukan dalam jadual 4.2, keseluruhan dapatan menjurus kepada ketidakpuasan terhadap pelaksanaan GST. Persoalan tentang pelaksanaan GST dapat dirungkaikan lagi apabila 92.1% responden bersetuju jika pelaksanaan GST dimansuhkan. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Soliha et. al, (2015) dari aspek kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna. Namun dapatan ini tidak selari dengan kajian oleh Nur Suriana et. al.(2015) dari aspek pengetahuan, kesedaran dan pemahaman pengguna. Cukai dan perbelanjaan adalah satu bidang daripada peranan kerajaan. Hasil cukai akan digunakan untuk merancang program ekonomi bagi memacu negara kepada keadaan ekonomi yang lebih mampan. Hampir 160 buah negara yang melaksanakan GST atau VAT kelihatan lebih efisen dalam pengumpulan hasil negara. GST akan memberi implikasi positif kepada nilai eksport yang mana lebih berdaya saing. Laporan oleh pihak berkuasa kerajaan Malaysia menunjukan kutipan GST pada tahun 2015 telah mencatatkan sebanyak RM 39 billion melepasi target sebanyak RM 27 billion. Manakala pada tahun 2016 kutipan GST sebanyak RM 54.8 billion berbanding target kerajaan sebelumnya adalahsebanyak RM39 billion. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa akan terdapat impak sementara terhadap barangan pengguna dalam peringkat awal pelaksaan GST. Walaubagaimanapun, dari masa ke masa, harga terhadap barangan pengguna akan kembali stabil memandangkan GST mengurangkan kos pengurusan perniagaan. Merujuk kepada Australia National Tax & Association (2012), purata kadar GST meningkat bagi seluruh dunia sebanyak 42 peratus. Kadar maksimum pendapatan cukai korporat dan pendapatan cukai persendirian di Malaysia dijangka akan berkurangan dengan pelaksanaan GST kepada 20 peratus menjelang 2020, sebaliknya, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berpotensi meningkat kepada 10 peratus.

RUJUKAN Anon (2017). GST: Rakyat Dihimpit Beban. Shah Alam: Penerbitan Sinar. Australian GST Legislation with overview current to 1 January 2012. (2012). Sydney: CCH Autralia Limited Bajet (2014). Maklumat Belanjawan Kerajaan Malaysia. (n.d.). Retrieved May 26, 2016, from Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: http://www.treasury.gov.my/. Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Chua, Y. P. (2012). Mastering Research Methods. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Deviga Vengedasalam dan Karunagaran Madhavan (2010). Principles of Economics (2 nd edition). Selangor: Oxford University Press. Hassan, H. (2013). Persepsi Mahasiswa Terhadap Pelaksanaan GST di Malaysia: Kajian Ke atas Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis. Retrieved from http://docplayer.net/37619293-persepsi-mahasiswa-terhadap-pelaksanaan-gst-dimalaysia-kajian-ke-atas-mahasiswa-universiti-malaysia-perlis.html KPDNKK (2016). Laporan Tahunan. Putrajaya: Kerajaan Malaysia. Kotler, P. (2011). Marketing Insights from A to Z: 80 Concepts Every Manager Needs to Know. New Jersey: John Wiley & Sons. Inc. Krejcie, Robert V. dan Morgan Daryle W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Phychological Measurement. Likert, R. (1932). A technique for the measurement of Attitudes. New York: Columbia University Press. Muhamad Hashim Ahmad, Muhamad Abdullah dan Mohd Azlan Shah (2014). GST : Implementation and Implication to Malaysian Economics. Bangi: UKM. Mukesh Kumar, Salim Abdul Talib dan T.Ramayah (2013). Business Research Methods. Shah Alam: Oxford Fajar. Monroe, Kent B. (1990). Making Profitable Decisions, New York: McGraw-Hill. Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Syukri Saghiri & Hassan Hafizi Hanapi (2009). Sistem Negara Islam Satu, Jurnal Pengurusan Jawhar Vol 3, No 1, 2009, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji Malaysia, Putrajaya. Noor Azlan Ghazali, Ramli, R., Palil, M. R., Hassan, N. S. A. & Mustapha, A. F. (2015). Compliance costs of goods and services tax (GST) among small and medium enterprises. Bangi: UKM.

Nur Suriana Awaludin, Mohd Saifi Mohd Suhaimi, Nor Suhaily Bakar dan Shuhaimi Jaafar (2015). GST: The Malaysian Students Context & Experienced. 2 nd International Conference on Management and Muamalah 2015. Bangi: KUIS. Raymond, Y. C. T. (2001). Estimating the Impact of Economic Factors on Tourism: Evidence from Hong Kong Tourism Economics, 7(3), 277-293 Robin Bade dan Michael Parkin (2007). Foundations of Economics (3 rd edition). Boston: Pearson Addison Wesley Sabri Hussin (2005). Pengurusan Perniagaan Jilid 1. Malaysia: Cengage Learning Asia Pte Ltd. Sarimah Aman Shah dan Abdul Rashid Mohd Ali (2014). Principles of Economics (2 nd edition). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shalihen Mohd. Salleh, (2011). Faktor Penentu Niat Kepatuhan Cukai Jualan Tempatan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Sidek Mohd Noah. (1998). Pengujian dalam Psikologi dan Kaunseling Untuk Pelajar Psikologi dan Kaunseling. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia. Siti Fatihah Awang (2016). Rakyat Dibebani GST sebab Hutang Negara. Shah Alam: Penerbitan Sinar. Soliha Sanusi, Normah Omar dan Zuraidah Mohd Sanusi (2015). Goods and Services Tax (GST) Governance in the Malaysian New Tax Environment. International Accounting and Business Conference 2015. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.