SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

Similar documents
DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

1IIIi~I~~I~II~I~lfl!I~I~~II~I~li~il~i~~~IIII! ~. -,-- \: 1 'i "

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

PRUlink global leaders fund

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) JABATAN KONTRAK

PROSEDUR OPERASI PIAWAI PKTMK

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION (FITMC)

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETECTION OF INFECTION AND DETERMINATION OF BIOMARKERS FOR BRUCELLA MELITENSIS INFECTION IN GOATS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGUKURAN KETELUSAN LOGAM EMAS DAN CECAIR DENGAN KAEDAH RESONANS PLASMON PERMUKAAN ROSMIZA BT. MOKHTAR FSAS

TAKLIMAT PENGENALAN & PANDUAN PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS SEKTOR AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN PROGRAM PENGAWASAN PERUBATAN

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

Aspek Perlindungan Sinaran dalam Pengimejan Perubatan. Radiation Safety considerations in Medical Imaging

AKTIVITI ANTIMIKROB EKSTRAK Vernonia cinerea L., Tridax procumbens L., DAN Emilia sonchifolia L. DARIPADA FAMILI ASTERACEAE YOGA LATHA A/P LACHIMANAN

Transcription:

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iii Kesayangan, Hanif Fazli, Afif Haziq, Mummy, Daddy, Mama & Papa Peneman setia, Norazah & Nurhaziqah Alhamdulillah...

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan projek sarjana ini. Penghargaan yang tidak ternilai juga ditujukan buat penyelia projek sarjana iaitu Dr Mat Naim Bin Abdullah Mohd Asmoni atas tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan sepanjang penyempurnaan projek ini. Ucapan terima kasih juga turut ditujukan kepada rakan sekerja kerana dengan pengalaman serta pengetahuan yang dikongsi telah banyak membantu saya sepanjang projek ini dijalankan. Tanpa sokongan kalian, tidak mungkin projek yang diletakkan segunung harapan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang diperuntukkan. Sekalung penghargaan buat suami dan ahli keluarga yang tercinta atas segala sokongan, semangat dan galakan yang diberikan dan kerana sentiasa disisi sewaktu diperlukan. Untuk rakan seperjuangan, jasa serta pengorbanan kalian tidak mungkin akan dilupakan. Segala kenangan pasti akan sentiasa terkubu di lubuk ingatan dan semoga kita bekerjasama lagi di masa akan datang.

v ABSTRAK Sistem pengurusan kualiti bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Hampir setiap syarikat di Malaysia mempunyai sistem pengurusan kualiti atau lebih dikenali sebagai ISO. Sistem ini berasaskan prinsip kepastian kualiti menyediakan rangka kerja ke arah mewujudkan amalan pengurusan yang berkesan yang dikenal pasti melalui perlaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi. Tujuan proses ini adalah untuk membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang. Dalam kajian ini, sektor pembinaan telah dipilih untuk dikaji dan difokuskan kepada proses - proses yang terlibat dalam tuntutan pembayaran dari pihak kontraktor kepada pihak klien. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti apakah amalan terbaik dalam proses tuntutan pembayaran oleh pihak kontraktor kepada pihak klien. Bagi tujuan ini., responden merupakan para jurukur bahan yang terlibat dalam proses tuntutan pembayaran oleh pihak kontraktor kepada pihak klien Kajian yang dijalankan menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa, selain garis panduan yang dinyatakan dalam JKR 203A, PAM 2006 dan CIDB 2000, terdapat lagi beberapa item yang perlu ditambah bagi membolehkan proses tuntutan pembayaran berjalan dengan lancar dan dalam masa yang singkat. Hal ini adalah amat penting bagi memastikan kadar aliran tunai pihak kontraktor sentiasa pada kadar yang optimum bagi membolehkan keberlangsungan projek selain memastikan projek dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.

vi ABSTRACT Quality management system is not something new in Malaysia. Almost every company in Malaysia has a quality management system or better known as ISO. This system is based on the principles of quality assurance framework to create effective management practices identified through the implementation of Total Quality Management (TQM). TQM is a process of quality management which is client - oriented, runs continuously and involves all aspects of the organization. The purpose of this process is to bring sweeping changes to build a culture of organizational excellence. In this study, the construction sector has been chosen and the study focused on the interim claim processes submitted by the contractor to the clients. In addition, this study also aims to identify the best practices in the interim claims submitted by the contractor to the client. For this purpose, respondents are among those who are working as a quantity surveyor and involved in the interim claims submitted by the contractor to the client. Based on the survey conducted, it shows that majority of respondents felt that besides the guidelines set out in the PWD 203A, PAM 2006 and CIDB 2000, there were some items that should be added to allow the interim claims runs smoothly and in a short time. It is very important to ensure that the contractor cash flow is always at it optimal rate in order for the project to run smoothly and to ensure the project can be completed in the specified time.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xvi

viii BAB PERKARA MUKASURAT I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Objektif Kajian 5 1.4 Skop dan Limitasi Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Metodologi Kajian 7 1.6.1 Kajian Literatur 8 1.6.2 Pendapat Pakar 8 1.6.3 Borang Soal Selidik 8 1.7 Jangkaan Dapatan 9 II KAJIAN LITERATUR 2.1 Sistem Pengurusan Kualiti 10 2.2 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Amalan Terbaik? 11 2.3 Kepentingan Proses Pengurusan Pembayaran 12 2.4 Pihak Pihak yang Terlibat Dalam Industri Pembinaan. 16 2.4.1 Pihak Klien 16 2.4.2 Pihak Arkitek 17 2.4.3 Pihak Jurutera Awam 17 2.4.4 Pihak Jurutera Mekanikal Dan Elektrikal 17 2.4.5 Pihak Jurukur Bahan 18 2.4.6 Pihak Kontraktor 18 2.5 Kontrak Kontrak Yang Terlibat Dalam Industri Pembinaan 20 2.5.1 Persatuan Jurutera Malaysia (The

ix BAB PERKARA MUKASURAT Institution of Engineers, Malaysia, IEM) 20 2.5.2 Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) 21 2.5.3 Construction Industry Development Board (CIDB) 21 2.5.4 Jabatan Kerja Raya (JKR) 21 2.6. Proses Pengurusan Pembayaran yang Diamalkan 23 2.7 Proses Tuntutan Pembayaran 23 2.7.1 Proses Tuntutan Pembayaran menurut Easton 1989, European 1996 dan Kartam 1999 24 2.7.2 Proses Tuntutan Pembayaran Menurut Standard Building Contract with Quantities 2011 (JCT 2011) 28 2.8 Kesan Ketidakseragaman Proses Tuntutan Pembayaran 31 2.9 Ringkasan Proses Interim Pembayaran 33 2.10 Rumusan Amalan Proses Tuntutan Pembayaran Dari Pihak Kontraktor Kepada Pihak Klien 34 III METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan 36 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 37 3.3 Populasi Penyelidikan 38 3.4 Sampel Penyelidikan 38 3.5 Instrumen Penyelidikan 39 3.5.1 Penyediaan Borang Soal Selidik 41 3.6 Penganalisaan Data 41 3.6.1 Kaedah Analisis Data 42

x BAB PERKARA MUKASURAT 3.6.1.1 Min 42 3.6.1.2 Analisis Statistik Frekuensi 43 3.7 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 43 IV ANALISIS PENYELIDIKAN 4.1 Pengenalan 45 4.2 Latar Belakang Responden 46 4.2.1 Lokasi Responden 46 4.2.2 Jenis Organisasi Responden Bekerja dalam Industri Pembinaan 47 4.2.3 Tempoh Pengalaman Responden dalam Industri Pembinaan 48 4.2.4 Jawatan Responden dalam Organisasi 49 4.3 Analisis Senarai Amalan Terbaik Proses Tuntutan Pembayaran Dari Pihak Kontraktor Kepada Pihak Klien 50 4.3.1 Penetapan Tarikh Bagi Jurukur Bahan Dari Pihak Kontraktor Mengeluarkan Permohonan Interim. 50 4.3.2 Penetapan Masa Yang Diperuntukkan Oleh Pegawai Penguasa / Arkitek / Wakil Klien Untuk Mengeluarkan Sijil Interim Untuk Dihantar Kepada Pihak Klien. 51 4.3.3 Penetapan Tarikh Untuk Sijil Interim Dihantar Kepada Pihak Klien 52 4.3.4 Penetapan Masa Yang Diperuntukkan Untuk Pihak Klien Membuat Pembayaran Kepada Pihak Kontraktor 53 4.3.5 Pihak Yang Bertanggungjawab Melakukan

xi BAB PERKARA MUKASURAT Penilaian Kerja Di Tapak Bina 54 4.3.6 Wakil Pihak Yang Perlu Ada Semasa Penilaian Di Tapak Bagi Memudahkan Justifikasi Sebarang Persoalan. 55 4.3.7 Pihak Yang Perlu Ada Semasa Penilaian Di Tapak Bina Kerana Mereka Bertanggungjawab Untuk Ketepatan Penilaian 56 4.3.8 Pihak Yang Perlu Menyediakan Format Untuk Tuntutan Pembayaran 57 4.3.9 Dokumen Yang Perlu Dilampirkan Sebagai Asas Dalam Penilaian Tapak 58 4.3.10 Pengesahan Terhadap Hasil Penilaian Tuntutan Kerja Di Tapak Bina 59 4.3.11 Tempoh Masa Penyediaan Sijil Penilaian 60 4.3.12 Pihak Yang Mengeluarkan Sijil Interim 61 4.3.13 Tempoh Masa Pngeluaran Sijil Interim. 62 4.3.14 Tempoh Masa Sebulan Sekiranya Terdapat Percanggahan Amaun Semasa Penilaian Tapak dan Sijil Interim 63 4.3.15 Tempoh Pembayaran Klien Kepada Kontraktor 64 V KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 66 5.2 Rumusan dan Perbincangan Penyelidikan 66 5.2.1 Proses Proses yang Terlibat dalam Proses Tuntutan Pembayaran dari Pihak Kontaktor Kepada Pihak Klien 67

xii BAB PERKARA MUKASURAT 5.2.2 Amalan Terbaik Bagi Proses Tuntutan Pembayaran Dari Pihak Kontraktor Kepada Pihak Klien 69 5.3 Cadangan 71 5.3.1 Cadangan Bagi Meningkatkan Tahap Kelancaran Proses Tuntutan Pembayaran Dari Pihak Kontraktor Kepada Pihak Klien 71 5.4 Had Kajian 72 5.5 Masalah Yang Dihadapi Sepanjang Menjalankan Penyelidikan 72 5.5.1 Kesukaran Mendapatkan Maklumat 72 5.5.2 Kerjasama dari Firma/Syarikat 73 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 73 RUJUKAN 75 LAMPIRAN A 78

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Perbandingan Proses Pengurusan Pembayaran 15 2.2 Proses Interim Pembayaran 33 4.1 Maklumat borang soal selidik yang diedar dan di Kembalikan 46

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Cara Pengiraan Min 42 3.2 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 44 4.1 Jenis Organisasi Responden Bekerja Dalam Industri Pembinaan 47 4.2 Maklumat Tempoh Pengalaman Responden dalam Industri Pembangunan 48 4.3 Jawatan Responden dalam Organisasi 49 4.4 : Penetapan Tarikh Mengeluarkan Permohonan Interim 51 4.5 Penetapan Masa Untuk Pengeluaran Sijil Interim 52 4.6 Penetapan Tarikh Sijil Interim Dihantar Ke Klien 53 4.7 Penetapan Masa Klien Membuat Pembayaran Kepada Kontraktor 54 4.8 Individu Bertanggungjawab Membuat Penilaian Kerja di Tapak Bina 55 4.9 Pihak Yang Perlu Hadir Semasa Penilaian Tapak 56 4.10 Pihak Bertanggungjawab Keatas Ketepatan Penilaian 57 4.11 Pihak yang Perlu Menyediakan Format Tuntututan Pembayaran 58

xv NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 4.12 Dokumen yang perlu Dilampirkan Semasa Penilaian Tapak 59 4.13 Pengesahan Terhadap Persetujuan Penilaian yang Telah Dijalankan 60 4.14 Tempoh Masa Penyediaan Sijil Penilaian 61 4.15 Pihak yang Mengeluarkan Sijil Interim 62 4.16 Tempoh Masa untuk Mengeluarkan Sijil Interim 63 4.17 Tempoh Masa Sebulan Bagi Perbincangan Sekiranya Berlaku Percanggahan 64 4.18 Tempoh Pembayaran Klien Kepada Kontraktor 65

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik 78

1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kajian Proses pembinaan sesebuah projek merangkumi banyak aspek di mana ia bermula dengan idea, kajian kemungkinan, perlaksanaan dan seterusnya penyiapan. Di peringkat perlaksanaan, kontraktor hendaklah mengatur strategi bagi memastikan projek berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.salah satu perkara utama bagi melancarkan perjalanan projek pembinaan adalah proses pembayaran kemajuan kerja oleh klien kepada kontraktor. Hal ini termasuklah pembayaran dari kontraktor utama kepada subkontraktor. Aliran proses pembayaran amat penting bagi meneruskan keberlangsungan projek dan bagi memastikan projek dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan kerana aliran tunai yang baik adalah nadi kepada industri pembinaan. Terdapat dua jenis pembayaran di dalam kontrak pembinaan iaitu pembayaran interim serta pembayaran akhir di mana pembayaran akan dibuat apabila dokumen yang diserahkan telah mendapat persetujuan dari pihak arkitek,

2 pihak penguasa serta jurutera yang terlibat. Interim bermaksud sementara atau jangka masa pendek.oleh itu pembayaran interim adalah pembayaran dalam jangka masa pendek yang dibuat secara berperingkat kepada kontraktor samada seminggu sekali, dua minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada kemajuan kerja yang telah dijalankan di tapak bina (Klausa 30.3, PAM, 1998). Isu pembayaran telah lama menjadi masalah dalam industri pembinaan di Malaysia.Seringkali kita dengar terdapat banyak aduan tentang kontraktor lewat mendapatkan bayaran selepas sijil interim dihantar kepada klien atau konsultan.kes menjadi lebih serius apabila klien tidak membuat pembayaran kepada kontraktor selepas kemajuan di tapak bina telah ditunjukkan.selain itu, baru-baru ini terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa kes yang seringkali di bawa ke mahkamah adalah kes yang melibatkan pembayaran samada kelewatan pembayaran atau kontraktor tidak dibayar selepas kerja telah siap dijalankan (Abidin, 2007). Peruntukan untuk pembayaran telah ditetapkan dalam tiga kontrak yang diguna pakai dalam industri pembinaan di Malaysia iaitu, JKR 203A (2007), PAM (1998/2006) dan CIDB (2000).Di dalam kontrak ini telah dinyatakan bahawa interim pembayaran hendaklah dibuat secara berperingkat dan klien hendaklah membuat pembayaran setelah sijil perakuan kemajuan kerja oleh arkitek atau pihak penguasa.kontraktor mempunyai hak untuk menuntut bayaran secara berperingkat berdasarkan kerja yang telah siap dijalankan di tapak bina.peraturan umumnya ialah sesuatu kontrak itu hanya mewujudkan hak-hak dan obligasiobligasi yang boleh dikuatkuasakan oleh pihak-pihak yang berkontrak itu terhadap mana-mana pihak di antara mereka itu sahaja (Marsh, P. D. V., 1998). Tujuan pembayaran interim adalah bagi memastikan pihak kontraktor mendapat bayaran secara beransur ansur sepanjang proses pembinan projek dijalankan. Hal ini adalah bagi menjaga aliran tunai pihak kontraktor dan melicinkan perjalanan projek. Pembayaran interim juga penting kerana keseluruhan proses melibatkan banyak pihak seperti subkontraktor, pembekal dan pekerja.aliran tunai

3 merupakan nadi bagi projek pembinaan (Denning,1973). 1.2 Pernyataan Masalah Menurut kontrak JKR 203A, masa yang diperuntukkan di antara satu pembayaran adalah satu bulan.pegawaipenguasa perlu mengeluarkan sijil interim dalam tempoh empat belas (14) hari selepas pemeriksaan tapak dijalankan manakala pembayaran pula hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas sijil interim dikeluarkan.jumlah tuntutan yang boleh dibayar adalah kos kerja yang telah disiapkan di tapak bina dan sembilan puluh peratus barang mentah yang telah dibeli dan telah berada di tapak bina. Manakala PAM 2006 juga menyatakan bahawa interim pembayaran hendaklah dibuat sebulan sekali.sejurus maklumat pembayaran diperoleh dari kontraktor, pihak arkitek perlulah menyediakan sijil interim dan pembayaran perlulah dilakukan empat belas hari selepas sijil tersebut dikeluarkan. Jumlah yang perlu dibayar adalah kos kerja yang telah disiapkan di tapak bina dan sembilah puluh peratus barang mentah yang telah dibeli di tapak bina. Selain itu, CIDB 2000 juga ada memperuntukkan klaus untuk interim pembayaran di mana seperti dua kontrak di atas, CIDB 2000 juga menyatakan bahawa interim pembayaran hendaklah dihantar sebulan sekali. Sijil interim hendaklah disediakan oleh wakil klien dua puluh satu hari selepas pihak kontraktor menghantar penyata siap kerja.pembayaran hendaklah dibuat selepas dua puluh satu hari sijil interim dikeluarkan. Dalam kontrak CIDB 2000 tidak dinyatakan secara jelas apakah kos yang boleh dituntut oleh pihak kontraktor bagi setiap bulan interim pembayaran.

4 Berdasarkan huraian pembayaran interim dalam ketiga tiga kontrak yang dinyatakan di atas, jelas sekali tiada satu proses standard yang diaplikasikan di Malaysia. Pihak kontraktor atau klien sukar untuk menentukan apakah prosedur yang sebaiknya yang dapat menguntungkan kedua belah pihak. Memang tidak dinafikan ada persamaan proses pembayaran dalam ketiga-tiga jenis kontrak dimana pembayaran perlu dibuat dalam tempoh tertentu selepas sijil perakuan kemajuan kerja dikemukakan. Namun begitu terdapat juga perbezaan contohnya di dalam PAM 2006 dan CIDB 2000 menyatakan kontraktor perlu menghantar penyata siap kerja kepada arkitek atau wakil klien tetapi JKR 203A meletakkan tanggungjawab menyediakan sijil interim kepada pegawai penguasa iaitu selepas pemeriksaan dijalankan. Sudah tentu terdapat kebaikan dan keburukan kepada perbezaan proses pembayaran ini. Sekiranya kontraktor perlu menyediakan tuntutan kemajuan kerja maka proses pembayaran akan menjadi lebih mudah kerana pihak kontraktor lebih arif tentang kerja apa yang telah disiapkan di tapak bina jika dibandingkan dengan pegawai penguasa yang menyediakan sijil interim. Pemeriksaan tapak perlu dilakukan sebelum pegawai penguasa mengeluarkan sijil interim dan adakalanya ada kerja-kerja yang terlepas pandang semasa pemeriksaan tapak dijalankan. Hal ini akan mengakibatkan pembayaran kepada kontraktor tidak pada jumlah sepatutnya pihak kontraktor perolehi berpadanan dengan kerja yang telah siap dilakukan di tapak bina. Namun di dalam realitinya, berdasarkan perbincangan dengan Jurukur Bahan Teng Siew Peng yang telah terlibat di dalam industri ini selama lima belas tahun, beliau menjelaskan bahawa di dalam projek beliau yang terkini masih terdapat konsultan yang tidak menjalankan tanggungjawab untuk membuat penilaian tapak dengan alasan pihak kontraktor tidak menyediakan penyata siap kerja atau tidak menghantar tuntutan kemajuan kerja. Dari pemerhatian penyelidik yang juga seorang Jurukur Bahan, proses pembayaran ini tidak jelas dan tidak diseragamkan menyebabkan ada pihak yang mengambil mudah dan tidak

5 mengikut syarat kontrak yang telah ditetapkan. Berdasarkan hujah yang telah dibincangkan, jelas menunjukkan bahawa tiada prosedur pembayaran yang standard diaplikasikan di Malaysia. Oleh yang demikian, persoalan kajian ini adalah; 1. Apakah proses-proses yang terlibat di dalam tuntutan pembayaran dari pihak kontraktor kepada pihak klien? 2. Apakah amalan terbaik bagi proses tuntutan pembayaran dari pihak kontraktor kepada pihak klien? 1.3 Objektif Kajian Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah; 1. Mengenal pasti proses-proses yang terlibat dalam pengurusan pembayaran dari pihak klien kepada pihak kontraktor. 2. Mengenal pasti amalan terbaik bagi proses tuntutan pembayaran dari pihak kontraktor kepada pihak klien.

6 1.4 Skop dan Limitasi Kajian Kajian ini difokuskan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan iaitu pemaju atau klien dan kontraktor di Malaysia.Pemaju atau klien merupakan pihak yang perlu membuat pembayaran manakala kontraktor adalah pihak yang menuntut pembayaran selepas kerja telah disiapkan di tapak bina. Oleh kerana kajian ini hanya ditumpukan pada proses tuntutan pembayaran dari pihak kontraktor kepada pihak klien, maka limitasi bagi kajian ini adalah ia tidak mengkaji bagaimana pihak subkontraktor menuntut pembayaran dari pihak kontraktor utama. Sudah tentu ada kelainan dari segi proses kerana tidak melibatkan arkitek atau pegawai penguasa yang perlu memeriksa kemajuan kerja subkontraktor. Namun begitu, subkontraktor juga mempunyai hak untuk menuntut pembayaran atas kerja-kerja yang telah siap dilakukan di tapak bina. 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini adalah penting bagi mengetahui apakah prosedur pembayaran yang diamalkan di negara ini. Hal ini adalah kerana sering berlakunya aduanaduan tentang kelewatan pembayaran atau ada juga kontraktor yang tidak mendapat bayaran walaupun kerja telah disiapkan sepenuhnya.walaupun peruntukan untuk pembayaran dimasukkan dalam ketiga-tiga kontrak utama yang digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia iatu JKR 203A, PAM 1998/2006 dan CIDB 2000, prosedur yang berlainan dalam setiap kontrak mungkin telah

7 menjadi faktor tidak ada standard tetap dalam membuat pembayaran kepada kontraktor. Hal ini hendaklah dipantau dan dibendung bagi mengelakkan kerugian terhadap kontraktor serta klien mengaut keuntungan di atas salah laku tidak membuat pembayaran kepada mereka. Oleh yang demikian, diharapkan kajian ini dapat merungkai persoalan apakah proses pengurusan menuntut pembayaran dari pihak klien kepada pihak kontraktor dan satu proses standard bagi kontraktor membuat tuntutan bayaran kepada klien dapat diwujudkan. Selain itu juga, diharapkan semua pihak yang terlibat mengaplikasikan prosedur pembayaran yang betul agar objektif bagi menyiapkan projek pembinaan dengan efektif serta efisien dapat dicapai bersama selain dapat meningkatkan mutu industri pembinaan di Malaysia. 1.6 Metodologi Kajian Penyelidikan bermula dengan persoalan.sifat ingin tahu telah mendorong kepada pembentukan persoalan yang membawa kepada pembentukan metodologi kajian. Metodologi kajian perlu dilakukan secara sistematik dan saintifik kerana ia merupakan faktor penting untuk memperolehi jawapan yang sahih dan boleh dipercayai kepada persoalan yang diajukan. Menurut Suraya (2006), metodologi kajian boleh ditakrifkan sebagai suatu jujukan aktiviti yang sistematik bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan membangunkan satu aplikasi pengaturcaraan. Satu susunan prosedur atau kaedah-kaedah tertentu perlu dibangunkan bertujuan untuk memperolehi maklumat bagi memastikan objektif kajian tercapai. Dalam bab ini, metodologi penyelidikan akan dibincangkan dengan terperinci menggunakan pendekatan cara ;

8 1.6.1 Kajian Literatur Kajian literatur merupakan rujukan kepada sumber-sumber ilmiah yang berkaitan dengan proses pengurusan pembayaran seperti kontrak, kajian-kajian lepas, artikel, jurnal, buku, majalah dan risalah. Pernyataan masalah serta persoalan kajian merupakan hasil daripada rujukan serta perbandingan kepada sumber ilmiah dan seterusnya mewujudkan objektif kajian yang ingin dijalankan. 1.6.2 Pendapat Pakar Kaedah pendapat pakar digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk mengesahkan samada proses dan prosedur yang telah dikenalpasti dari kajian literatur adalah memuaskan dan lengkap. Kaedah ini juga digunakan bagi mengetahui adakah teori dari kajian literatur dipraktikkan dalam realiti serta relevan dan praktikal untuk diamalkan. 1.6.3 Borang Soal Selidik Kajian kes ini adalah dari jenis deskriptif. Menurut Yin 1994, kaedah kajian kes deskriptif adalah bertujuan untuk menilai bagaimana proses dan prosedur secara teori diaplikasikan di dalam kajian tersebut. Kajian ini akan meneliti proses tuntutan pembayaran dari pihak kontraktor kepadda pihak klien dengan menggunakan borang soal selidik.

9 1.7 Jangkaan Dapatan Satu proses dan prosedur bagi pengurusan pembayaran dari pihak klien kepada pihak kontraktor yang seragam dapat dibangunkan bagi memudahkan semua pihak yang terlibat dalam proses tuntutan pembayaran bagi kerja yang telah disiapkan. Carta alir proses tuntutan pembayaran dari pihak kontraktor kepada pihak klien akan disediakan bagi tujuan untuk memudahkan semua pihak dapat memahami dan dapat mengaplikasikan prosedur yang lebih sistematik dan efisien serta memudahkan semua pihak yang terlibat. Selain itu, amalan terbaik bagi sistem menuntut pembayaran akan disediakan sebagai rujukan dan panduan bagi jurukur bahan yang bekerja dengan pihak kontraktor membuat tuntutan pembayaran kepada pihak klien.

78 RUJUKAN Abdul Aziz Husin (1999), Konsep Pembayaran Kerja Kontrak Kepada Subkontraktor Projek Kerajaan, USM. Allan A., Hogg K.. and Higgs C (2013). Willis s Practice and Procedure for the Quantity Surveyor (13 th Edition). United Kingdom. Wiley & Sons, Ltd Asniah Abidin (2007),The Profile of Construction Disputes, M.Sc Construction Contract Management Dissertation, UTM. Borang Kontrak Piawai PWD Form 203A (Rev. 1/2010), Jabatan Kerja Raya Malaysia. Borang Standard CIDB dan Terma Kontrak Edisi 2000. David G. Carmichael (2010), A contractor s analysis of the likelihood of payment of claims, Journal of Financial Management of Property and Construction Vol. 15 No. 2, 2010.m.s. 102-117. Donald T. (2012). Construction Quantity Surveying. A Practical Guide for the Contractor s QS. Wiley Blakwell. Ivor, H. Seeley (1997). Quantity Surveyong Practices (2 nd Edition) London: Macmillan Press LTD Jawahar Nesan L. (1995). The Development and Evaluation of Best Pratices for The Client s Representative. Loughborough University of Technology Kululanga, G., Kuotcha, W., McCaffer, R., and Edum-Fotwe, F. (2001). Construction Contractors' Claim Process Framework. J. Constr.

79 Eng. Manage., 127(4), 309 314. Lord Denning MR (1973), Gilbert-Ash (Northern) Ltd v Modern Engineering (Bristol), 71 LGR 162, 167. Merriem, S. B. (1998), Qualitative Research and Case Study Applications in Education. (2 nd ed.) San Francisco: Jossey-Bass Marsh, P.D.V. (1988), Constracting for Engineering Construction Project. Edisi Ketiga. Essex: Gower Publishing Co. Ltd. m.s.42. Major, W.T. (1978),The Law of Contract. Edisi Kelima. Playmouth: McDonald & Evans Ltd. m.s.171 Ong Chee Heng (2002), Standard Construction Contracts in Malaysia, Issue and Challenges. CK Onn & Co, Advocates & Solicitors. Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage Publication Siti Suhana Judi and Rosli Abdul Rashid (2010), Hak Kontraktor terhadap Kelewatan atau Tiada Pembayaran oleh Klien, Journal of Surveying, Construction & Property Vol. 1 Issue 1 2010. Silverman, D. (2000). Doing Qualitative Research: A Practical Handbook. London, Thousand Oaks, New Delhi: Sage. Sundra Rajoo (1999). The Malaysian Standard Form of Building Contract (The PAM 1998 Form). Kuala Lumpur: Malaysia Law Journal Sdn Bhd The Aqua Group, Contract Administration for the Building Team, 7th ed., Oxford: BSP Professional Books, m.s. 65.

80 Yin, R.K. 1994. Case Study Research: Design and Methods. Beverly Hills, CA: Sage Publications