MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

Similar documents
DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

PRUlink global leaders fund

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM PERKARA MENGENAI PERJANJIAN PINJAMAN DAN SURATIKATAN PENYERAHHAKAN YANG KEDUA- DUANYA BERTARIKH 1 0 HB JANUARI,

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

Faktor Individu Sebagai Komponen Menyumbang Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-Dagang

GARIS PANDUAN PROGRAM PENGAWASAN PERUBATAN

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

PROSEDUR OPERASI PIAWAI PKTMK

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

Elemen Kesihatan Industri

The red and black-red native chickens of Malaysia

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

STUDY ON SUITABLE HABITAT FOR SWIFTLET FARMING TEO WEE CHAI

AKTIVITI ANTIMIKROB EKSTRAK Vernonia cinerea L., Tridax procumbens L., DAN Emilia sonchifolia L. DARIPADA FAMILI ASTERACEAE YOGA LATHA A/P LACHIMANAN

Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 6 (2) 2008: BAHARUDIN OMAR, RAJA M. ZUHA RAJA KAMAL, DANIEL GOH CHUAN LEE, WAN OMAR ABDULLAH & JOHN JEFFERY

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.: 57 OF 2018 DI HADAPAN TEMPAT : YA DATIN KALMIZAH BINTI SALLEH PENGERUSI : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 27.03.2017. TARIKH SEBUTAN : 05.05.2017; 10.07.2017; 10.08.2017; 15.11.2017; 22.11.2017. TARIKH BICARA : 13.10.2017. PERWAKILAN : Encik Asraff Ariff bin Ahmad Amirudin Pemohon (Tidak diwakili) - hadir 42EAST Management Sdn. Bhd. Pihak Syarikat/Wakil tidak hadir RUJUKAN : Ini adalah suatu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkenaan dengan pembuangan kerja Asraff Ariff bin Ahmad Amirudin (dirujuk sebagai Yang Menuntut ) oleh 42EAST Management Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai Responden ) pada 29.09.2016. 1

AWARD [1] Kes ini adalah mengenai penamatan perkhidmatan Asraf Ariff bin Ahmad Amirudin (dirujuk sebagai Yang Menuntut ) oleh 42EAST Management Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai Responden ) pada 29.09.206. YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini ke Mahkamah Perusahaan pada 28.03.2017 dan diteirma oleh Mahkamah ini pada 04.04.2017 untuk dibicarakan. FAKTA KES [1] Perbicaraan dijalankan secara ex-parte. [2] Kes ini telah dijalankan secara ex-parte pada 13.10.2017. Sewaktu kes ini disebut buat kali pertama pada 05.05.2017, pihak Yang Menuntut hadir dan tidak diwakili peguam tetapi pihak Responden tidak hadir di Mahkamah. [3] Pada 10.07.2017, kes ini sekali lagi disebut dan pihak Yang Menuntut hadir manakala pihak Responden masih tidak hadir. Sekali lagi Mahkamah yang mulia ini memberi tarikh sebutan baru kali ketiga pada 10.08.2017 di mana pada tarikh tersebut, pihak Yang Menuntut dan pihak Responden tidak hadir. Mahkamah yang mulia akhirnya menetapkan tarikh bicara pada 13.10.2017,sekiranya pihak Yang Menuntut tidak hadir, kes ini akan dibatalkan dan sekiranya pihak Responden tidak hadir, perbicaraan akan diteruskan secara ex-parte. [4] Menurut pihak Yang Menuntut, pihak Responden masih lagi aktif di alamat yang sama. Mengikut rekod Penghantar Notis, pada 16.08.2017 jam 11.00 pagi, beliau telah pergi ke alamat pihak Responden dan telah berjaya serahkan notis kepada Ariya Pauline De Silva (rujuk kepada akuan penerimaan lampiran 27). Pihak Yang Menuntut telah memfailkan Penyataan Kes dan dokumen-dokumen yang berkaitan di Mahkamah. Berdasarkan equity, niat murni dan merit kes ini, Mahkamah telah memerintahkan perbicaraan kes ini dijalankan secara ex-parte di bawah seksyen 29(d) Akta. 2

TUGAS MAHKAMAH DI DALAM PERBICARAAN SECARA EX-PARTE [5] Rujuk kepada kes OP Malhotra in the law of Industrial Disputes Vol. 1, 6 th Edition at page 1063 adalah seperti berikut: if any party, without sufficient cause, defaults and fails to appear at any stage of adjudication before tribunal, the tribunal may proceed with the reference ex-parte and decide the reference or any application in the absence of the defaulting party. Seksyen 29(d) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memberi kuasa kepada Mahkamah: (d) hear and determine the matter before in notwithstanding the failure of any party to submit any written statement whether of case or reply to the Court within such time as maybe prescribed by the President or in the absence of any party to the proceedings who has been served with a notice or summons to appear. KES PIHAK YANG MENUNTUT [6] Pihak Yang Menuntut sewaktu memberi keterangan di Mahkamah secara bersumpah menyatakan beliau telah bekerja sebagai seorang Penyelia (supervisor) dengan syarikat Responden. - rujuk kepada ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 3 iaitu Contract of Employment bertarikh 7 September 2016. [7] Pihak Yang Menuntut menyatakan pendapatan yang ditawarkan ialah RM2,700.00. Pihak Yang Menuntut juga diberi tempoh percubaan selama enam (6) bulan/ dua puluh empat (24) minggu. Tempoh percubaan tersebut akan tamat pada 09.03.2017. Pihak Yang Menuntut mula bekerja pada 07.09.2016. - rujuk kepada ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 4. 3

[8] Menurut pihak Yang Menuntut, beliau telah menerima arahan daripada pihak Responden untuk pulang serta-merta tanpa sebab munasabah pada 29.09.2016 jam lebih kurang 2.00 petang. Pihak Responden mengarahkan pihak Yang Menuntut kembali semula pada jam 6.30 petang untuk berbincang. [9] Pihak Yang Menuntut diarahkan untuk berjumpa dengan Responden di sebuah restoran kejiranan bersama dengan saksinya bernama Puteri Nadia untuk berbincang. Secara khususnya, pihak Yang Menuntut tidak mempunyai sebarang kesalahan salah laku sepertimana yang diberitahu oleh Responden. Selepas perbincangan dijalankan, pihak Yang Menuntut telah dibuang kerja serta-merta tanpa notis. Pada hari kejadian iaitu 22.09.2016 tersebut, pihak Yang Menuntut sedang bercuti. - rujuk ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 6 iaitu kad rakaman waktu kerja. [10] Pihak Yang Menuntut meminta Responden mengemukakan bukti di Mahkamah yang menunjukkan pihak Yang Menuntut bekerja pada tarikh tersebut. Responden langsung gagal mempamerkan sebarang bukti dan tidak memberi kerjasama dengan pihak Yang Menuntut. [11] Semasa sesi perjumpaan di restoran kejiranan Interlude, saksi kepada pihak Yang Menuntut iaitu Putri Nadia turut diminta hadir walaupun beliau bercuti pada hari tersebut. Responden mengatakan beliau mempunyai bukti rakaman CCTV bahawa memang benar Putri Nadia yang mengambil duit hasil jualan pada 22.09.2016. Pihak Yang Menuntut selaku Penyelia kepada Putri Nadia telah minta Responden kemukakan rakaman CCTV tersebut sebagai bukti tetapi tidak diberikan oleh pihak Responden. [12] Pihak Yang Menuntut merasakan sebagai satu yang tidak adil. Sebagai Penyelia kepada Putri Nadia, pihak Yang Menuntut menyatakan kepada Responden bahawa sebagai satu pasukan, mereka boleh jelaskan wang tersebut tetapi Responden tidak benarkan. Pihak Yang Menuntut seterusnya bertanya situasi beliau kepada Responden. Responden mengatakan pihak Yang Menuntut juga dibuang kerja serta-merta tanpa notis dan tanpa gaji. 4

[13] Pihak Yang Menuntut juga telah menyoal Responden kenapa beliau dikenakan tindakan yang sama seperti Putri Nadia sedangkan pada tarikh kejadian iaitu 22.09.2016, pihak Yang Menuntut sedang bercuti. Responden kelihatan terkejut apabila diberitahu oleh pihak Yang Menuntut bahawa pada tarikh tersebut beliau sedang bercuti dan Responden akan hubungi pihak Yang Menuntut semula berkaitan dengan duit gaji pihak Yang Menuntut. [14] Selepas dua hari, pihak Yang Menuntut menghubungi Responden untuk mengetahui kedudukan gaji beliau. Responden mengatakan pihak Yang Menuntut juga tidak dapat gaji kerana bersubahat dengan Putri Nadia. Pihak Yang Menuntut mendapati penamatan kerjanya adalah tidak adil, tidak sah dan gaji juga tidak dibayar oleh Responden. [15] Menurut pihak Yang Menuntut lagi, sekiranya Responden ingin menamatkan perkhidmatannya, Responden perlu menyerahkan notis satu minggu kepada pihak Yang Menuntut kerana pihak Yang Menuntut masih dalam tempoh percubaan. Malangnya, Responden tidak menyerahkan sebarang notis pemberhentian kerja kepada pihak Yang Menuntut. - rujuk kepada ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 4. [16] Pihak Yang Menuntut juga telah membuat satu laporan polis pada 26.09.2016 iaitu TTDI/005197/16. Laporan polis tersebut adalah menceritakan tentang hak pihak Yang Menuntut sebagai Penyelia (Supervisor) di syarikat Responden dipertahankan. Pihak Yang Menuntut juga menceritakan di dalam laporan polis berkenaan tentang sikap Responden yang banyak tidak membayar gaji pekerja termasuk pekerja di bawah seliaan pihak Yang menuntut. - rujuk ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 5. 5

[17] Keterangan bersumpah pihak Yang Menuntut ini disokong oleh seorang saksi iaitu Putri Nadia binti Azman (CLWS 2). CLWS 2 mengesahkan pada hari kejadian 22.09.2016 tersebut, Pihak Yang Menuntut sedang bercuti. CLWS 2 juga mengesahkan Responden tidak ada di kedai setiap masa dan hanya datang pada waktu tutup untuk ambil duit hasil jualan. Responden juga tidak beri gaji kepada banyak staff/pekerjanya sebelum ini. Responden juga mempunyai sikap panas baran. CLWS 2 juga mengesahkan pihak Yang Menuntut telah diberhentikan kerja tanpa notis semasa perbincangan di restoran kejiranan Interlude. [18] Pihak Yang Menuntut menghujahkan oleh kerana pihak Responden tidak hadir ke Mahkamah yang mulia ini dan gagal memfailkan sebarang Penyataan Jawapan (Statement in Reply) menyebabkan pihak Responden telah gagal membuktikan di hadapan Mahkamah ini berasaskan perseimbangan kebarangkalian bahawa perbuatan salahlaku pihak Yang Menuntut ini gagal dibuktikan dan penamatan kerja pihak Yang Menuntut yang dikatakan dibuat secara adil juga gagal dibuktikan. [19] Setelah Mahkamah meneliti keterangan pihak Yang Menuntut dan disokong dengan keterangan dokumentasi yang dikemukakan di Mahkamah serta keterangan bersumpah oleh CLWS 2 (saksi pihak Yang Menuntut) dan keterangan juga tidak dicabar oleh pihak syarikat (Responden) kerana kegagalan pihak Responden untuk hadir di Mahkamah sepanjang kes ini disebut dan dibicarakan. Mahkamah memutuskan penamatan kerja pihak Yang Menuntut pada 29.09.2016 adalah tidak adil dan tanpa alasan. Mahkamah membenarkan tuntutan pihak Yang Menuntut. 6

REMEDI [20] Pihak Yang Menuntut telah berkhidmat di syarikat Responden mulai 08.09.2016 dan telah ditamatkan perkhidmatan pada 29.09.2016. Pendapatan yang ditawarkan sejumlah RM2,700.00 dan tempoh percubaan pula adalah selama 24 minggu atau 6 bulan. Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan setelah 22 hari bekerja. Mahkamah memutuskan remedi yang sesuai ialah : Upah gaji bagi bulan bekerja tersebut (September 2016) : RM2,700.00 Ini adalah kerana pihak Yang Menuntut masih lagi di dalam tempoh percubaan yang akan tamat pada 09.03.2017. Ini juga adalah sepertimana yang terdapat di dalam 42East Management Sdn. Bhd. (Regulation and Conditions of Employment). Bayaran hendaklah dibayar dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Award ini diperturunkan. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 4 HARIBULAN JANUARI 2018 t.t. ( DATIN KALMIZAH BINTI SALLEH ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN, MALAYSIA KUALA LUMPUR 7