Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

Similar documents
Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION (FITMC)

Faktor Individu Sebagai Komponen Menyumbang Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-Dagang

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

Aspek Perlindungan Sinaran dalam Pengimejan Perubatan. Radiation Safety considerations in Medical Imaging

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

Tafsiran Evolusi Sosial dan Konsep Kerajaan berdasarkan Falsafah Marx-Engels: Kesesuaian dan Aplikasi?

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

PRUlink global leaders fund

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

Pre15-11 International Drug Prevention And Rehabilitation Conference (Prevent 2015)

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

1IIIi~I~~I~II~I~lfl!I~I~~II~I~li~il~i~~~IIII! ~. -,-- \: 1 'i "

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

TAKLIMAT PENGENALAN & PANDUAN PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS SEKTOR AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

1-2 NOVEMBER 2017 KSL HOTEL, JOHOR BAHRU

Elemen Kesihatan Industri

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETECTION OF INFECTION AND DETERMINATION OF BIOMARKERS FOR BRUCELLA MELITENSIS INFECTION IN GOATS

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

AKTIVITI ANTIMIKROB EKSTRAK Vernonia cinerea L., Tridax procumbens L., DAN Emilia sonchifolia L. DARIPADA FAMILI ASTERACEAE YOGA LATHA A/P LACHIMANAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

dan adil. TUHAN yang penyayang adalah adil. Dia tidak akan membiarkan bumi yang diciptanya

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Transcription:

Program Seven Pillars : Satu Model Pembangunan Mahasiswa Seimbang Brig. Jen. Profesor Dato' Dr. Kamarudin Hussin, Mohammad Rezal Hamzah, Suffian Hadi Ayub, Suraiya Ibrahim, Norizah Ahmad Emel: kamarudin@unimap.edu.my /rezal@unimap.edu.my / suffian@unimap.edu.my /Suraiya@unimap.edu.my / izah@unimap.edu.my Tel:+6049798398 Abstrak Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) kerajaan telah menekankan kepentingan pembangunan Modal Insan yang hoslitik untuk kepentingan sumber tenaga manusia pada tahun 2020. Dalam kontek ini, kerajaan lebih menumpukan golongan muda yang akan menjadi pewaris kepimpinan pada tahun 2020. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Bagi merealisasikan matlamat ini tercapai, UniMAP telah memainkan peranannya dengan memperkenalkan program seven Pillars yang berteraskan kemahiran insaniah selari dengan Modul Kemahiran Insaniah oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian telah dijalankan bagi melihat keberkesan program ini terutama kepada pelajar Melayu. Rekabentuk kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan temubual kumpulan terfokus (FGD). Soalan semi struktur telah digunakan untuk mendapatkan data daripada informan untuk menjawab persoalan kajian iaitu sejauhmanakah program Seven Pillars berkesan kepada diri dan kerjaya. Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa program Seven pillars ini merupakan program yang berpotensi untuk digunakan secara berterusan dalam membentuk modal insan diperingkat Institusi pengajian tinggi. Kata kunci : Modal Insan, Model Pembangunan, Personaliti, Seven Pillars Pengenalan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) telah diperkenalkan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta pada tahun2007 oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mohamed Khaled Nordin. PSPTN ini merangkumi empat fasa utama; Fasa Pertama - Peletakan Asas (2007-2010), Fasa Kedua Peningkatan dan Pemerkasaan (2011-2015), Fasa Ketiga Kecemerlangan (2016-2010) dan Fasa Keempat Kegemilangan dan Kelestarian (Melangkaui 2020). Pelaksanaan PSPTN yang memasuki Fasa Pertama banyak bergantung kepada komitmen, perancangan dan pendekatan yang lebih menyeluruh beserta mekanisme pemantauan yang berkesan di mana Naib Canselor memainkan peranan yang amat penting kerana mereka menjadi pemegang taruh kepada agenda negara ini. Pemantauaun perlu dilihat sebagai salah satu cara untuk mengubah sikap dan bukan hanya pengumpulan data dan pelaporan semata-mata. Ini selaras dengan falsafah dan semangat PSPTN A transformation that requires a drastics change in mindsets that will revolutionise the nation s higher education. (Khaled Nordin, 2009). Menerusi PSPTN, YB Menteri Pengajian Tinggi telah menggariskan 18 Agenda Kritikal yang memberi sokongan dan penunjuk aras kepada keseluruhan PSPTN. Agenda kritikal ini merangkumi skop yang holistik dan menjana daya saing bagi menggembleng keseluruhan fasa-fasa yang telah ditetapkan. Agenda kritikal tersebut adalah autonomi, kepimpinan, akademia, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan, pengantarabangsaan, kebolehpasaran graduan, APEX, Mybrain15, pembelajaran sepanjang hayat, audit akademik, pembiayaan pelajar (PTPTN), IPTS, tabung pembangunan modal insan, sistem penyampaian KPT, pembangunan holistik pelajar, politeknik dan kolej komuniti seterusnya akademia-industri. Kajian yang dilakukan ini menjurus secara tepat ke arah melihat satu aspek penting yang termaktub di dalam 18 Agenda Kritikal yang menyokong PSPTN; Kebolehpasaran Graduan. Kajian ini meneliti aspek yang dizahirkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi salah satu agenda kritikal iaitu kebolehpasaran graduan. Tafsiran dan falsafah yang diterjemahkan menerusi agenda kritikal ini, UniMAP telah mewujudkan satu program pembangunan pelajar yang dipanggil Tujuh Teras (Seven Pillars). Mobiliti untuk program ini adalah kesemua pelajar diwajibkan mengikuti program di bawah Tujuh Teras sebagai syarat bergraduat. Tanpanya, pelajar UniMAP tidak akan dikurniakan ijazah. Cabaran Sektor Pekerjaan Sektor pekerjaan di Malaysia telah mengalami perubahan bukan sahaja dari segi bidang dan cabaran ekonomi malah dari segi keperluan penggunaan tenaga sumber manusia yang

berkompetensi tinggi dan berkualiti. Dalam isu ini, peranan IPTA jelas dapat menyediakan sumber tenaga yang berkompetensi tinggi dengan menawarkan bidang-bidang yang dapat memenuhi keperluan sektor pekerjaan terutamanya sektor industri. Namun yang menjadi kesukaran kepada IPTA adalah keupayaan melahirkan tenaga manusia yang mempunyai kualiti personaliti dan keunikan dari segi kemahiran insaniah yang tinggi. Majikan pada masa kini lebih mementingkan keupayaan tenaga manusia yang mempunyai nilai kepintaran emosi, spritual dan sosial yang tinggi dan bukan hanya menilai kepada pencapaian akademik sahaja. Ini adalah kerana modal insan yang mempunyai kemahiran insaniah ini boleh menerajui organisasi dengan lebih dinamik dan mampu untuk bersaing diperingkat antarabangsa. Justeru keupayaan graduan kita dalam menembusi pasaran global menjadi isu utama dalam pembangunan modal insan negara. Keperluan Generic Skills dalam kebolehpasaran graduan Kajian-kajian tentang kebolehpasaran graduan telah banyak dilakukan untuk mengenalpasti apakah kemahiran yang perlu ada kepada seseorang graduan sebelum mereka diambil bekerja. Kepentingan generic skill adalah disebabkan pada masa kini sektor pekerjaan lebih memerlukan kepada fleksibel, dinamik, inisiatif dan keupayaan dalam melakukan pelbagai kerja atau multitasking. Manakala majikan pula lebih menumpukan kepada pengadaptasian, pengurangan kos, peningkatan produktiviti, penemuan produk baru, persaingan dalam pasaran global dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan secara maksimum. Menurut (Australian Chamber of Commerce and Industry & Business Council of Australia 2002) terdapat kemahiran yang telah digunapakai kebanyakan negara seperti Demark, United kindom dan beberapa negara barat yang lain. Di antara kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut kemahiran berkomunikasi yang dapat menyumbang kepada perhubungan yang baik dalam kalangan pekerja dan mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan. Kemahiran berpasukan pula memfokuskan kepada kesannya terhadap peningkatan produktiviti. Kemahiran penyelesaian masalah perlu dikuasai oleh pekerja didalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi. Ia akan mempengaruhi produktiviti organisasi. Manakala kemahiran kreatif dan berinisiatif mampu menjadikan pekerja lebih inovatif dalam menghasilkan ciptaan baru yang berdaya saing. Kepelbagaian sarjana menterjemahkan kemahiran seseorang graduan telah menjadikan model generic skills lebih komprehensif dan terfokus. Menurut David Greatbatch and Peter Lewis (2007), kemahiran kebolehpasaran graduan boleh dikategorikan kepada enam domain yang utama iaitu i) kemahiran asas seperti menggunakan kaedaj matematik dan teknologi ; ii) kemahiran berkaitan dengan hubungan manusia seperti komunikasi, interpersonal, pembujukan, perundingan, kerja berpasukan, perkhidmatan berasaskan pelanggan, perancangan, keupayaan penyelesaian masalah, kepimpinan; iii) kemahiran berfikir seperti kreatif, inovatif, penyelesaian masalah, timbalbalas dan pengurusan maklumat; iv)kemahiran personal seperti fleksibel, prihatin, dan bermotivasi, kepintaran emosi, kepintaran spiritual dan ketahanan emosi; v) kemahiran berkaitan dengan perniagaan seperti inovatif dan bijak mengambil peluang; dan vi) kemahiran yang berkaitan dengan komuniti seperti masyarakat penyayang, tanggungjawab sosial, dan keprihatinan kepada komuniti. Kebolehpasaran Graduan diletakkan sebagai agenda kritikal adalah untuk menangani isu kemahiran alternatif yang diperlukan oleh majikan selain daripada ilmu yang dipelajari. Kemahiran alternatif ini merujuk kepada kecerdasan intelektual, kewibawaan dan keupayaan di dalam memenuhi kehendak pasaran. Selain daripada ketrampilan dan dinamis dalam bidang pengkhususan masingmasing, pasaran masakini memerlukan graduan yang memiliki kelebihan luar biasa. Maka, bagi menjawab persoalan ini, UniMAP menerusi program tujuh teras secara halusnya menyemai kemahiran-kemahiran luar kuliah seperti komunikasi, kepimpinan dan keusahawanan. Program-program seperti training, internship dan entrepreneurship hendaklah terus dipergiatkan. Dialog bersama industri perlu diteruskan bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan dengan kualiti graduan yang dikeluarkan dan juga untuk mengetahui samada kurikulum yang diajar universiti masih relevan. (Khaled Nordin, 2009). Ini secara langsung merujuk kepada usaha yang dijalankan oleh setiap universiti di dalam memastikan setiap graduan mempunyai daya saing apabila bergraduat. Ini bermaksud kemahiran selain daripada bidang pengkhususan yang dipelajari. YB Menteri Pengajian Tinggi juga mencadangkan tiga langkah yang mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan iaitu: 1. Memasukkan elemen kebolehpasaran di dalam kurikulum (embedding employability in the curiculum) menerusi

pembaharuan Sistem Pembelajaran dan Pengajaran (Curriculum Design) 2. Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui aktiviti ko-kurikulm (enhancing students employability through the cocurriculum) 3. Melibatkan majikan di dalam penambahbaikan kurikulum (engaging employers in the curriculum) Bagi menggerakkan agenda kebolehpasaran graduan ini, program Seven Pillars UniMAP memfokuskan kepada langkah kedua di mana usaha yang konsisten digerakkan menerusi aktiviti ko-kurikulum yang menyumbang kepada melengkapkan pelajar dengan soft skill. Program Seven Pillars Program Seven Pillars yang diperkenalkan di Unimap adalah dikenali sebagai program pembangunan sahsiah pelajar yang merangkumi Kursus Bina Negara (BTN), Program Jalan Kaki Lasak, Program Bersama Komuniti - Bakti Siswa Perdana, Wacana Sosial, Bengkel Kepimpinan, Kursus Kemahiran Komunikasi dan Kursus Etika Sosial. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bertujuan membentuk sahsiah diri pelajar selari dan pembangunan Modal manusia yang yang berkualiti. Berikut adalah program-program yang dijalankan : Kursus Bina Negara (BTN) Kursus BTN mendedahkan para pelajar dengan unsur-unsur yang dapat membantu dalam pembentukan semangat patriotism dan jati diri dalam diri seawal para pelajar ini menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi. Ini bertujuan untuk membentuk semangat patriotism dan cintakan Negara serta membantu dalam pembentukan semangat cintakan universiti dan seterusnya dapat mengelakkan para pelajar daripada terpengaruh dengan elemen luar yang kurang sihat Program Jalan kaki lasak Program jalan kaki lasak memberi pendedahan kepada pelajar UniMAP untuk mengenali dan memahami cara hidup masyarakat pelbagai kaum serta akiviti sosial mereka. Program ini juga membantu melahirkan pelajar universiti yang cerdas, cergas dan mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Program Bersama Komuniti Bakti Siswa Perdana Para pelajar didedahkan dengan realiti kehidupan masyarakat khususnya di luar bandar. Program sebegini berupaya membentuk budaya ilmu di kalangan pelajar IPT sendiri kerana ianya mendorong mereka bercakap tentang motivasi dan kejayaan bersama pelajar-pelajar sekolah yang mereka temui sepanjang mengadakan program. Wacana Sosial Pengetahuan isu-isu semasa dalam Negara amat penting kepada mahasiswa supaya mereka boleh berperanan sebagai jurutera dalam masyarakat. Pendedahan kepada isu-isu antarabangsa juga sesuai sebagai persediaan mahasiswa menghadapi globalisasi. Program ini menyeimbangkan antara IQ dan EQ pelajar-pelajar UNIMAP. Bengkel Kepimpinan Latihan Industri Bengkel Kepimpinan Pelajar tahun tiga akan menjayakan industri, sehubungan dengan itu mereka akan berada dalam satu organisasi baru yang menuntut mereka memiliki kepelbagaian, kemahiran termasuk juga kepimpinan. Penglibatan mereka dalam latihan industri akan membawa bersama imej Unimap. Dengan menyertai bengkel ini pelajar akan memperolehi ilmu kepimpinan dan boleh diadaptasikan di tempat latihan mereka. Kemahiran Komunikasi Suasana di luar kampus menuntut satu penyesuaian yang sempurna oleh seseorang mahasiswa agar mereka lebih berkeyakinan dan berdayasaing. Sehubungan dengan itu amalan komunikasi berkesan dan baik dilihat memainkan peranan penting yang membolehkan mahasiswa tampil dengan penuh keyakinan. Kursus ini juga mendedahkan para pelajar kepada kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan kecil, kumpulan besar dan kumpulan dalam organisasi. Mereka juga belajar menerima dan menghormati pandangan orang lain dalam kumpulan. Etika Sosial Kursus ini penting sebagai medium mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek temuduga yang bakal mereka hadapi setelah tamat belajar. Pengetahuan tentang etika sosial dan adab-adab menghadiri sesuatu majlis rasmi wajar diberi perhatian memandangkan mereka akan berhadapan dengan alam pekerjaan nanti. Program Seven Pillars yang diperkenalkan ini merupakan model pembangunan modal insan diperingkat UniMAP. Selama lapan tahun ia telah dilaksanakan dengan melibatkan pelajar yang telah bergraduat. Justeru adalah signifikan untuk kajian ini dijalankan bagi mengetahui sejauhmana

program tersebut memberi kesan kepada diri dan impak kepada kerjaya mereka pada masa sekarang. Metodologi kajian Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual kumpulan berfokus (Focus Group Discussion). Dalam menjawab persoalan kajian penyelidik telah mengenalpasti informan yang dapat memberi maklumat tentang keberkesanan Seven Pillars dengan meneliti ciri-ciri yang telah ditetapkan. Informan adalah terdiri daripada pelajar yang telah bergraduat dan memperolehi pekerjaan. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui impak program Seven Pillars terhadap graduan setelah mereka bekerja. Ciri yang kedua adalah informan adalah terdiri daripada yang bekerja di dalam UniMAP dan yang diluar dari UniMAP. Data telah di salin secara verbatim dan dianalisi berdasarkan persoalan kajian dan tema yang telah dibangunkan. Di antara tema yang telah dibangunakan adalah pemahaman terhadap falsafah dan objektif program, keberkesanan melalui kerjaya dan diri serta keseluruhan program. Hasil kajian Secara umumnya program seven pillars merupakan program untuk memberi nilai tambah kepada mahasiswa setelah pendidikan secara formal didalam kuliah telah diperolehi. Falsafah program ini adalah untuk mendidik mahasiswa dengan nilainilai murni yang dapat dijadikan rujukan semasa dialam pekerjaan. Dengan menggunakan tujuh program iaitu Kursus Patriotisme & Jatidiri Pelajar UniMAP (BTN), Program Baktisiswa Perdana, Aktiviti Lasak / Program Jalan Kaki, Program Wacana Sosial, Bengkel Kepimpinan Latihan Industri, Kursus Kemahiran Komunikasi, dan Kursus Etika Sosial. Kesemua program ini mempunyai nilai-nilai tersendiri untuk diterapkan kepada mahasiswa. Di antara nilai-nilai yang dapat diperolehi ialah jati diri, nilai masyarakat penyayang, kecerdasan mental dan fizikal, patriotism, kepimpinan dan kemahiran komunikasi yang berkesan dan efektif. Kajian yang dijalankan membuktikan kesemua program adalah baik dan bersesuaian dengan golongan sasaran. Menurut Syed Akmal... program-program yang dianjurkan oleh universiti merupakan satu program penambahbaikan modal insan dan merupakan satu program yang unik dan tiada pada universiti yang lain. Program ni mampu memperkasakan jati diri mahasiswa... Manakala Hisham berpandangan bahawa...program seven pillars ini bagus dan sesuai untuk mahasiswa dalam pembangunan sahsiah pelajar dan dapat ilmu untuk memantangkan fikiran.. Ini disokong oleh nursyaliza...program seven pillars ini menjadikan manusia yang tidak ada nilai kepada manusia yang mempunyai nilai yang baik... Ini mengambarkan bahawa program ini merupakan program yang baik untuk diteruskan dalam memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar. Walaupun proses pembelajaran didalam kuliah dijalankan dengan baik namun kesemua nilai-nilai tersebut tidak dapat dilihat secara jelas kerana ia lebih memfokus kepada bidang pengajian. Keberkesan program Dalam membangunkan modal insan cemerlang, pelbagai pendekatan perlu disediakan dan dilaksanakan mengikut kumpulan sasar yang bersesuaian dengan proses, konteks dan objektif program tersebut. Sesuatu program dirancang adalah untuk dilakanakan kepada golongan sasaran dengan harapan mereka mendapat ilmu dan nilai yang boleh dijadikan panduan kepada diri dan hal elwal kehidupan seharian. Justeru keberkesanan program harus dilihat sebagi indikator sesuatu program berjaya ataupun sebaliknya. Bagi program Seven Pillars ini, informan telah di tanya sejauhmana program Seven pillars ini memberi kesan kepada mereka. Pembangunan jati diri Jati diri adalah merujuk kepada sifat-sifat atau ciri yang unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang. Mahasiswa merupakan golongan muda yang rata-ratanya berumur diantara 19 hingga 25 tahun. Pada tahap umur ini perkembangan golongan muda selalunya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Walaubagaimanapun ia boleh dibentuk melalui sistem kawalan sosial melalui pelaksanaan program-program yang berasaskan kepada nilainilai murni. Dalam konteks ini, program seven pillars merupakan program yang dijangka mampu untuk menyerlahkan jati diri mahasiswa. Ini diakui oleh salah seorang informan Program ni terutamanya BTN telah memberi nilai jati diri melalui kursus dan modul yang disampaikan. Lagi pun ia mampu meningkatkan sikap intergriti dan kami dapat

mengetahui perkembangan yang berlaku didalam negara dengan lebih jelas... (syed akmal) bahasa inggeris. Disitulah start saya berasa yakin untuk bercakap dalam english... (syed akmal) Interaksi sosial Kajian ini juga melihat sejauhmana program Seven Pillars ini memberi impak dari segi interaksi sosial. Kesemua informan telah berpandangan bahawa melalui program ini telah berlaku interaksi sosial yang lebih meluas terutama apabila program berjalan kaki sejauh 10 km dilaksanakan. Program berjalan kaki 10 km ini adalah ujian fizikal yang bukan sahaja dapat memantapkan fizikal malah dapat membina hubungan yang baik diantara mahasiswa. Ini telah diakui oleh keempat-empat informan...walaupun pada mula saya merasa beban bayangkan sejauh 10km namun nilai yang baik yang dapat ialah dapat berinteraksi dengan ramai kawan yang lain... (suzilawati) Selain itu program baktisiswa juga berkesan kepada mahasiswa untuk meningkatkan interaksi sosial. Di samping memupuk nilai masyarakat yang perihatin dan penyayang mahasiswa dapat berinteraksi bukan sahaja dalam kalangan rakan-rakan baru malah masyarakat setempat. Ini akan mematangkan fikiran mereka untuk berhadapan dengan cabaran diluar kampus....antara program seven pillars yang paling berkesan adalah program bakti siswa yang dapat memberikan semangat kekitaan melaui gotong royong. Kita boleh berinteraksi dengan orang kampung dan ini sesuatu yang baru la kepada orang bandar kan... (Nursyaliza) Meningkatkan kemahiran komunikasi Salah satu program yang dijalankan dalam memastikan mahasiswa mampu berkomunikasi dengan baik adalah kursus kemahiran berkomunikasi. Selain para pelajar mengambil subjek yang berkaitan komunikasi ini namun program ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan yang lebih menekankan kepada kemahiran temuduga dan pengucapan awam. Secara umumnya program ini telah memberi kesan yang positif kepada mereka. Ini dapat dibuktikan melalui pengakuan salah seorang informan berikut:...impak kepada kerjaya adalah yang ketara pada saya semasa kursus komunikasi dijalankan, saya telah dipanggil oleh En Aziz di atas pentas untuk bercakap didepan pelajar lain dalam Impak kepada kerjaya Melalui program Latihan Industri, pelajar-pelajar telah di bawa ke industri yang berasaskan teknologi seperti dikawasan Kulim High Tech. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar persekitaran kerja dalam industri dan pengalaman sebagai jurutera dalam industri. Ia disokong oleh salah seorang informan berikut.nilai tambah yang dapat melalui program INTRA ini adalah pendedahan tentang syarikat-syarikat dan ini merupakan perkara baru bagi saya yang belum pernah melakukanya.program Intra banyak membantu dari segi latihan industry yang bakal dilakukan oleh pelajar (suzilawati) Manakala program bengkel kepimpinan industri pula berbentuk perkongsian pengalaman oleh industri. Di antara yang pernah dilaksanakan adalah seperti menjemput toloh-tokoh industri seperti syarikat Intel Berhad dan Celestica untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan cabaran industri dan kaitannya dengan kerjaya sebagai seorang jurutera. Salah seorang informan telah menyatakan bahawa program ini sangat berkesan kepada semua pelajar program Intra dan bengkel kepimpinan ini university akan panggil tokoh korporat untuk beri ceramah, so kita dapat pengalaman bersama mereka tentang kerjaya sebagai jurutera.. (Syed Akmal) Secara umumnya program Seven Pillars ini telah berjaya dijalankan dengan mencapai obejektifnya. Dari segi pencapaian dalam peratusan, keempatempat informan telah menyatakan bahawa tahap keberkesanan program adalah diantara 70 hingga ke 80 peratus. Ini dapat disahkan melalui temubual kepada semua informan. secara umumnya boleh la saya katakan kesan sebanyak 75 peratus kepada diri dan kerjaya saya sebagai seorang pensyarah di politeknik pada masa kini dan apa yang paling penting adalah setiap program tu mesti ada penilaian untuk penambahbaikan masa akan datang...saya dok lihat dari saya student sehingga kini semua program adalah sama sahaja... (Hisham)

...kepada saya pula sebanyak 70 peratus ia membawa kesan kepada diri saya dan kerjaya saya sebagai pengajar. Program ini perlu diteruskan tetapi dengan penambahbaikan seperti urusetia perlu mengambil kira pelajar-pelajar yang pernah menjalani latihan BTN dan tidak perlu untuk pergi kali kedua kerana modul dan method yang digunakan adalah sama setiap kali saya pergi. Kalau ini diambil kira maka banyak perkara boleh dijimatkan. (suzilawati) peratus keberkesanan adalah sebanyak 75 peratus dan saya berpandangan bagus program ini diteruskan tetapi bukan lah seven pillar tetapi mungkin 4 atau 5 pillars sahaja kerana terdapat program yang digabungkan... (syed akmal ) saya rasa 80 peratus program seven pillars memberi kesan kepada saya sebagai pegawai latihan vokasional dan saya berbangga melalui semua program ini... (Nursyaliza) kerana penyelidikan mendapati program ini sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai program pembangunan belia positif diperingkat universiti. Rujukan : Australian Chamber of Commerce and Industry & Business Council of Australia 2002, Employability skills for the future, Department of Education, Science and Training, Canberra. Australian Council for Educational Research 2001, Graduate skills assessment. Summary report, Department of Education, Training and Youth Affairs, Higher Education Division, Canberra. D. Greatbatch and P. Lewis (2007); Generic Employability Skills II; skills and learning intelligence Module; university of Nottingham Khaled Nordin, (2009); Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi. Jurang peratusan keberkesanan ini adalah disebabkan terdapat beberapa program perlu dilihat semula proses perlaksanaannya. Pada pandangan informan program-program seperti wacana sosial dan bengkel kepimpinan industri boleh di satukan dengan penambahbaikan kepada topik-topik yang lebih signifikan kepada mahasiswa. Manakala dari segi penceramahnya perlulah mencari personaliti yang benar-benar tersohor ketokohan dalam bidangnya. Ini adalah kerana ia mampu menarik minat dan perhatian kepada mahasiswa. Maka kehadiran akan lebih bermakna untuk menimba pengalaman dan ilmu yang akan disampaikan oleh penceramah. Kesimpulan Secara umumnya program Seven Pillars yang diwajibkan kepada semua pelajar UniMAP adalah merupakan program kemahiran umum (generic skills) atau lebih dikenali sebagai kemahiran insaniah yang dapat dijadikan wadah dalam pembinaan dan pembangunan mahasiswa yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang seimbang dari segi pembelajaran di bilik kuliah dan pembangunan kendiri melalui kegiatan ko-kurikulum diluar bilik kuliah. Sungguhpun begitu, di dalam setiap perencanaan program, faktor penilaian adalah penting bagi melihat keberkesanan bukan saja kepada individu pelajar malah keperluan menilai semula kandungan, proses dan output program. Ini adalah untuk meningkatkan lagi kualiti program