PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

Similar documents
DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

PRUlink global leaders fund

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

Faktor Individu Sebagai Komponen Menyumbang Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-Dagang

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETECTION OF INFECTION AND DETERMINATION OF BIOMARKERS FOR BRUCELLA MELITENSIS INFECTION IN GOATS

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

Aspek Perlindungan Sinaran dalam Pengimejan Perubatan. Radiation Safety considerations in Medical Imaging

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TAKLIMAT PENGENALAN & PANDUAN PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS SEKTOR AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

THE PATHOLOGY OF SALMONELLA POTSDAM INFECTION IN YOLK MEMBRANE AND EMBRYONATED CHICKEN EGGS

AKTIVITI ANTIMIKROB EKSTRAK Vernonia cinerea L., Tridax procumbens L., DAN Emilia sonchifolia L. DARIPADA FAMILI ASTERACEAE YOGA LATHA A/P LACHIMANAN

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

Pre15-11 International Drug Prevention And Rehabilitation Conference (Prevent 2015)

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

Elemen Kesihatan Industri

Sifat Transmisi, Pekali Pupusan dan Keterpantulan Optik Kepingan Poli(metil metakrilat) (PMMA) Didop dengan Metil Merah dan Ferum (III) Asetilasetonat

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

DESIGN AND PROTOTYPING A PERISTALTIC PUMP MOHD FIRDAUS BIN MANSOR

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 6 (2) 2008: BAHARUDIN OMAR, RAJA M. ZUHA RAJA KAMAL, DANIEL GOH CHUAN LEE, WAN OMAR ABDULLAH & JOHN JEFFERY

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Transcription:

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN The Use of ATS to Acquire the Skill of Changing Fraction in Year 4 Students Mas Norbany Abu Samah & Syafiqah Liyana Saharudin IPG Kampus Dato Razali Ismail, Malaysia masnorbany1973@yahoo.com Nor ain Mohd Tajudin Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia Abstrak Analisis pengajaran dan pembelajaran topik pecahan mendapati sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan melalui ujian diagnostik, pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen seperti lembaran kerja dan buku latihan murid. Antara kesilapan yang dikenal pasti ialah kesilapan algoritma bahagi, membina sifir, menulis nombor bercampur dan penggunaan garis nombor pecahan. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu meningkatkan penguasaan murid berpencapaian lemah Tahun 4 dalam topik pecahan yang melibatkan kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Peserta kajian dibimbing untuk memahami konsep dan seterusnya menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan bahan manipulatif ATS. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan pencapaian ujian diagnostik. Kajian tindakan ini menggunakan pendekatan Model Stephen Kemmis dan Mc Taggart. Data dikumpul menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu peserta kajian memahami konsep dan menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Kesimpulannya bahan manipulatif ATS adalah bersifat mesra pengguna dan membantu dalam pengukuhan konsep pecahan terutama dalam kemahiran menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Kata kunci: Kajian tindakan, matematik sekolah rendah,bahan manipulatif ATS (Arrange The Square), pecahan tak wajar, nombor bercampur, Matematik Tahun 4 Abstract Analyses of teaching and learning of fraction topic showed that some students faced difficultiesin changing the improper fractions to mixed numbers. Various types of errors were detected through diagnostic test, observation, interviews and analysis of documents such as pupils worksheets and workbooks. Among the errors identified were wrong in algorithm division, building tables, writing mixed numbers and fractions using number lines. Therefore, this action research was conducted to improve the low achievement Year 4 pupils in learning fractions topic which involved skills of changing improper fractions to mixed numbers. Participants were guided to understand the concept and master the skills of changing the improper fractions to mixed numbers using ATS manipulative materials. The participants of the research consisted of two girls who were selected based on the results of the diagnostic tests. This action research employed a Model of Stephen Kemmis and Mc Taggart. Data were collected using the method of document analysis, observation and interview and were analyzed descriptively. The research showed that the intervention was successful in helping the participants to understand the concept and master the skills of changing the improper fractions to mixed numbers. In summary, the ATS manipulative materials is a user friendly tool and can be used in strengthening the concept of fractions, especially in skills of changing the improper fractions to mixed numbers. 40

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan Keywords: Action research, primary school mathematics, ATS (Arrange the Square) manipulative materials, improper fractions, mixed numbers, Mathematics Year 4 PENGENALAN Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda untuk berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan suatu masalah dan membuat keputusan. Terdapat tiga skop penting yang perlu dikuasai oleh murid dalam mempelajari matematik iaitu nombor bulat, pecahan dan nombor perpuluhan. Kementerian Pendidikan Malaysia Pelajaran (2001) menegaskan bahawa murid perlu dibimbing untuk membina kefahaman dalam menguasai kemahiran matematik melalui objek konkrit sebelum diperkenalkan secara abstrak. Sewaktu mengajar tajuk pecahan bagi tahun 4 Ibnu Kaldun, pengkaji menghadapi masalah apabila mengajar murid dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Pengkaji telah mengajar murid menggunakan operasi bahagi untuk membuat penukaran yang merupakan satu kaedah biasa digunakan oleh guru di sekolah. Terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh murid semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Kesilapan tersebut telah dibuktikan melalui hasil lembaran kerja, buku latihan dan ujian diagnostik. Kesilapan pertama ialah dalam algoritma bahagi. Murid tidak dapat melakukan pengiraan bahagi bentuk lazim mengikut langkah yang betul. Bukti kesilapan tersebut boleh dilihat pada Rajah 1. Rajah 1 Kesilapan dalam algoritma bahagi Kesilapan kedua yang berlaku semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan algoritma bahagi adalah disebabkan oleh murid tidak menguasai fakta asas darab. Murid tidak dapat membina sifir dengan betul. Kesilapan semasa menyenaraikan sifir menyebabkan pengiraan dalam bahagi bentuk lazim adalah salah. Berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan, murid menyatakan bahawa dia hanya mengingat sifir lima sahaja. Contoh kesilapan tersebut adalah seperti Rajah 2. Rajah 2 Kesilapan membina sifir Kesilapan ketiga ialah murid gagal menulis nombor bercampur mengikut urutan yang betul daripada pengiraan bahagi bentuk lazim tersebut. Murid tertukar antara nilai pengangka dan nilai penyebut. Contoh kesilapan adalah seperti dalam Rajah 3. 41

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) Rajah 3 Kesilapan menulis nombor bercampur Analisis awal di atas menunjukkan bahawa kesukaran yang dihadapi oleh murid untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur adalah disebabkan oleh mereka tidak menguasai fakta asas darab dan fakta asas bahagi. Bagi mengatasi kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, pengkaji telah mencuba satu lagi kaedah yang sering digunakan oleh guru di sekolah iaitu penggunaan garis nombor. Namun, berdasarkan kepada hasil lembaran kerja yang telah diberikan, didapati murid masih lagi gagal untuk mengaitkan pecahan tak wajar dengan nombor bercampur menggunakan garis nombor. Di sini jelas menunjukkan bahawa murid tidak memahami konsep pecahan tak wajar dan nombor bercampur. Rajah 4 menunjukkan kesilapan murid mengaitkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan garis nombor. Rajah 4 Penggunaan garis nombor SOROTAN LITERATUR Pengetahuan dan pemahaman konsep mengenai pecahan perlu dikuasai oleh murid sebelum mempelajari tajuk berikutnya seperti perpuluhan, peratus dan pengukuran. Menurut Fan Siong Peng (2008), pecahan merupakan suatu nombor yang memiliki sifat yang unik berbanding dengan nombor bulat yang pernah dipelajari oleh murid sebelumnya. Bahagian Pendidikan Guru (1998) menjelaskan bahawa konsep pecahan terbahagi kepada dua iaitu pecahan sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan dan pecahan sebagai sebahagian daripada satu kumpulan benda. Terdapat tiga jenis pecahan iaitu pecahan wajar, pecahan tak wajar dan nombor bercampur. Pecahan wajar ialah nilai penyebutnya lebih besar daripada nilai pengangkanya. Ini adalah berbeza dengan pecahan tak wajar iaitu nilai penyebutnya lebih kecil daripada nilai pengangkanya. Nombor bercampur pula ialah gabungan antara nombor bulat dengan pecahan wajar. Watanabe (2002) menyatakan pecahan merupakan satu tajuk yang sangat kompleks dan menjadi satu masalah kepada murid sehingga mendapat rungutan daripada kebanyakan mereka (Fan Siong Peng, 2008). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Tengku Zawawi (2009), pemahaman terhadap konsep pecahan yang terhad mungkin berpunca daripada amalan pengajaran guru yang terlalu menekankan penguasaan kemahiran, tanpa kefahaman konsep yang sebenar. Johan (2002) menyatakan murid banyak melakukan kesilapan semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan operasi bahagi (Jamilah, 2013). Menurut Sabri (2006), salah satu faktor murid melakukan kesilapan dalam masalah yang melibatkan operasi bahagi adalah disebabkan oleh murid tidak menguasai sifir. 42

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan Bruner (1960) menerangkan bahawa idea matematik diterjemahkan dalam tiga aspek iaitu enaktif (konkrit), ikonik (perlambangan bergambar) dan simbolik (simbol). Susunan ini menunjukkan bahawa murid perlu diperkenalkan dengan bahan konkrit, semi konkrit dan bentuk abstrak dalam penguasaan sesuatu kemahiran matematik. Menurut Nik Azis (1992), proses pengajaran yang sentiasa menekankan kepada himpunan pelbagai simbol, istilah dan rumus matematik yang bersifat abstrak tidak memberi sebarang makna kepada proses perkembangan pembelajaran murid. Oleh itu, penggunaan bahan manipulatif dan resos dalam memperkenalkan konsep matematik sangat penting untuk mewujudkan satu pembelajaran yang bermakna kepada murid serta dapat meningkatkan kualiti pengajaran dalam kalangan guru. Menurut Kamal (1987), penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik. Herlinda (2008) pula menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan kefahaman murid selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif. Namun, banyak juga kajian yang menyatakan bahawa masih terdapat ramai guru matematik yang mengajar menggunakan pendekatan chalk and talk (Abdul Razak & Nor Asmah, 2010, Noor Azlan & Noraziah, 2010, & Nooriza, 2001). Terdapat pelbagai inovasi dan kaedah yang telah diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Antaranya ialah Colouring Box oleh Hapizul (2013) dan Grouping Sticks oleh Syazwani (2013). Keduadua inovasi ini sememangnya dapat menarik perhatian murid serta membantu murid dalam menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Namun, inovasi ini hanya menekankan kepada kaedah dan teknik di mana murid masih tidak memahami konsep pecahan yang sebenar. Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan juga boleh membantu murid menyelesaikan soalan penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur, menggunakan kos yang murah serta mudah didapati. TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mereka bentuk cadangan intervensi proses pengajaran dan pembelajaran murid lemah Tahun 4 Ibnu Kaldun dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur.secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk menentukan bagaimana ATS dapat membantu murid lemah Tahun 4 Ibnu Kaldun dalam menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar penyebutnya sehingga 10 kepada nombor bercampur. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang dipelopori oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan bermula dengan mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.kajian tindakan ini melibatkan dua orang murid perempuan tahun 4. Kesemua peserta kajian ini dipilih berdasarkan kepada pencapaian yang lemah dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen analisis dokumen, temu bual dan juga pemerhatian. Analisis data kualitatif dilakukan secara deskriptif. Dalam proses pengumpulan data, pengkaji telah membuat analisis terhadap dokumen yang merangkumi latihan lembaran kerja yang diberikan kepada setiap peserta kajian semasa sesi intervensi dilaksanakan. Latihan lembaran kerja ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan peserta kajian dari semasa ke semasa sepanjang sesi intervensi dijalankan. Pengkaji membuat analisis setiap kesilapan yang dilakukan bagi setiap lembaran kerja. Selain itu, pengkaji menjalankan pemerhatian ke atas peserta kajian. Pemerhatian dijalankan bagi menyokong hasil dapatan kajian. Hasil pemerhatian dalam kajian tindakan ini dicatat pada borang senarai semak pemerhatian. Terdapat pelbagai item yang dititiberatkan dalam borang senarai semak ini. Antaranya adalah penguasaan dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan bahan yang telah diperkenalkan oleh pengkaji serta sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian sepanjang sesi intervensi dijalankan. Di samping itu, temu bual juga merupakan instrumen yang digunakan untuk menyokong hasil dapatan kajian. Temu bual tidak berstruktur diadakan sepanjang sesi intervensi dijalankan. Temu bual yang dijalankan ke atas peserta 43

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) kajian ditulis di dalam transkrip bagi membolehkan pengkaji memahami dan membuat analisis terhadap peserta kajian. Setiap soalan temu bual adalah berkaitan dengan objektif bagi sesi intervensi yang dijalankan. Kepelbagaian instrumen kajian digunakan adalah bertujuan melihat perkembangan tahap penguasaan peserta kajian dari semasa ke semasa sepanjang sesi intervensi dilaksanakan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan memperkukuhkan kemahiran mempermudahkan pecahan yang dipelajari dengan menggunakan Building Board dan Peta Alir I-Think BSL. SPESIFIKASI TINDAKAN Kajian ini bertujuan membantu peserta kajian menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Pengkaji telah memperkenalkan satu bahan manipulatif yang diberi nama ATS. ATS merupakan singkatan bagi Arrange The Square. Rajah 5 menunjukkan bahan manipulatif ATS yang digunakan oleh pengkaji dan juga peserta kajian sepanjang sesi intervensi berlangsung. Rajah 5 Bahan manipulatif ATS Berikut merupakan langkah penggunaan bahan manipulatif ATS untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Contoh pecahan tak wajar untuk ditukarkan kepada nobmor bercampur ialah 7 4. Langkah 1: Kenal pasti nilai penyebut bagi pecahan tak wajar. Penyebut pecahan tersebut ialah 4. Langkah 2: Lukis 1 petak yang mengandungi 4 bahagian pada papan ATS. Langkah 3: Lekatkan kad kuning satu persatu pada setiap bahagian. Langkah 4: Kenal pasti nilai pengangka. Pengangka bagi pecahan tersebut ialah 7. Bilangan kad kuning yang perlu dilekatkan bergantung kepada nilai pengangka iaitu sebanyak 7 keping. Petak pertama masih lagi belum mencukupi 7 keping kad kuning, Jadi, lukis lagi 1 petak yang mengandungi 4 bahagian. 44

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan Langkah 5: Lekatkan lagi kad kuning sebanyak 3 keping pada bahagian tersebut untuk mencukupi sebanyak 7 keping yang bergantung kepada nilai pengangka. Langkah 6: Petak penuh mewakili 1 dan petak yang tidak penuh mewakili pecahan. Langkah 7: Apabila ditukar kepada nombor bercampur, bilangan petak penuh diwakilkan sebagai nombor bulat dan petak tidak penuh diwakilkan sebagai pecahan wajar. SESI INTERVENSI Pengkaji telah menjalankan sebanyak empat kali sesi intervensi bagi membantu kesemua peserta kajian menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS. Bagi sesi intervensi pertama, peserta kajian diperkenalkan dengan bahan manipulatif ATS. Peserta kajian dibimbing untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan ATS tanpa melibatkan permudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah. Kesemua peserta kajian diagihkan dengan lembaran kerja 1 yang mengandungi enam item. Peserta kajian dikehendaki untuk menyelesaikan kesemua item tersebut dengan menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan bahan manipulaitf ATS. 45

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) Pada sesi intervensi kedua, peserta kajian dibimbing untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS dengan melibatkan permudahkan jawapan akhir kepada bentuk yang termudah. Peserta kajian menyelesaikan enam item pada lembaran kerja 2. Bagi sesi intervensi ketiga, peserta kajian tidak lagi dibekalkan dengan bahan manipulatif ATS tetapi hanya dibekalkan dengan kertas grid untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Walau bagaimanapun, peserta kajian mengaplikasikan kaedah ATS pada kertas grid yang telah disediakan pada lembaran kerja 3 untuk membuat penukaran bagi kesemua item tersebut. Pada sesi intervensi terakhir, peserta kajian diagihkan lembaran kerja 4 yang mempunyai enam item. Dalam sesi ini, peserta kajian tidak lagi menggunakan bahan manipulatif ATS dan kertas grid untuk membuat penukaran. Namun, peserta kajian hanya dibekalkan kertas kosong sahaja dan dikehendaki menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan mengaplikasikan kaedah ATS. DAPATAN KAJIAN Peserta kajian pertama Awi Dapatan kajian bagi peserta kajian pertama dikenali sebagai Awi. Awi merupakan seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Berdasarkan kepada analisis tinjauan masalah, lembaran kerja dan ujian diagnostik, terdapat beberapa kesilapan utama yang telah dilakukan oleh Awi. Ini dapat dibuktikan melalui item 3 dan 8 pada Rajah 6. Kesilapan pertama yang dilakukakan ialah dalam algoritma bahagi iaitu Awi silap semasa membuat pengiraan bahagi bentuk lazim. Apabila ditanya bagaimana Awi melakukan bahagi bentuk lazim, Awi menyatakan bahawa dia tidak pandai bahagi kerana bahagi sangat susah. Kesilapan kedua yang dapat dilihat pada item tersebut ialah Awi tidak menguasai fakta asas darab. Bagi kedua-dua item ini, Awi telah melakukan kesilapan semasa membina sifir empat dan juga sifir tujuh. Sepatutnya 3x4=12, tetapi Awi menulis 10 dan 3x7=21 tetapi Awi menulis 20. Sifir yang telah disenaraikan adalah salah dan menyebabkan proses bahagi bentuk lazim juga salah. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, Awi menyatakan bahawa dia hanya mengingat sifir dua dan lima sahaja. Kesilapan ketiga yang boleh dilihat daripada kedua-dua item tersebut ialah Awi menyusun nombor bercampur tidak mengikut urutan yang betul. Sepatutnya nombor bercampur bagi item tiga pada Rajah 6 ialah 1 3, tetapi Awi menulis 4 1. Di sini boleh dilihat bahawa Awi meletakkan pembahagi sebagai nombor 4 3 bulat, hasil bahagi sebagai pengangka dan baki sebagai penyebut. Susunan ini menyebabkan penulisan nombor bercampur adalah salah. Selain itu, didapati hasil kerja Awi kurang kemas dan penulisan angka tidak tepat. Angka 4 yang ditulis adalah seperti huruf u. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Awi merupakan seorang yang pasif dan suka bersendirian. Awi juga mudah hilang tumpuan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) sehingga kadang kala pengkaji terpaksa menyuruhnya beberapa kali untuk bertindak. Rajah 6 Kesilapan semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur Justeru, pengkaji telah merancang dan melaksanakan empat sesi intervensi bagi mengatasi kesilapan yang telah dilakukan. Pada sesi intervensi pertama, Awi dibimbing menggunakan bahan manipulatif ATS untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur tanpa melibatkan mempermudahkan jawapan kepada bentuk termudah. Pada permulaan sesi ini, Awi didapati tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada penerangan pengkaji. Namun, selepas diberi peluang untuk menggunakan ATS, Awi sangat teruja dan terus bersemangat untuk menggunakannya. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Awi dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur mengikut langkah yang betul setelah mendapat bimbingan 46

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan daripada pengkaji. Rajah 7 merupakan bukti Awi berjaya menukar pecahan tak wajar 5 kepada nombor 2 bercampur, 2 1 menggunakan ATS. 2 Rajah 7 Penggunaan ATS Namun, dalam sesi ini juga Awi didapati membuat kesilapan bagi dua item. Kesilapan tersebut boleh dilihat dalam Rajah 8. Rajah 8 Kesilapan bagi lembaran kerja 1 Berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan, kesilapan tersebut berlaku kerana kecuaian Awi semasa mengira kad kuning. Sebagai contoh bagi item enam di atas, kad kuning sepatutnya dilekatkan sebanyak 27 keping, tetapi Awi hanya meletak 26 keping kad kuning sahaja. Bagi memastikan kesilapan tersebut tidak lagi diulangi, pengkaji telah membuat penambah baikan pada sesi intervensi kedua dengan meminta Awi menulis bilangan kad kuning bagi setiap petak sehingga mencukupi nilai pengangka. Dalam sesi intervensi kedua, Awi dibimbing menggunakan bahan manipulatif ATS untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan melibatkan permudahkan jawapan kepada bentuk termudah. Setelah Awi dibimbing, dia berjaya menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan seterusnya mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah dengan menggunakan ATS. Rajah 9 merupakan salah satu item lembaran kerja 2 yang telah berjaya dijawab dengan betul oleh Awi. Rajah 9 Item yang dijawab dengan betul Bagi item enam dalam lembaran kerja 2, Awi telah pun berjaya menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS mengikut langkah yang betul. Namun, jawapan yang diberikan oleh Awi adalah tidak tepat kerana Awi tidak mempermudahkan jawapan kepada bentuk termudah. Bukti item enam boleh dilihat dalam Rajah 10. 47

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) Rajah 10 Item 6 Berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan, Awi menyatakan bahawa jawapan tersebut tidak boleh dipermudahkan kerana bilangan kad kuning adalah tidak sama dengan bilangan petak kosong. Dalam hal ini, Awi berpendapat bahawa pecahan wajar hanya boleh dipermudahkan jika bahagian yang berlorek sama dengan bahagian yang tidak berlorek. Justeru, pengkaji telah membimbing dan menegur secara serta merta untuk memastikan kekeliruan dan kesilapan tersebut tidak dilakukan pada item seterusnya. Pada sesi intervensi ketiga, kesilapan yang dilakukan pada sesi intervensi kedua tidak lagi diulang dalam sesi ini. Ini menunjukkan bahawa Awi telah pun dapat menguasai kemahiran yang diperkenalkan pada sesi sebelumnya dengan baik. Dalam sesi ini, Awi dikehendaki untuk menyelesaikan lembaran kerja tiga tanpa menggunakan bahan manipulatif ATS tetapi mengaplikasikannya pada kertas grid. Awi berjaya menjawab kesemua item dengan betul. Rajah 11 menunjukkan contoh item pada lembaran kerja 3 yang dijawab oleh Awi. Rajah 11 Item yang dijawab dengan betul Apabila ditanya bagaimana Awi menukar 23 kepada 7 2, Awi berupaya menerangkan langkah demi langkah 3 3 untuk membuat penukaran tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa Awi telah dapat menguasai dan memahami kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan mengaplikasikan kaedah ATS dengan lebih baik. Berdasarkan hasil lembaran kerja 3, didapati hasil kerja Awi semakin kemas dan lebih teratur jika dibandingkan dengan sebelum kajian dilaksanakan dan sesi intervensi sebelumnya. Awi juga kelihatan lebih ceria dan bersemangat sepanjang sesi tiga berlangsung. Bagi sesi intervensi terakhir, Awi tidak lagi menggunakan bahan manipulatif ATS dan kertas grid untuk membuat penukaran, tetapi Awi hanya dibekalkan kertas kosong sahaja dan dikehendaki menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan mengaplikasikan kaedah ATS. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat ke atas Awi sepanjang sesi keempat berlangsung, Awi membantu dan membimbing rakannya untuk menyiapkan item pada lembaran kerja 4. Ini jelas menunjukkan bahawa Awi sangat yakin dengan tahap penguasaannya dalam kemahiran ini. Pada masa yang sama, Awi juga kelihatan lebih ceria dan menumpukan sepenuh perhatian sepanjang sesi intervensi berlangsung. Selain itu, penulisan 48

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan angka juga ditulis dengan kemas dan tepat. Awi telah berjaya menjawab kesemua item pada lembaran kerja 4 dengan betul. Rajah 12 menunjukkan contoh hasil kerja Awi. Rajah 12 Hasil kerja pada lembaran kerja 4 Apabila ditanya bagaimana ATS dapat membantu Awi untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Awi dengan yakin menjawab bahawa ATS sangat mudah kerana hanya perlu melukis petak sahaja tanpa menggunakan operasi bahagi. Bagi tiga item terakhir pada lembaran kerja 4, Awi menunjukkan langkah satu persatu untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Namun, Awi didapati tidak menunjukkan sebarang pengiraan untuk mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah.ini dapat dibuktikan pada Rajah 13. Apabila ditanya bagaimana Awi mempermudahkan jawapan akhir, Awi menyatakan bahawa dia hanya membayangkan sahaja tanpa perlu melukis petak untuk mempermudahkan jawapan. Ini jelas menunjukkan bahawa Awi semakin mahir dan tahap penguasaannya dalam kemahiran ini telah pun meningkat. Rajah 13 Item terakhir pada lembaran kerja 4 Rumusannya, tahap penguasaan Awi dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur telah meningkat. Sebelum kajian dijalankan, Awi melakukan kesilapan semasa membuat penukaran menggunakan operasi bahagi. Namun, selepas sahaja ATS diperkenalkan, kesilapan tersebut tidak lagi diulangi. Pada masa yang sama, penulisan angka 4 seperti huruf u tidak lagi dilihat setelah Awi melalui sesi intervensi. Hasil kerja Awi juga kelihatan lebih kemas dan teratur. Bukan itu sahaja, perubahan ke atas sikap Awi juga dapat dilihat. Sebelum kajian dijalankan, Awi seorang yang kurang fokus dan pasif, tetapi selepas kajian dijalankan Awi merupakan seorang yang lebih fokus, aktif serta bergaul antara satu sama lain. Peserta Kajian Kedua Iman Iman merupakan seorang yang aktif dan suka mengganggu rakan untuk membuat kerja. Iman tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pdp dan sering mendapat teguran daripada pengkaji untuk melakukan kerja yang diberikan.iman sememangnya mempunyai masalah dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur menggunakan algoritma bahagi. Berdasarkan kepada analisis tinjauan masalah, refleksi dan ujian diagnostik, terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Iman dalam kemahiran ini. Antara kesilapan yang telah dilakukan ialah Iman tidak menguasai algoritma bahagi. Rajah 14 menunjukkan contoh kesilapan algoritma bahagi semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. 49

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) Rajah 14 Kesilapan Iman dalam alogoritma bahagi Pengkaji menjalankan temu bual bersama Iman dengan menanyakan sebab kesilapan tersebut berlaku. Iman menjawab bahawa, Bahagi susah cikgu. Saya tak ingat dah gane (TB01 PK2 02) Ini menunjukkan bahawa Iman tidak dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan betul kerana dia tidak mengingat bagaimana proses bahagi bentuk lazim dibuat. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Iman mengambil masa yang lama untuk memulakan pengiraan dan ini mungkin disebabkan oleh dia cuba mengingat kembali proses bahagi yang diajar. Dia juga asyik termenung dan mengganggu rakan lain sehingga ditegur beberapa kali oleh pengkaji untuk memulakan pengiraan. Berdasarkan kepada hasil lembaran kerja Awi, kesilapan kedua yang dilakukan semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur ialah Awi tidak mengingat sifir. Kegagalan Awi dalam menguasai fakta asas darab menyebabkan algoritma bahagi tidak dapat dilakukan dengan betul. Kesilapan ini boleh dilihat pada Rajah 15. Rajah 15 Kesilapan Iman dalam sifir 3 Daripada item tersebut, pengkaji bertanya Iman sama ada dia mengingat sifir atau tidak. Iman menjawab, Saya tak ingat sifir. Saya tiru sifir kat belakang buku je. Kalu ingat pon sifir 2 dengan 5 je sebab paling mudah (TB01 PK2 03) Sepatutnya 3 x 3 = 9, tetapi Iman menulis 3 x 3 = 6. Kegagalan mengingat sifir menyebabkan pengiraan bahagi bentuk lazim adalah salah. 50

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan Melalui semakan lembaran kerja, didapati Iman tidak menulis nombor bercampur pada ruangan jawapan yang disediakan setelah melakukan pengiraan bahagi bentuk lazim. Ini boleh dibuktikan seperti Rajah 16. Rajah 16 Iman tidak menulis nombor bercampur Apabila ditanya apakah nombor bercampur bagi pecahan 20 6 dilakukan. Iman menjawab, daripada algoritma bahagi yang Saya tak tahu (TB01 PK2 04) Ini bermaksud Iman hanya mengira bahagi bentuk lazim semata-mata tanpa mengetahui bahawa nombor bercampur diperoleh daripada pengiraan tersebut. Pengkaji bertanya Iman apa itu nombor bercampur, dia menyatakan bahawa nombor bercampur ialah pecahan wajar tambah pecahan tak wajar (TB01 PK2 05). Di sini jelas menunjukkan bahawa Iman tidak mengetahui konsep nombor bercampur itu sendiri. Berdasarkan hasil kerja Iman, didapati langkah kerjanya kurang kemas, sesetengah angka tidak ditulis dengan tepat dan jawapan yang ditulis mempunyai kesan padam yang menyebabkan kertas menjadi kotor. Ini menunjukkan bahawa Iman tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, Iman tidak menumpukan sepenuh perhatian sepanjang proses pdp yang menyebabkan Iman tidak dapat membuat latihan yang diberikan. Ini merupakan keadaan Iman yang sebenar sebelum sesi intervensi dijalankan. Justeru, pengkaji telah merancang dan melaksanakan empat sesi intervensi bagi mengatasi kesilapan yang dilakukan dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur.pada sesi intervensi pertama, Iman dibimbing menggunakan bahan manipulatif ATS untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur tanpa melibatkan mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah. Iman pada awalnya didapati sedang bermain dengan salah seorang peserta kajian lain, namun setelah pengkaji menunjukkan cara penggunaan bahan manipulatif ATS, Iman terus memberi perhatian sepenuhnya kepada penerangan pengkaji. Ini disebabkan oleh Iman tertarik dengan bahan yang diperkenalkan kerana kad kuning bermagnet boleh ditampal pada papan ATS. Iman diagihkan lembaran kerja 1 yang mengandungi enam item untuk diselesaikan. Iman diberikan set bahan manipulatif ATS untuk digunakan bagi menjawab kesemua item tersebut. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, Iman kelihatan bersemangat dan seronok serta menumpukan perhatian semasa menyelesaikan lembaran kerja 1 dengan menggunakan bahan manipulatif ATS. Semasa membuat penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS, Iman didapati keliru dan teragak-agak untuk menulis nombor bercampur daripada kad kuning yang telah disusun. Iman berjaya menjawab empat daripada enam item dengan betul. Rajah 17 menunjukkan item yang dijawab dengan betul oleh Iman untuk menukar pecahan tak wajar 8 3 kepada nombor bercampur menggunakan ATS. Iman berjaya membuat penukaran bagi pecahan tersebut dengan pengawasan dan bimbingan pengkaji. 51

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) Rajah 17 Penggunaan bahan manipulatif ATS oleh Iman Berdasarkan hasil kerja Iman, pengkaji mendapati bahawa Iman telah memahami cara untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS mengikut langkah yang betul. Ini boleh disokong dengan item lain pada Rajah 18 di mana Iman menggunakan ATS untuk menukar pecahan 11 kepada 2 3 dan jawapan yang diberikan adalah tepat. 4 4 Rajah 18 Iman membuat penukaran menggunakan ATS Apabila ditanya bagaimana Iman menukar 11 kepada nombor bercampur menggunakan ATS, Iman 4 dapat menerangkan langkah demi langkah dengan bimbingan pengkaji. Tengok bawah dia, 4. Lukis 1 petak yang ada 4 bahagian. Tengok atas pulak. Atas 7, jadi kena tampal kad kuning 7 keping. Tampal dulu 4 keping dalam petak 1. Petak 1 tak cukup lagi 7 kad, jadi kena buat petak lagi, buat petak lagi sampai cukup 7 kad. Petak penuh jadi 1, petak tak penuh jadi pecahan. Petak penuh ada 2 pastu tulis nombor bercampur (TB02 PK2 01) 52

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan Rajah 19 Item yang dijawab salah oleh Iman bagi lembaran kerja 1 Apabila ditanya apakah kesilapan yang dilakukan pada item tersebut. Iman menyatakan bahawa, Saya silap tampal kad kuning. Patut ada 21 tapi saya tampal 22 (TB02 PK2 02) Kesilapan ini berlaku bukan disebabkan Iman tidak memahami cara membuat penukaran, tetapi disebabkan oleh kecuaiannya semasa mengira kad kuning berdasarkan kepada nilai pengangka. Kecuaian yang berlaku menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah. Jawapan yang ditulis ialah 21 5 = 4 2 5. Bagi mengatasi kecuaian yang telah dilakukan, pengkaji telah membuat sedikit penambah baikan terhadap langkah penggunaan ATS pada sesi intervensi seterusnya bagi memastikan kesilapan yang sama tidak diulangi semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, pengkaji menyimpulkan bahawa Iman telah berjaya mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan walaupun tidak kesemua item dijawab dengan betul. Pada sesi intervensi ke-dua, Iman dibimbing menggunakan bahan manipulatif ATS untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan melibatkan permudahkan jawapan kepada bentuk termudah. Kesilapan yang dilakukan pada sesi pertama dapat diatasi pada sesi intervensi dua dengan meminta Iman untuk menulis bilangan kad kuning bagi setiap petak mengikut nilai pengangka. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Iman dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan seterusnya dapat mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah mengikut langkah yang betul. Berdasarkan temu bual tersebut, Iman bukannya tidak mengetahui langkah yang betul untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS, tetapi kesilapan tersebut berlaku disebabkan oleh kecuaiannya semasa mengira bilangan petak penuh. Justeru, pengkaji telah mengingatkan Iman beberapa kali supaya berhati-hati semasa menulis nombor bercampur berdasarkan kepada susunan petak yang dibuat. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Iman lebih fokus dan menumpukan perhatian kepada penerangan pengkaji jika dibandingkan dengan sesi pertama. Iman juga didapati semakin aktif sepanjang sesi intervensi dua berlangsung. Dia terus mengajukan soalan kepada pengkaji apabila timbul sebarang kekeliruan sepanjang proses pdp dijalankan. Kesimpulannya, Iman telah berjaya mencapai hasil pembelajaran yang telah digariskan. Pada sesi intervensi ke-tiga, berrdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati Iman berjaya menjawab lima daripada enam item dengan betul. Kesilapan yang berlaku pada sesi pertama dan ke-dua tidak lagi diulangi pada sesi kali ini. Ini menunjukkan bahawa Iman dapat menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan lebih baik. Apabila ditanya bagaimana Iman menukar pecahan tak wajar 29 kepada 3 5, dia berjaya 8 8 menerangkan setiap langkah yang dibuat. 53

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) Lukis 1 petak yang ada 8 bahagian. Pastu lorek ikut nilai pengangka. Lukis lagi petak besar yang ada 8 bahagian sehingga cukup untuk lorek 29 bahagian. Petak penuh jadi 1, petak tak penuh jadi pecahan. Petak penuh ada 3 jadi nombor bulat, pecahan 5 tulis tepi nombor bulat (TB04 PK2 01) 8 Pengkaji mendapati bahawa Iman menulis tidak boleh yang membawa maksud jawapan akhir tersebut tidak boleh dipermudahkan kepada bentuk termudah. Apabila ditanya mengapa jawapan tersebut tidak boleh dipermudahkan, Iman menyatakan bahawa, Lepas susun-susun, petak tu tak sama tinggi. Jadi, tak boleh permudah la cikgu (TB04 PK2 02) Berdasarkan kepada apa yang dijelaskan oleh Iman, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa Iman dapat menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur sama ada melibatkan mempermudahkan jawapan akhir atau tidak dengan lebih baik walaupun pada sesi ini ia melibatkan peringkat semi-konkrit iaitu dengan hanya menggunakan kertas grid. Melalui pemerhatian yang dibuat, kesilapan tersebut berlaku kerana kecuaian Iman semasa menulis jawapan akhir setelah dipermudahkan jawapan kepada bentuk termudah. Langkah yang dibuat untuk membuat penukaran serta mempermudahkan jawapan akhir telah pun betul. Namun, apabila ditanya, Iman menyatakan bahawa dia terlupa untuk menulis nombor bulat bersebelahan dengan pecahan wajar selepas mempermudahkan pecahan tersebut (TB04 PK2 03). Kecuaian ini menyebabkan Iman tidak memperoleh markah penuh bagi item tersebut walaupun langkah semasa membuat penukaran dapat ditunjukkan dengan tepat. Justeru, pengkaji beberapa kali mengingatkan Iman supaya lebih berhati-hati semasa menulis jawapan. Rajah 20 Kesilapan yang dilakukan Iman pada item 5 Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Iman dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa menjawab item pada lembaran kerja 3. Dia tidak lagi mengusik kawan tetapi sebaliknya bertanya kepada rakan dan pengkaji apabila mengalami masalah semasa menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Ini menunjukkan bahawa Iman semakin bergiat aktif sepanjang sesi intervensi tiga berlangsung. Pada masa yang sama, hasil kerja Iman dilihat semakin kemas dan lebih teratur. Secara keseluruhannya, didapati Iman telah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan iaitu menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan mengaplikasikan kaedah ATS pada kertas grid walaupun terdapat satu item salah yang disebabkan oleh kecuaian semasa menulis jawapan. Pada sesi intervensi ke-empat, pengkaji mengagihkan lembaran kerja 4 yang mengandungi enam item. Iman tidak lagi dibekalkan bahan manipulatif ATS dan kertas grid, tetapi hanya menyelesaikan item tersebut pada kertas kosong dengan mengaplikasikan kaedah ATS yang telah dipelajari pada sesi sebelumnya. 54

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan Iman didapati berjaya menjawab kesemua item dengan betul dan ini bermakna tahap penguasaan Iman dalam kemahiran ini telah meningkat dengan baik. Rajah 20 menunjukkan satu contoh item di mana Iman berjaya menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan hanya melukis petak pada kertas kosong. Rajah 20 Item tiga pada lembaran kerja 4 Iman Berdasarkan kepada item tersebut, pengkaji mendapati Iman dapat menunjukkan langkah demi langkah untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan hanya mengaplikasikan ATS pada kertas kosong.apabila disoal bagaimana Iman dapat menjawab item tersebut dengan betul, Iman menjawab, Saya buat ikut cikgu ajarlah. Lukis-lukis petak (TB05 PK2 01) Kenyataan yang diberikan oleh Iman jelas menunjukkan bahawa dia telah menguasai kaedah ATS yang telah diperkenalkan. Ini dapat dibuktikan lagi dengan item lima pada lembaran kerja 4 seperti yang dapat dilihat pada Rajah 21 di mana Iman menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan seterusnya mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah dengan betul mengikut langkah yang diterangkan oleh pengkaji. Rajah 21 Item lima pada lembaran kerja 4 Iman Melalui pemerhatian yang dibuat, hasil kerja Iman semakin kemas dan lebih teratur walaupun petak yang dilukis adalah tidak sama saiz. Iman didapati menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi intervensi dijalankan. Iman juga menunjukkan keberanian untuk menjawab soalan yang diajukan oleh pengkaji di hadapan kelas berkaitan dengan kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Ini menunjukkan bahawa tahap keyakinan Iman semakin bertambah dalam menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan kemahiran ini. 55

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 eissn 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57) Secara rumusannya, tahap penguasaan Iman dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur telah meningkat selepas sahaja Iman melalui empat sesi intervensi. Sebelum ATS diperkenalkan, Iman banyak melakukan kesilapan semasa membuat penukaran menggunakan algoritma bahagi. Namun, selepas sahaja intervensi dijalankan, tahap penguasaan Iman dalam kemahiran ini telah meningkat. Ini dapat dibuktikan melalui lembaran kerja dan semakan buku latihan. Bagi mendapatkan maklum balas daripada Iman terhadap kemahiran ini, pengkaji telah menjalankan temu bual setelah Iman menjawab beberapa item pada lembaran kerja selepas ke semua sesi intervensi dijalankan. Pengkaji bertanya kepada Iman bagaimana dia menukar 11 kepada 3 2. Iman dengan 3 3 yakin menjawab, Senang sangat cikgu. Tak payah dah kira-kira, tengok sifir dengan buat bahagi. Lukis petak pastu lorek je. Lagi senang. (TB06 PK2 01) Berdasarkan temu bual tersebut, pengkaji mendapati Iman telah dapat menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan kaedah ATS. Ini jelas menunjukkan bahawa sesi intervensi yang dijalankan dapat membantu Iman menggunakan cara dan kaedah yang lebih mudah untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur tanpa membuat sebarang pengiraan. Melalui pemerhatian yang dibuat, sikap Iman juga telah berubah iaitu kini Iman merupakan seorang murid yang lebih fokus dan tidak mengganggu rakan lain untuk belajar jika dibandingkan dengan sikapnya sebelum kajian dijalankan. Iman juga menjadi seorang yang berani untuk bertanya soalan kepada guru dan rakan-rakan apabila dia tidak faham apa yang dipelajari. Iman telah berjaya menunjukkan perubahan tingkah laku dari segi penguasaan dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur mahupun sikap ke arah yang lebih positif. Secara kesimpulannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesemua peserta kajian telah dapat menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan ATS. Sepanjang menjalani sesi intervensi, didapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang sangat ketara dari segi penguasaan dan sikap. Sebelum sesi intervensi dijalankan, didapati kesemua peserta kajian tidak menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan juga menunjukkan sikap negatif terhadap topik tersebut. Namun begitu, setelah sesi intervensi dijalankan, pengkaji dapat melihat dengan jelas perubahan peserta kajian dari aspek penguasaan dalam kemahiran tersebut dan juga perubahan sikap negatif kepada yang lebih positif. KESIMPULAN Konsep matematik sangat penting dan perlu dikuasai oleh murid. Menurut Umi Baizura (2010), murid dapat menguasai dan memahami sesuatu unit pembelajaran atau kemahiran matematik dengan baik jika murid telah berjaya menguasai konsep sebelumnya. Sebagai contoh, kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur lebih mudah dikuasai oleh murid jika konsep pecahan difahami oleh murid. Wisconsin (2007) menyatakan pemahaman konsep sangat penting dan memberi makna kepada murid bukan hanya perlu mengetahui bagaimana untuk mengaplikasikan kemahiran dan ilmu pengetahuan, malahan bila dan bagaimana ianya dapat diaplikasikan. Kajian oleh Tengku Zawawi (2009) mendapati pemahaman terhadap konsep pecahan yang terhad mungkin berpunca daripada amalan pengajaran guru yang terlalu menekankan penguasaan kemahiran, tanpa kefahaman konsep yang sebenar. Tajuk pecahan merupakan satu tajuk yang sangat penting kerana ianya berkaitan dengan asas nombor perpuluhan dan peratus. Justeru, guru mestilah menggunakan bahan konkrit dalam memperkenalkan kemahiran pecahan dan tidak memfokuskan kepada simbol dan matematik abstrak kerana ini tidak memberi sebarang makna kepada proses pembelajaran murid (Nik Azis, 1992). Sebagai contoh, dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur, guru mestilah memperkenalkannya dengan bahan konkrit supaya ia boleh memberi gambaran mental kepada murid berkaitan tajuk tersebut dan tidak terus kepada algoritma bahagi untuk membuat penukaran tersebut. 56

Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan Penggunaan bahan manipulatif ATS dapat membantu murid lemah tahun 4 menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. ATS ialah satu bahan konkrit yang berwarna. Elemen-elemen ini telah memenuhi apa yang dikatakan oleh Baig (2006) iaitu penggunaan bahan konkrit dan semi konkrit dapat membantu murid memahami konsep matematik dengan lebih mudah. Manakala menurut Barry (1996) pula, bahan bewarna dapat memudahkan pemahaman, menyenangkan proses penyimpanan maklumat dan dapat menarik perhatian murid. Elemen inovasi lain yang terdapat pada bahan manipulatif ATS adalah ia tidak memerlukan murid untuk menguasai fakta asas darab dan fakta asas bahagi. Ini sememangnya sangat membantu murid yang tidak menguasai kedua-dua fakta asas tersebut untuk membuat penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Sabri (2006) salah satu faktor murid melakukan kesilapan dalam masalah yang melibatkan operasi bahagi adalah disebabkan oleh murid tidak menguasai sifir. Kekuatan utama yang telah dikenal pasti dalam kajian ini melalui penggunaan bahan manipulatif ATS ialah ia dapat membantu murid menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur tanpa menggunakan algoritma bahagi. Namun, terdapat juga kelemahan yang dikenal pasti iaitu kajian ini terbatas kepada nilai pengangka 40 sahaja. Walau bagaimanapun, kelemahan ini dapat diatasi dengan mengaplikasikannya dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi tujuan kajian lanjutan. RUJUKAN Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. (2010). Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru Sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/11474/. Bahagian Pendidikan Guru, K. P. (1998). Konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik: Nombor bulat untuk sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Baig, S. (2006). Learning mathematical rules with reasoning. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 2(2), 15-39. Barry, K. (1996). Education and democratic citizenship in America. University of Chicago Press. Bruner, J. (1960). The process of education. Cambridge, MA: Harvard Univercity Press. Buku manual kajian tindakan (Edisi Ketiga). (2008). Putrajaya; Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Fan Siong Peng. (2008). Perwakilan pecahan sekolah rendah: Isu dan prospek. Masalah Pendidikan, 31 (1), 41-57. Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan nilai pi dan kebarangkalian. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Jamilah Yusof. (2013). The of manipulatives in enhancing pupils' understanding on fraction concepts. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universty Brunei Darussalam. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. Mohamad Hapizul Jelani. (2013). Penggunaan alat Colouring Box bagi meningkatkan kemahiran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dalam kalangan murid 5 Bijak. Tesis Sarjana. Institut Pendidikan Guru Malaysia. Nik Azis Nik Pa. (1992). Agenda tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Azlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim @ Aziz. (2010). Penggunaan Ict dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru-guru pelatih UTM. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/10307/ Nooriza Kassim. (2001). Proses metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Sabri Ahmad. (2006). Isu-isu dalam pendidikan Matematik. Isu-isu dalam pendidikan Matematik, 1-19. Syazwani Ghazali. (2013). Penggunaan grouping sticks dalam meningkatkan penguasaan murid tahun 5 menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Tesis Sarjana. Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan: Kajian kes di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34, 131-153. Umi Baizura Zulkapli. (2011). Keberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan. Tesis doktor falsafah.universiti Teknologi Malaysia: Skudai. Watanabe, T. (2002). Learning from Japanese lesson study. Educational leadership, 59(6), 36-39. 57