PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

Similar documents
KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1IIIi~I~~I~II~I~lfl!I~I~~II~I~li~il~i~~~IIII! ~. -,-- \: 1 'i "

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

STUDY ON SUITABLE HABITAT FOR SWIFTLET FARMING TEO WEE CHAI

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION (FITMC)

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

PRUlink global leaders fund

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Faktor Individu Sebagai Komponen Menyumbang Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-Dagang

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETECTION OF INFECTION AND DETERMINATION OF BIOMARKERS FOR BRUCELLA MELITENSIS INFECTION IN GOATS

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GROWTH PERFORMANCE OF THAMARI SHEEP IN YEMEN ABDULLAH ALI ABDULLAH AL-NOKHAIF FP

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGUKURAN KETELUSAN LOGAM EMAS DAN CECAIR DENGAN KAEDAH RESONANS PLASMON PERMUKAAN ROSMIZA BT. MOKHTAR FSAS

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

AKTIVITI ANTIMIKROB EKSTRAK Vernonia cinerea L., Tridax procumbens L., DAN Emilia sonchifolia L. DARIPADA FAMILI ASTERACEAE YOGA LATHA A/P LACHIMANAN

GARIS PANDUAN PROGRAM PENGAWASAN PERUBATAN

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

Tafsiran Evolusi Sosial dan Konsep Kerajaan berdasarkan Falsafah Marx-Engels: Kesesuaian dan Aplikasi?

DESIGN AND PROTOTYPING A PERISTALTIC PUMP MOHD FIRDAUS BIN MANSOR

TAKLIMAT PENGENALAN & PANDUAN PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS SEKTOR AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

PROSEDUR OPERASI PIAWAI PKTMK

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

Transcription:

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN TENGKU NOR HAZIYAH BINTI TENGKU DAHLAM 39113 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2015

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN TENGKU NOR HAZIYAH BINTI TENGKU DAHLAM 39113 Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Program Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2015 i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick ( ) Final Year Project Report Masters PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the..day 25 of..2015. June Student s Declaration: TENGKU NOR HAZIYAH TENGKU DAHLAM, 39113, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS I -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- hereby declare that the work entitled --------------------------------------------------------------------is Persepsi Golongan Muda Terhadap Kraftangan my original work. I have not copied from any other students work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. 25 June 2015 Date submitted Tengku Nor Haziyah Binti Tengku Dahlam (39113) Name of the student (Matric No.) Supervisor s Declaration: ENCIK MOHD FAHMI BIN YAHAYA I -------------------------------------------------------------- hereby certifies that the work entitled ------------------ Persepsi ------------------------------------------------------------------------ Golongan Muda Terhadap Kraftangan was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY as a * partial/full fulfillment for the conferment of ----------- -------------------------------------------------------------------------------------------------------and BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT) the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student s work. Received for examination by: Encik Mohd Fahmi Bin Yahaya Date: (Name of the supervisor) ii

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )): CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS Validation of Project/Thesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows: This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature Supervisor signature: ( ) ( ) Current Address: Lot 1285, Kg Bukit Tanah, Bukit Jawa, 16800 Selising, Pasir Puteh, Kelantan Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services] Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. iii

Projek bertajuk Persepsi Golongan Muda Terhadap Kraftangan telah disediakan oleh Tengku Nor Haziyah Binti Tengku Dahlam dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni Diterima untuk diperiksa oleh:... (Encik Mohd Fahmi Bin Yahaya) Tarikh:... iv

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan yang dipamerkan dalam Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institut pengajian tinggi (IPT) lain. Yang Benar,.... (TENGKU NOR HAZIYAH BINTI TENGKU DAHLAM) 39113 Program Pengurusan Seni v

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya telah memberikan kekuatan mental dan fizikal saya sehingga saya dapat menyiapkan dan menyempurnakan Projek Tahun Akhir dengan jayanya. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia dan selaku penyarah saya iaitu Encik Fahmi Bin Yahaya yang telah banyak memberikan segala tunjuk ajar, masa yang beliau luangkan dan dorongan yang telah diberikan oleh beliau kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pensyarah-pensyarah dari Jabatan Seni Liberal kerana banyak membantu saya sehingga sampai keperingkat ini untuk menyelesaikan kajian saya ini. Ucapan terima kasih juga yang tidak terhingga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah memberikan sokongan kepada saya. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih buat kedua ibubapa dan keluarga saya yang tercinta telah banyak memberi dorongan dan sokongan terutamanya dari aspek moral dan kewangan telah memberikan semangat yang tinggi kepada saya dalam menyiapkan projek tahun akhir ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua individu yang telah terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini. Sekian, terima kasih. vi

JADUAL KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN TAJUK i BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN.. ii-iii PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA. iv PENGAKUAN.v PENGHARGAAN. vi JADUAL KANDUNGAN... vii-x SENARAI JADUAL xi-xii SENARAI RAJAH.. xiii-xv ABSTRAK.. xvi ABSTRACT. xvii BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian 1-2 1.2 Pernyataan Masalah 2-3 1.3 Objektif Kajian. 3 1.4 Kepentingan Kajian.. 4 vii

1.5 Penstrukturan Kajian 5 BAB 2 : SOROTAN KESUSASTERAAN DAN MODEL KAJIAN 2.1 Pengenalan 6 2.2 Definisi Persepsi.. 7-17 2.3 Definisi Kraftangan..17-19 BAB 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan 20 3.2 Kaedah Pensampelan. 21-22 3.3 Kaedah Pengumpulan Data 22-23 3.4 Instrumen Kajian 23-24 3.4.1 Persepsi Golongan Muda terhadap Kraftangan 25 3.4.2 Interaksi dan Tingkah Laku Golongan Muda Terhadap Kraftangan... 25-26 3.5 Perancangan Analisis Data. 26-27 BAB 4 : DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 28 4.2 Kaedah Pensampelan dan Analisa Data 4.2.1 Analisa kekerapan dan peratusan viii

4.2.1.1 Persepsi golongan muda terhadap kraftangan 28-35 4.2.1.2 Analisa interaksi golongan muda terhadap kraftangan.. 35-40 4.2.1.3 Analisa tingkah laku golongan muda terhadap kraftangan.41-46 4.2.1.4 Analisa demografi.. 47-55 4.2.2 Analisis Tabulasi Silang 4.2.2.1 Tabulasi silang antara jantina dengan bakat dalam seni kraftangan.. 56-57 4.2.2.2 Tabulasi silang antara umur dengan penglibatan dalam program industri kraftangan... 57-58 4.2.2.3 Tabulasi silang antara bangsa dengan penglibatan diri dalam pembangunan industri kraftangan 59-60 4.2.2.4 Tabulasi silang antara tahap pendidikan dengan pembelian barangan kraftangan yang berharga tinggi. 60-61 4.2.3 Ujian Chi-square 4.2.3.1 Ujian Chi-square terhadap kaftangan sebagai platform berinteraksi 62 4.2.3.2 Ujian Chi-square terhadap pembelian barangan kraftangan yang berharga tinggi... 62-63 4.2.3.3 Ujian Chi-square terhadap kraftangan sebagai perhiasan diri... 63 ix

4.2.4 Ujian Kebolehpercayaan 64 BAB 5 : PERBINCANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN 5.1 Pengenalan 65 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 5.2.1 Persepsi golongan muda terhadap kraftangan 65-66 5.3.2 Interaksi dan tingkah laku golongan muda terhadap Kraftangan... 67 5.3 Implikasi Pengurusan dan Sumbangan Kajian..68-69 5.4 Kekangan dan Cadangan Penyelidikan Akan Datang.. 69-71 5.5 Kesimpulan 71-72 RUJUKAN.73-79 LAMPIRAN Lampiran A..80-84 Lampiran B..85-94 x

SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT Jadual 3.1 : Skala persepsi golongan muda terhadap kraftangan.25 Jadual 3.2 : Skala interaksi golongan muda terhadap kraftangan 26 Jadual 3.3 : Skala tingkah laku golongan muda terhadap kraftangan..26 Jadual 4.1 : Analisa persepsi golongan muda terhadap kraftangan.29 Jadual 4.2 : Analisa interaksi golongan muda terhadap kraftangan.36 Jadual 4.3 : Analisa tingkah laku golongan muda terhadap kraftangan...41 Jadual 4.4 : Analisa demografi Responden..47 Jadual 4.5 : Tabulasi silang antara jantina dengan bakat dalam seni kraftangan.56 Jadual 4.6 : Tabulasi silang antara umur dengan penglibatan dalam program industri kraftangan 57 Jadual 4.7 : Tabulasi silang antara bangsa dengan penglibatan diri dalam pembangunan industri kraftangan.59 Jadual 4.8 : Tabulasi silang antara tahap pendidikan dengan pembelian barangan kraftangan yang berharga tinggi 60 Jadual 4.9 : Ujian Chi-square terhadap kaftangan sebagai platform untuk berinteraksi 62 xi

Jadual 4.10 : Ujian Chi-square terhadap pembelian barangan kraftangan yang berharga tinggi..62 Jadual 4.11 : Ujian Chi-square terhadap kraftangan sebagai perhiasan diri..63 Jadual 4.12 : Ujian Kebolehpercayaan...64 xii

SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT Rajah 4.1 : Analisa Penilaian produk kraftangan 30 Rajah 4.2 : Analisa Bakat dalam seni kraftangan 31 Rajah 4.3 : Analisa Penggunaan penghasilan kraftangan 31 Rajah 4.4 : Analisa Penggunaan produk kraftangan melambangkan identiti bangsa.. 32 Rajah 4.5 : Analisa Kraftangan sebagai daya tarikan sesuatu budaya... 33 Rajah 4.6 : Analisa Kraftangan sebagai tradisi turun-temurun 33 Rajah 4.7 : Analisa Peranan dalam meningkatkan industri kraftangan 34 Rajah 4.8 : Analisa Penglibatan dalam program industri kraftangan... 35 Rajah 4.9 : Analisa Kraftangan sebagai platform untuk berinteraksi 37 Rajah 4.10 : Analisa Penglibatan diri dalam pembangunan industri kraftangan... 37 Rajah 4.11 : Analisa Minat bekerja dalam industri kraftangan 38 Rajah 4.12 : Analisa Minat menceburi bidang kraftangan.. 39 Rajah 4.13 : Analisa Melayari laman web untuk promosi kraftangan. 40 Rajah 4.14 : Analisa Menunggu promosi hasil jualan kraftangan 40 Rajah 4.15 : Analisa Pembelian barangan kraftangan berharga tinggi. 42 xiii

Rajah 4.16 : Analisa Perbelanjaan wang untuk memiliki barangan kraftangan 43 Rajah 4.17 : Analisa Produk kraftangan untuk menarik perhatian 44 Rajah 4.18 : Analisa Anyaman kraftangan sebagai keperluan harian 45 Rajah 4.19 : Analisa Aksesori kraftangan untuk perhiasan diri... 45 Rajah 4.20 : Analisa Penggunaan kraftangan sebagai perhiasan diri... 46 Rajah 4.21 : Analisa Jantina 48 Rajah 4.22 : Analisa Umur..49 Rajah 4.23 : Analisa Status 50 Rajah 4.24 : Analisa Bangsa.. 51 Rajah 4.25 : Analisa Agama.. 52 Rajah 4.26 : Analisa Pekerjaan.. 53 Rajah 4.27 : Analisa Pendapatan 54 Rajah 4.28 : Analisa Tahap pendidikan. 55 Rajah 4.29 : Tabulasi silang antara jantina dengan bakat dalam seni kraftangan.. 56 Rajah 4.30 : Tabulasi silang antara umur dengan penglibatan dalam program industri kraftangan.58 xiv

Rajah 4.31 : Tabulasi silang antara bangsa dengan penglibatan diri dalam pembangunan industri kraftangan. 59 Rajah 4.32 : Tabulasi silang antara tahap pendidikan dengan pembelian barangan kraftangan yang berharga tinggi. 61 xv

ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan kepada golongan muda mengenai kraftangan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi golongan muda terhadap kraftangan. Objektif kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti interaksi dan tingkah laku golongan muda terhadap kraftangan. Seramai 200 orang responden daripada golongan muda yang telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kaedah penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik sebagai intrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian statistic packages for social sciences (SPSS) versi 19.0. Reka bentuk borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Borang soal selidik juga akan diagihkan kepada sampel kajian iaitu kepada golongan muda. Analisis dinyatakan dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Data-data yang telah diperolehi juga akan dikaji dengan menggunakan ujian tabulasi silang. Soal selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji kepada responden telah terjawab dan mencapai objektif dalam kajian ini tentang persepsi golongan muda terhadap kraftangan. xvi

ABSTRACT This study is a survey conducted to young people about the handicraft. The objective of this a study conducted for the young about the handicrafts. The main purpose of this research study is to identify the interaction and behavior of young people towards handicraft. A total of 200 respondents from of young people were randomly selected as the sample study. This research method is descriptive in nature of the quantitative method through questionnaires as of study instrument and were analyzed using statistic packages for social sciences (SPSS) version 19.0. The design of the questionnaire is divided into three parts namely part A, part B and part C. The questionnaire also will be distributed to a sample of the young people. The analysis is presented in the form of percentage and frequency. The data collected will also be studied using the test of cross tabulation. The questionnaires were distributed by the researcher to the respondents are answered and achieve the objectives of this research on of young people s perception of the handicrafts. xvii

BAB 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab penuh untuk melaksanakan industri kraf sebagai pemangkin dan penyumbang utama kepada ekonomi negara adalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang dikenali sebagai Kraftangan Malaysia. Akta Perbadanan Kraftangan Malaysia (AKTA 222) merupakan Akta Kraftangan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 oktober 1979. Akta ini telah bermatlamatkan untuk memelihara kraftangan tradisi dan mempertingkatkan aktiviti kraf untuk menjadikan sebuah industri yang lebih kompetitif. Kraftangan Malaysia telah membahagikan industri kraf kepada beberapa sektor utama iaitu batik, ukiran kayu, produk kraf tembaga, songket, mengkuang, kraf buluh, tembikar, barangan kemas, Kristal dan barangan kulit. Kewujudan industri kraftangan dalam pembangunan ekonomi negara dapat memainkan peranan yang sangat penting. Peninggalan seni kraftangan kepada generasi masa kini yang telah diwarisi sejak turun-temurun, telah banyak membantu generasi tersebut membangun serta mengekalkan hasil perbuatan tangan mereka. Walau bagaimanapun, industri kraftangan ini masih belum berkembang sepenuhnya akibat daripada persepsi negatif masyarakat terhadap peluang industri kraftangan dalam pasaran. Para pelancong yang melawat Malaysia secara tidak sedar akan kepelbagaian dan kualiti kraftangan Malaysia yang ditawarkan (Hassan, 1990). 1

Menurut Einarsson telah menyatakan bahawa pembangunan industri kraf dibeberapa buah negara di Asia Tenggara adalah diantara faktor penyumbang terpenting kepada pembangunan personaliti seseorang usahawan dan juga keluaran dalam Negara kasar (KDNK) (Einarsson, 2002). Lamb (2004) mengatakan dalam konteks pemasaran bahawa permintaan sesebuah produk dan perkhidmatan dalam pasaran pada hari ini bergantung kepada pengisiannya yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Secara khususnya, kajian ini lebih tertumpu kepada aspek persepsi golongan muda terhadap kraftangan. Aspek ini amat penting kerana kejayaan sesuatu perniagaan adalah terletak kepada pelanggannya. Pelanggan adalah dianggap sebagai raja dan perlu diutamakan. Oleh itu, amat penting untuk melihat dari sudut tersebut agar kraftangan tidak dilupakan oleh golongan muda pada masa ini. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi golongan muda terhadap kraftangan. Permasalahan yang wujud adalah kebanyakan pengusaha kraf di Malaysia pada hari ini masih berada ditahap perniagaan kecil sahaja. Menurut Wan Hashim Wan Teh telah mengatakan bahawa rata-rata pengusaha kraf tempatan masih mengeluar dan mempamerkan produk kraf yang tidak kompetitif dan tidak mampu memberi persaingan yang sihat dengan produk kraf dari luar Negara (Wan Teh, 1996). Beberapa buah agensi kerajaan telah melaksanakan beberapa program pembangunan keusahawanan untuk mewujudkan kesedaran dan meningkatkan usahawan kraf dalam pembangunan produk kraf di Malaysia. Namun begitu, hanya sebahagian daripada usahawan kraf yang aktif dan komited didalam pengeluaran produk kraf mereka (Abd. Ghani, 2008). Golongan muda mempunyai pelbagai persepsi 2

terhadap kraftangan ini yang akan menyebabkan mereka bertindak untuk menyertai industri ini ataupun sebaliknya. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti interaksi dan tingkah laku golongan muda terhadap kraftangan. Oleh itu, pendedahan tentang kraftangan yang sangat kurang diberikan kepada generasi muda pada masa kini (Rahim, 2011). Hal ini demikian akan menyumbangkan kepada sikap tidak mempedulikan terhadap warisan bangsa itu. Bidang kraftangan ini mampu berkembang lebih jauh dari sekarang sekiranya golongan muda menggembleng tenaga memartabatkan hasil kraftangan Negara. Hal ini akan menyebabkan Industri kraftangan kekurangan tenaga-tenaga mahir dari segi latihan dan peningkatan mutu barangan. Kebanyakan ramai tenaga mahir yang diperlukan tetapi mereka kurang menonjolkan bakat-bakat yang ada dalam industri kraftangan ini. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan tajuk kajian yang telah dikemukakan oleh pengkaji, maka pengkaji telah membuat beberapa objektif untuk dicapai melalui kajian yang dilaksanakan iaitu : 1.3.1 Mengkaji persepsi golongan muda terhadap kraftangan. 1.3.2 Mengenalpasti interaksi dan tingkah laku golongan muda terhadap kraftangan. 3

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian yang dijalankan ini untuk melihat persepsi golongan muda terhadap kraftangan ini. Kajian ini dapat memberi kepentingan kepada pengusaha-pengusaha kraftangan. Melalui kajian ini, pengusaha dapat meningkatkan kualiti kraftangan berdasarkan tanggapan daripada golongan muda. Dari segi persepsi golongan muda ini, pengusaha dapat meningkatkan pendapatan yang lebih lumayan dan lebih banyak hasil daripada penjualan kraftangan tersebut. Ia juga dapat memudahkan pengusaha-pengusaha kraftangan untuk menjadikan garis panduan dalam kraftangan. mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi seperti kurangnya penglibatan golongan muda dalam penghasilan kraftangan. Selain itu, kajian ini juga dapat memberi kepentingan kepada industri kraftangan Negara. Industri kraftangan ini dapat memperluaskan peluang pekerjaan dalam kalangan golongan muda. Namun begitu, Industri kraftangan ini dapat ditingkatkan dengan adanya penglibatan golongan muda. Melalui penglibatan ini, banyak kraftangan yang dapat dihasilkan dan dapat dipasarkan di dalam dan luar negara. Pemasaran produk kraftangan secara terus kepada pengguna akan mendatangkan keuntungan yang lebih. Secara tidak langsung, pemasaran ini juga dapat membantu industri kraftangan terus berkembang dalam ekonomi negara. Selain itu, Kajian ini dijalankan juga dapat memberi kepentingan kepada golongan muda dalam industri kraftangan. industri kraftangan ini dapat memberi pendedahan kepada generasi golongan muda untuk mengenali produk kraftangan secara lebih mendalam lagi. Bagi golongan muda yang menceburi bidang kraftangan ini boleh menambahkan ilmu pengetahuan 4

dan kemahiran yang tinggi. Oleh itu, ia akan menimbulkan kesedaran bahawa pentingnya industri kraftangan kepada golongan muda. 1.5 PENSTUKTURAN KAJIAN Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan tujuan penyelidikan yang dilakukan. Oleh yang demikian, kajian ini memberi penekanan kepada persepsi golongan muda terhadap kraftangan. Tesis ini mengandungi lima bab. Dalam bab satu menerangkan tentang pengenalan kepada kajian dan ringkasan kerangka teori-teori kajian ini. Dalam bab ini juga telah membincangkan tentang latar belakang penyelidikan kajian, objektif kajian, permasalahan kajian, dan kepentingan kajian. Dalam bab dua pula menerangkan tentang sorotan kesusasteraan yang mengandungi pengertian persepsi dan kraftangan menurut ahli-ahli falsafah. Dalam sorotan kesusasteraan dijelaskan mengenai definisi persepsi dan kraftangan. Manakala pula, dalam bab tiga menerangkan metodologi kajian untuk pembelajaran yang merangkumi kaedah pensampelan, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian dan perancangan untuk analisis data. Seterusnya bab empat mengenai analisis dapatan kajian yang menghuraikan mengenai keputusan yang diperolehi hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Dalam bab ini, pengkaji telah mengumpul semua maklumat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik. Dalam bab lima ini diakhiri dengan rumusan dan cadangan keseluruhan kajian. 5

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN DAN MODEL KAJIAN 2.1 PENGENALAN Sorotan kajian lepas merupakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas mengenai sesuatu hasil kajian. Penyelidik memerlukan sumber dalam mencari bahan-bahan bukti untuk mengukuhkan lagi kesahihan sesuatu hasil kajian. Kepentingan sorotan kesusasteraan adalah sebagai bahan sokongan yang dijalankan oleh penyelidik. Sumber rujukan atau kajian lepas yang dipilih oleh pengkaji adalah melalui buku, artikel dan jurnal. Untuk menyokong kajian ini, hasil kajian lepas perlu dirujuk untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahan pengukuran dapat dicapai. Semakin tepat dan baik sesuatu penyelidikan dengan adanya sifat kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi tentang sesuatu analisa dan pungutan data (Forcese & Richer, 1973). Maka, ulasan karya membantu pengkaji menambahkan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian lepas dan seterusnya meransang kepada idea baru (Newman, 2000). Bab ini akan membincangkan ulasan-ulasan dan pendapat daripada kajian yang terdahulu dalam jurnal dan buku-buku yang pernah dibuat oleh pengkaji terhadap kraftangan. Berikutan dengan mendefinisikan semua pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini. 6