PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

Similar documents
DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

PRUlink global leaders fund

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION (FITMC)

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Faktor Individu Sebagai Komponen Menyumbang Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-Dagang

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO Antara YEOH BOON YEOH BOON TOE - PLAINTIF

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

PROSEDUR OPERASI PIAWAI PKTMK

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

AKTIVITI ANTIMIKROB EKSTRAK Vernonia cinerea L., Tridax procumbens L., DAN Emilia sonchifolia L. DARIPADA FAMILI ASTERACEAE YOGA LATHA A/P LACHIMANAN

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CROSSBREEDING OF THREE IRANIAN SHEEP BREEDS WITH RESPECT TO REPRODUCTIVE, GROWTH AND CARCASS CHARACTERISTICS

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETECTION OF INFECTION AND DETERMINATION OF BIOMARKERS FOR BRUCELLA MELITENSIS INFECTION IN GOATS

STUDY ON SUITABLE HABITAT FOR SWIFTLET FARMING TEO WEE CHAI

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

Faktor Analisis Pendorong dan Penghalang kepada Kenderaan Tidak Bermotor di Bangi

Safety Data Sheet (Risalah Data Keselamatan) NXA452 INTERCRETE 4851 GREY PART B Version No.(No Versi) 1 Revision Date(Tarikh Rujukan) 11/22/17

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

Lot 1 & 2, Jalan Gangsa Pasir Gudang Malaysia

Untuk kegunaan professional sahaja. International Paint Singapore Pte Ltd 3 Neythal Road Jurong Town Singapore

DESIGN AND PROTOTYPING A PERISTALTIC PUMP MOHD FIRDAUS BIN MANSOR

Transcription:

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS Aina Diana Muhamed Tarmizy Khairul Azmi Abu Bakar ABSTRAK Aplikasi idispatch Menggunakan QRCode Dan GPS merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna menjejak lokasi terkini penghantaran secara mudah, serta membolehkan Penjual yang menggunakan aplikasi ini memastikan Penghantar dapat menghantar barangan tersebut kepada Pembeli yang betul dengan menggunakan QRCode. Aplikasi ini juga mampu mempamerkan penjejakan penghantaran tersebut dalam bentuk peta bagi memudahkan Pembeli melihat dan mengetahui jarak Penghantar dari lokasi Pembeli. Tujuan aplikasi ini dibangunkan adalah untuk mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh Penjual, Penghantar dan Pembeli. Antara masalah adalah dari segi keperluan sesuatu aplikasi yang membolehkan pengguna menjejak lokasi terkini penghantaran mereka serta untuk mengatasi masalah dari segi pengesahan identiti penerima barangan. Kebanyakan sistem penghantaran dan penjejakan hanya menggunakan kaedah tandatangan atau kod pengesahan secara manual. Pengesahan secara tandatangan sukar untuk disahihkan manakala pengesahan secara kod manual kurang efisyen dan memakan masa. Kelebihan idispatch berbanding dengan sistem-sistem tersebut adalah penggunaan QRCode bagi pengesahan penerimaan yang lebih sahih dan efisien. Metodologi yang digunapakai sewaktu pembangunan sistem ini adalah metodologi Agile. idispatch dibangunkan menggunakan perisian xcode dengan bahasa pengaturcaraan Swift 3, Kodomo Edit dengan Bahasa pengaturcaraan PHP, serta pangkalan data PHPMyAdmin. Kesimpulannya, sistem ini dapat membantu bisnes-bisnes bersaiz kecil dan sederhana untuk memudahkan penghantaran dan meningkatkan lagi kepercayaan antara Pembeli, Penjual dan Penghantar. 1 PENGENALAN Menurut Yetisen et al. (2015), maksud keusahawanan adalah proses mereka bentuk, melancarkan dan menjalankan perniagaan baru, yang biasanya bermula sebagai perniagaan kecil, seperti syarikat permulaan, menawarkan produk, proses atau perkhidmatan untuk jualan 1

atau sewaan. Di Malaysia, keusahawanan sangat digalakkan oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi ekonomi negara kita. Semakin banyak wujudnya perniagaan, maka makin banyaklah peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Menurut kajian Davis, Haltiwanger & Schuh (1996), purata perwujudan pekerjaan kasar adalah 12.2 peratus setahun bagi syarikat yang mempunyai kurang daripada 100 orang pekerja, iaitu hampir dua kali ganda kadar bagi firma-firma dengan 25,000 atau lebih orang pekerja. Hasil kajian ini dapat membuktikan bahawa kewujudan syarikat dan bisnes memberi manfaat kepada rakyat Malaysia kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Kini, terdapat ramai rakyat Malaysia yang sudah mempunyai bisnes mereka sendiri. Sesetengah bisnes kecil ini akan mengambil pekerja sambilan atau pekerja tetap sebagai penghantar barangan terutamanya untuk menghantar barangan ke kawasan berdekatan atau menjual barangan seperti masakan panas, sayur-sayuran, ikan segar dan sebagainya yang perlu dihantar secepat mungkin. Walaupun perkhidmatan penghantaran seperti PosLaju boleh digunakan, bagi lokasi yang sangat dekat iaitu dalam 30 km radius (ataupun jarah masa tempat penerima adalah hanya dalam 30 minit), PosLaju tetap akan memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk sampai ke destinasi. Apabila menggunakan penghantar, barangan tersebut dapat diterima dalam jangka masa yang sangat pendek. Perkara ini dapat dilihat oleh penghantaran pizza Dominos yang dijanjikan untuk sampai dalam masa 30 minit. ( Domino s Pizza Malaysia Terms of Use, n.d.). Hal yang demikian kerana pizza merupakan salah satu contoh barangan jualan yang perlu dihantar secepat mungkin. Apabila barangan tersebut dihantar oleh Penghantar, Penjual ingin suatu cara untuk memastikan barangan tersebut diterima oleh pelanggan yang betul. Bagi seseorang yang telah membeli barangan, sudah tentu pembeli tersebut akan tidak sabar untuk mendapat barangannya dan ingin mengetahui lokasi terkini barangan tersebut. Pembeli akan rasa lebih yakin jika dapat mengetahui bahawa barangannya dalam perjalanan. Aplikasi mudah alih idispatch menggunakan QRCode dan GPS membolehkan penjual memastikan barangan tersebut sampai kepada pelanggan yang betul dan pelanggan juga dapat mengesan/menjejak lokasi penghantarannya sementara menunggu barangannya itu diterima. Pengesahan bahawa 2

barangan tersebut sampai kepada pelanggan yang betul dibuat menggunakan QRCode. Oleh itu, tidak akan berlaku kesilapan di mana barangan dihantar kepada penerima yang salah. Lokasi barangan tersebut akan direkod secara berjadual, maka pembeli dapat menjejak penghantarannya sebelum ia sampai. QRCode mengikut Waters (2012) adalah Kod Respon Pantas (Quick Response Codes) dan merupakan suatu cara cekap untuk menyimpan and mengakses data. Manakala, GPS adalah Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System) di mana ia menyediakan infomasi kordinat lokasi dan masa di seluruh bumi menggunakan satelit GPS. 2 PENYATAAN MASALAH Sesetengah bisnes kecil mengambil pekerja sambilan atau pekerja tetap sebagai penghantar barangan bisnes mereka ke tempat-tempat yang berdekatan. Namun tiada cara yang tepat untuk mengesan lokasi barangan semasa penghantaran dan juga tidak dapat mengesahkan barangan dihantar kepada kepada lokasi dan penerima yang betul. Ini adalah kerana sistem untuk menjejak penghantaran menggunakan peranti pengesanan (tracking device) memakan kos yang sangat tinggi dan ia tidak dapat ditanggung oleh bisnes-bisnes kecil tersebut. Maka bisnes-bisnes tersebut tidak dapat menyemak jika berlakunya kesilapan penghantaran. Apabila seseorang telah membeli barangan, sudah tentu pembeli tersebut akan tidak sabar untuk mendapat berangannya dan ingin mengetahui lokasi terkini barangan tersebut. Pembeli akan rasa lebih yakin jika dapat mengetahui bahawa barangannya dalam perjalanan. Selain itu, ada kalanya tanpa penjejakan penghantaran, pembeli tidak akan tahu sebab barangannya lambat sampai. Barangan tersebut mungkin dalam perjalanan ataupun belum lagi dalam perjalanan dan ia perlu menghubungi penjual. Hika ada barangan yang lambat tiba, penjual akan mendapat banyak mesej dan panggilan dari pelanggan untuk mengetahui sama ada barangannya sudah dalam perjalanan ataupun belum lagi dihantar. 3

3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif projek ini adalah untuk membangunkan aplikasi idispatch dengan menggunakan QRCode dan GPS yang membolehkan: i. Penjual untuk membuat penghantaran barangan ii. Penjual dan Pembeli dapat menjejak lokasi terkini penghantaran iii. Penghantar dapat memastikan yang barangan hanya boleh diterima oleh Pembeli yang betul iv. Penjual dapat menyemak lokasi dan masa barang diterima oleh Pembeli. 4 METOD KAJIAN Metodologi Agile telah dipilih untuk pembangunan sistem ini kerana metodologi ini paling sesuai digunakan untuk membangunkan sistem dalam jangka masa yang singkat. Pihak berkepentingan (Stakeholder) dapat memberi pandangan dan cadangan sewaktu pembangunan sistem. Istilah Pihak Berkepentingan (Stakeholder) merujuk kepada sesiapa atau mana-mana kumpulan yang akan dipengaruhi atau boleh terjejas oleh sistem, secara langsung atau tidak langsung (Ian, 2007). Salah satu contoh pihak berkepentingan adalah pengguna akhir yang akan berinteraksi dengan sistem tersebut. Metodologi ini lebih fleksibel dan ianya lebih mudah untuk membuat perubahan kepada peringkat yang lepas semasa pembangunan sistem. Produk akhir akan mempunyai kurang kecacatan kerana metodologi ini memerlukan beberapa putaran pengeluaran yang kecil yang dipanggil lelaran (iteration) yang mana akan memastikan produk sentiasa bersedia. Ulasan dan cadangan akan dilaksanakan serta merta. Memandangkan kitaran lelaran (iteration cycles) mengambil tempoh yang singkat, pihak berkepentingan akan dapat melihat kemajuan secara semasa. 4

Rajah 1.1 Agile Methodology (Colin, 2014) 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincang hasil daripada kajian ini iaitu aplikasi idispatch Menggunakan QRCode Dan GPS. Sistem ini merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna menjejaki lokasi terkini penghantaran secara mudah. Ia juga membolehkan Penjual yang menggunakan aplikasi ini memastikan Penghantar dapat menghantar barangan tersebut kepada Pembeli yang betul dengan menggunakan QRCode. Aplikasi ini juga boleh mempamerkan penjejakan penghantaran tersebut dalam bentuk peta bagi memudahkan Pembeli melihat dan mengetahui jauh jarak Penghantar dari lokasi Pembeli. Rajah 1 merupakan antaramuka utama yang dibahagikan kepada tiga butang utama mengikut jenis pengguna iaitu Pembeli, Penjual dan Penghantar. Sistem ini membolehkan Penjual untuk membuat penghantaran dengan mengisi butiran penghantaran ke dalam borang. Secara serta merta, sistem ini menjana id penjejakan serta QRCode khas untuk penghantaran tersebut. Ini boleh dilihat di Rajah 7, 8 dan 9. Penjual juga dapat menekan butang simpan untuk menyimpan gambar QRCode tersebut ke dalam memori telefon pintar untuk memudahkan Penjual menghantar QRCode tersebut kepada Pembeli. 5

Kedua-dua Penjual dan Pembeli dapat menjejak lokasi penghantaran dan melihatnya dalam bentuk peta, tetapi apa yang dapat dilihat oleh Penjual adalah berbeza daripada Pembeli. Merujuk kepada Rajah 10 dan 11, Penjual hanya dapat menjejak lokasi terkini penghantaran tersebut. Manakala bagi Pembeli pula, Pembeli dapat melihat lokasi terkini Penghantar serta lokasinya sendiri seperti yang ditunjukkan di Rajah 12 dan 13. Ini memudahkan Pembeli untuk mengetahui jauh jarak Penghantar dari Pembeli tersebut dan memudahkan Pembeli untuk menganggar masa untuk Penghantar sampai ke lokasinya. Penghantar perlu mengelog masuk ke dalam sistem terlebih dahulu sebelum diberi akses untuk memulakan penghantaran, menamatkan penghantaran dan menyemak butiran penghantaran. Kedua-dua fungsi memulakan penghantaran dan menamatkan penghantaran ini menggunakan kamera untuk mengimbas QRcode penghantaran. Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 6

Rajah 4 Rajah 5 Rajah 6 Rajah 7 Rajah 8 Rajah 9 Rajah 10 Rajah 11 Rajah 12 7

Rajah 13 6 KESIMPULAN Sistem idispatch adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk membolehkan pengguna menjejak lokasi terkini penghantaran secara mudah, serta membolehkan Penjual yang menggunakan aplikasi ini memastikan Penghantar dapat menghantar barangan tersebut kepada Pembeli yang betul dengan menggunakan QRCode. Aplikasi ini juga mempamerkan penjejakan penghantaran tersebut dalam bentuk peta bagi memudahkan Pembeli melihat dan mengetahui jauh jarak Penghantar dari lokasi Pembeli. Pengaturcaraan bagi sistem ini sedikit rumit kerana penulis perlu mempelajari bahasa pengaturcaraan Swift 3 dan cara pengekodan dari segi penjejakan lokasi walaupun aplikasi tersebut berjalan di latar belakang serta cara pengekodan bagi pengimbasan dan penjanaan QRCode. Walaupun banyak masa terluang kepada pemahaman pada bahasa pengaturcaraan dan pembangunan tetapi dengan penyelidikan dan kajian terperinci, sistem ini akhirnya berjaya dibangunkan. 8

7 RUJUKAN Bruce, C. S. (1994). Research students early experiences of the dissertation literature review. Studies in Higher Education, 19(2), 217 229. https://doi.org/10.1080/03075079412331382057 Colin, B. (2014). What Is Agile Development? Screenmedia. from http://www.screenmedia.co.uk/blog/2014/08/what-is-agile-development-a-briefintroduction/ [27 Disember 2016]. Courier Exchange Freight Exchange. (n.d.). from https://courierexchange.co.uk/ [20 Mac 2017]. Domino s Pizza Malaysia - Terms of Use. (n.d.). from https://www.dominos.com.my/terms [30 Disember 2016]. ezycourier- About us. (n.d.). from http://www.ezycourier.com/en/page/3/about-us.html [30 Disember 2016]. Ian, S. (2007). Software Engineering. Addison-Wesley. Local Urgent Courier Delivery Services in Singapore FastFast SG. (n.d.). from https://fastfast.delivery/ [31 Mac 2017]. Soon, T. J. (2008). QR code. Synthesis Journal 2008, 59 78. Spatula.io. (n.d.). from http://www.spatula.io/ [21 Januari 2017]. Sutheebanjard, P., & Premchaiswadi, W. (2010). QR-code generator. In 2010 Eighth International Conference on ICT and Knowledge Engineering (pp. 89 92). IEEE. https://doi.org/10.1109/ictke.2010.5692920 Yetisen, A. K., Volpatti, L. R., Coskun, A. F., Cho, S., Kamrani, E., Butt, H., Yun, S. H. (2015). Entrepreneurship. Lab Chip, 15(18), 3638 3660. https://doi.org/10.1039/c5lc00577a Faidzul Nasruddin. 2015. Introduction to TTTP2543 WEB PROGRAMMING. 15 muka surat 9