Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

Similar documents
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

IIIIIIIIIIIIIIIIüiMi ii

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KERJA TERHAD-AP PEMINDAHAN LATlHAN. SURlANI BINTI UDIN

DASAR PENGGUNAAN TURNITIN

PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP KRAFTANGAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama. Sidang Akademik 1998/99. Ogos/September HGT Kaedah Kuantitatif Dalam Geografi

KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KERIAN YANG TIDAK BERPENGHUNI: FAKTOR DAN PENYELESAIAN MOHAMAD SOFFIE BIN BORHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN KAJIAN UNTUK INDUSTRI HOTEL MUHAMMAD ALHAM BIN ISHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN. Methodologi yang digunapakai di dalam melaksanakan kajian ini

SISTEM PENGURUSAN KUALITI: AMALAN TERBAIK PROSES TUNTUTAN PEMBAYARAN DARI PIHAK KONTRAKTOR KEPADA PIHAK KLIEN AZLIN FARHANA BINTI RAMLI

Profil Jabatan : Persekitaran, Pertalian Hubungan dan Tahap Kedudukan Strategik

STRAY CATS MANAGEMENT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YONG PEI CHEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kandungan. 1. Pengenalan 2. Definisi & Tanggungjawab majikan 3. Definisi &Tanggungjawab pekerja 4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

3.4.2 Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level Data Flow Diagram Level BAB 4. HASIL PENELITIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPETITIVENESS ANALYSIS OF THE MALAYSIAN COCOA INDUSTRY

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian Am

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2018

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

PEMBANGUNAN APLIKASI idispatch MENGGUNAKAN QRCODE DAN GPS

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL, CABARAN SERTA KEBAIKAN PELAKSANAAN SENIBINA PERUSAHAAN (EA) DALAM AGENSI AWAM MALAYSIA

Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia.

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, GAMBANG

STUDY ON SUITABLE HABITAT FOR SWIFTLET FARMING TEO WEE CHAI

Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia OBJEKTIF

ABSTRAK. pesantren yang menyokong secara tertutup atau pesantren yang neutral politik.

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016

PRUlink global leaders fund

` OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TOPIC 10 LOYALTY TO A COMPANY (KESETIAAN KEPADA SYARIKAT)

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2003 PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

( Agensi di bawah KPDNKK ) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 6/2017 BAGI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR MADYA

FAKTOR - FAKTOR YANG BERKAITAN MUTU PENJAGAAN PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN UTAMA DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Oleh

PREVALENCE OF SALMONELLA, ESCHERICHIA COLI O157:H7, LISTERIA MONOCYTOGENES AND STAPHYLOCOCCUS AUREUS IN RAW BEEF IN KELANTAN

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

PENGGUNAAN KAEDAH PENCERITAAN ANIMASI 3D DALAM MENGURANGKAN KETAKUTAN KANAK - KANAK TERHADAP RAWATAN PERGIGIAN

.Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Unl~Msltl Malavsla Terengganu (UM.n

Kesan Baja Nitrogen dan Kepadatan Penanaman ke atas Hasil Biji Foxtail Millet

1IIIi~I~~I~II~I~lfl!I~I~~II~I~li~il~i~~~IIII! ~. -,-- \: 1 'i "

2. PERMOHONAN PEMBIAYAAN (Perlu dinyatakan tujuan pembiayaan bagi setiap jenis kemudahan, i.e.pembelian mesin/modal kerja)

MODUL PINTAS 2018 TINGKATAN /3 BIOLOGY Kertas 3 September/Oktober 1 1/2 jam Satu jam tiga puluh minit

KOD ETIKA PERNIAGAAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA CODE OF BUSINESS ETHIC (COBE)

GARIS PANDUAN LATIHAN SANGKUTAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESEDARAN PEKERJA TERHADAP PENCEMARAN BUNYI TAPAK BINAAN DI NUSAJAYA WAN AMIR JOHARI BIN WAN MAHMOOD

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2006 PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih.

Saya tidak berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan dan berasa sangat tertekan kerana perlu membayar barang rosak selama bertahun-tahun lagi.

GARIS PANDUAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GERAKANPEMBARUAN NABIIBRAHIMAS

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

KESAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA: TINJAUAN DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-408/17 ANTARA ASRAF ARIFF BIN AHMAD AMIRUDIN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) - 29 March 2010

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK09. ARAHAN KERJA PENGURUSAN KES SURGERI Tarikh: 11/03/2016

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION (FITMC)

Question 1. Sample answer: Number of tortoises marked in the second capture / unit Bilangan kura-kura yang bertanda dalam tangkapan kedua

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-BPK/P004 PROSEDUR SWA AKREDITASI PENUH PROGRAM PENGAJIAN. Log KelulusanKurikulumdanAkreditasi Program

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P002 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI MALAYA

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK10 ARAHAN KERJA PENGURUSAN PERKHIDMATAN ANESTESIA

PROSES&DAN&PROSEDUR&PENGAMBILAN&PEKERJA&BANGLADESH&DI&SARAWAK

S.I.P SISTEM INSURANS PEKERJAAN. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan Di Malaysia. Abdul Halim bin Mansor Presiden MTUC KANDUNGAN

KOD TATA AMALAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI. Untuk Sektor Perbankan dan Institusi Kewangan

PEMBIAYAAN MIKRO : AR RAHNU

IKHLAS FAMILY INCOME SECURE TAKAFUL RIDER BENEFIT. Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang.

PENILAIAN SHARI AH 1) PRODUK RUNCIT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

DAN KORAM BALIA YUSOF WAHI, JCA HAMID SULTAN ABU BACKER, JCA ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA

GARIS PANDUAN PROGRAM PENGAWASAN PERUBATAN

Nota : Stat Akademik boleh menggunakan HCMS Versi 3 untuk penyediaan SKT.

Prinsip Bon Hijau Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Hijau. 2 Jun 2017

Aspek Perlindungan Sinaran dalam Pengimejan Perubatan. Radiation Safety considerations in Medical Imaging

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT & PENYATA PENDEDAHAN RISIKO PRODUK. CIMB Fund-Linked FRNID ( Pelaburan )

PEROLEHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

TAKLIMAT PENGENALAN & PANDUAN PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS SEKTOR AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BVT 313/4 Medical and Veterinary Parasitology [Parasitologi Perubatan dan Veterinar]

PEMBIAYAAN MIKRO MENTRANSFORMASI EKONOMI RAKYAT Oleh Ahmad Faizal Shaarani Pusat Perakaunan dan Kewangan, MKM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETECTION OF INFECTION AND DETERMINATION OF BIOMARKERS FOR BRUCELLA MELITENSIS INFECTION IN GOATS

PROSEDUR OPERASI PIAWAI PKTMK

BEMS SF Summary. Hospital Tuanku Ja afar, Seremban RM 520, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah RM 478,014.74

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGUKURAN KETELUSAN LOGAM EMAS DAN CECAIR DENGAN KAEDAH RESONANS PLASMON PERMUKAAN ROSMIZA BT. MOKHTAR FSAS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Seminar Fizik 2000 Universiti Malaysia Sabah, Nov 2000 Crossover into the Newtonian Beliefs -A Preliminary Study on the First Semester Engineering

AKTIVITI ANTIMIKROB EKSTRAK Vernonia cinerea L., Tridax procumbens L., DAN Emilia sonchifolia L. DARIPADA FAMILI ASTERACEAE YOGA LATHA A/P LACHIMANAN

Tafsiran Evolusi Sosial dan Konsep Kerajaan berdasarkan Falsafah Marx-Engels: Kesesuaian dan Aplikasi?

BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN BERJANGKA-i BERCAGARKAN SIJIL AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN(JBK) Birundeng: Penyelesaian Konflik Etnik Bidayuh

Faktor Individu Sebagai Komponen Menyumbang Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-Dagang

: 13 November 2014 (Khamis) : 9.00 pagi : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider

PERADUAN BREEZE & COMFORT PAKAIAN BERSIH, KEWANGIAN BERKEKALAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Transcription:

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia KEADIIAN DISTRIBUTIF MEMPENGARUHI PERHUBUNGAN ANTARA REKABENTUK SISTEM PAMPASAN DAN PRESTASI KERJA Muhd Nurazuar Bin Mohammad Razmi HD 58.7 M952 2005 Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) 2005

P. KHIDMAT MUNgYIAäAT AKADEMIK Pusat Khidmat MakiUtnat Aka Wý MAI Sýa rah ývgrsiti l 11111111111111111 94ý(><, Koý- 1000143677 Keadiian Distributif Mempengaruhi Perhubungan Antara Rekabentuk Sistem Pampasan dan Prestasi Kerja Oleh: Muhd Nurazuar Bin Mohammad Razmi Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak 2005 i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS KEADILAN DISTRIBUTIF MEMPENGARUHI PERHUBUNGAN ANTARA REKABENTUK SISTEM PAMPASAN KERJA SESI PENGAJIAN : 2003-2005 Saya MUHD NURAZUAR BIN MOHAMMAD RAZMI mengaku membenarkan tesis bagi Ijazah Sarjana Muda ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara intitusi pengajian tinggi 5. Sila tandakan (, /) SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) O TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) 7 TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGA PEN ELIA) No 249, Jalan Melor, Felda Keniahang 3, 17510 Tanah Merah, Kelantan. Tarikh: :. S 5 ý ' C: ) q Tarikh: 7 a"ý. S

Projek bertajuk "Keadilan Distributif Mempengaruhi Perhubungan Antara Rekabentuk Sistem Pampasan dan Prestasi Kerja" telah disediakan oleh Muhd Nurazuar Bin Mohammad Razmi dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia). Diterima untuk diperiksa oleh... (Dr. Azman Bin Ismail) Tarikh:... 11

PENGHARGAAN Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan projek tahun akhir ini dengan jayanya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Berkat kesabaran serta komitmen yang tinggi dari diri, rakan-rakan dan pensyarahpensyarah inilah hasilnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan penyelia saya, Dr. Azman Bin Ismail yang telah banyak membantu dalam menyiapkan projek tahun akhir ini. Berkat tunjuk ajar serta kesabaran beliau dalam membantu saya, dapat saya menyiapkan projek tahun akhir ini tepat pada masa yang telah dijanjikan. Tanpa sokongan serta tunjuk ajar dari behau, adalah mustahil saya dapat menyiapkan projek ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang telah memberikan sokongan yang tidak terhingga kepada saya dalam menyiapkan projek ini. Seterusnya kepada insan teristimewa, Mahirah Kamaludin yang telah banyak membantu saya dalam memberi idea dan inspirasi kepada saya dalam menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan saya seperi Fatah, Fadzil, Azimie, Jagged, Pika, Harry, Awang dan lainlain, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sama-sama membantu dalam menyiapkan projek ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan di Pejabat Pos Besar (Pusat Mel) Kuching di atas kerjasama yang telah diberikan dan juga kepada semua pensyarah Program Pembangunan Sumber Manusia yang sentiasa membantu dan memberi semangat kepada saya sepanjang tempoh pengajian di UNIMAS. Akhir sekali sekalung penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan program Pembangunan Sumber Manusia 2002-2005 yang boleh dikatakan pencetus semangat dan juga motivasi yang tinggi dalam menyediakan projek tahun akhir ini. 111

Pusat Khidmat Maklumat Akademm UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 943(1(1 Kota Samarahan JADUAL KANDUNGAN Pengenalan 1.0 Pengenalan 1.1 Latar belakang kajian 1.2 Penyataan masalah 1.3 Objektif kajian 1.3.1 Objektif umum 1.3.2 Objektif khusus 1.4 Rangka konseptual kajian 1.5 Hipotesis 1.5.1 Hipotesis Umum 1.5.2 Hipotesis Khusus 1.6 Kepentingan kajian 1.7 Definisi istilah 1.7.1 Pampasan 1.7.2 Keadilan Distributif 1.7.3 Prestasi Kerja 1.8 Limitasi 1.9 Kesimpulan. 1 2 2 4 5 5 6 6 7 7 8 8 9 9 10 11 12 13 2 Kajian semula penulisan 2.0 Pengenalan 2.1 Pampasan 2.1.1 Pampasan Kewangan 2.1.2 Faedah 2.2 Tujuan Sistem Pampasan 2.3 Elemen dalam rekabentuk sistem pampasan 2.3.1 Struktur Pampasan 14 14 15 15 16 17 19 19 iv

2.3.2 Tahap Pampasan 20 2.4 Proses Merekabentuk Sistem Pampasan 21 2.5 Teori yang Menyokong Keadilan Distributif Mempengaruhi Hubungan di Antara Sistem Pampasan dan Prestasi Kerja 23 2.5.1 Teori Kesamaan 23 2.5.2 Teori Keadilan Distributif 24 2.5.3 Teori Pertukaran Sosial 26 2.6 Kesimpulan 27 3 Kaedah Penyelidikan 3.0 Pengenalan 3.1 Rekabentuk kajian 3.2 Populasi dan sampel 3.3 Rekabentuk Sampel 3.4 Lokasi Kajian 3.5 Rekabentuk Instrumen kajian 3.6 Pengumpulan data 3.6.1 Pengumpulan data primer 3.6.2 Pengumpulan data sekunder 3.7 Analisis data 3.7.1 Penapisan Data 3.7.2 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan 3.7.3 Korelasi Pearson 3.7.4 Analisis Regresi Berganda 3.8 Kesimpulan 28 28 29 29 29 30 30 31 32 34 34 34 35 36 37 39 4 Dapatan Kajian dan Perbincangan 40 4.0 Pengenalan 40 4.1 Latar belakang responden 41 4.2 Hasil temubual 44 4.3 Penapisan data 47 V

4.4 Analisis Kesahan dan Ujian Kebolehpercayaan 48 4.5 Analisis Kolerasi 49 4.6 Keputusan Hierarki Moderasi 51 4.7 Rumusan keseluruhan bagi pengujian hipotesis 52 4.8 Kesimpulan 54 5 Rumusan dan Cadangan 55 5.0 Pengenalan 55 5.1 Rumusan Kajian 56 5.2 Implikasi kajian 57 5.2.1 Implikasi kajian kepada teori 57 5.2.2 Implikasi kajian kepada kaedah penyelidikan 57 5.2.1 Implikasi kajian kepada pengamal sumber manusia 57 5.3 Rumusan 58 5.4 Cadangan 59 5.5 Kesimpulan 61 6 Rujukan 7 Lampiran V1

SENARAI RAJAH. Rajah 1 Rangka Konseptual Kajian 7 Rajah 2 Rangka Teori Konseptual yang diubah suai untuk kajian yang akan datang 61 SENARAI JADUAL Jadual 1 Tafsiran korelasi pearson Y. 37 Jadual 2 Taburan kekerapan dan peratusan bagi jantina responden 41 Jadual 3 Taburan kekerapan dan peratusan bagi umur responden 41 Jadual 4 Taburan kekerapan dan peratusan bagi tahap pendidikan responden 42 Jadual 5 Taburan kekerapan dan peratusan bagi tempoh perkhidmatan responden 42 Jadual 6 Taburan kekerapan dan peratusan bagi jumlah gaji responden 43 vii

Jadual 7 Taburan kekerapan dan peratusan bagi jawatan responden 43 Jadual 8 Ringkasan temu bual yang dijalankan terhadap 7 orang pekerja organisasi kajian. 44 Jadual 9 Keputusan Ujian Penapisan Data 47 Jadual 10 Keputusan Kesahan dan Kebolehpercayaan Pembolehubah Kajian 49 Jadual 11 Kolerasi Matrik 50 Jadual 12 Keputusan Regresi Hierarki Moderasi (Standardised Beta) 52 Jadua113 Rumusan Keputusan Analisis Hipotesis 58 viii

ABSTRAK KEADILAN DISTRIBUTIF MEMPENGARUHI PERHUBUNGANANTARA REK4BENTU% SISTEM PAMPASAN KERJA Muhd Nurazuar Bin Mohammad Razmi Secara umumnya, rekabentuk sistem pampasan merupakan suatu elemen yang penting dalam mengurus dan membangun sumber modal manusia. Secara khususnya, kesan sistem pengurusan pampasan terhadap prestasi kerja tidak dapat dikesan dengan jelas sekiranya keadilan distributif wujud dalam organisasi. Berdasarkan bukti teori, satu kerangka konseptual telah dibentuk dan diuji kebenarannya di Pejabat Pos Besar (Pusat Mel) Kuching, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif bagi memudahkan kerja-kerja mengumpul dan menganalisis data. Keputusan analisis regresi pelbagai hala moderasi telah menunjukkan bahawa keadilan distributif tidak bertindak sebagai moderator yang lengkap di antara reka bentuk sistem pampasan dengan kepuasan kerja. Dapatan kajian ini menerangkan bahawa jumlah, tahap dan jenis ganjaran kewangan telah membangkitkan perasaan adil dalam diri para pekerja terhadap sistem pampasan dan seterusnya dapat meningkatkan pula prestasi kerja. Sebaliknya, ganjaran bukan kewangan tidak dapat meningkatkan perasaan adil pekerja terhadap sistem pampasan dan perasaan ini tidak dapat meningkatkan prestasi keija. Sekiranya sistem pampasan ini berjaya dilaksanakan ia dapat meningkatkan sikap dan tingkah laku individu yang positif terutama kepuasan kerja di organisasi. ix

ABSTRACT INTERACTION EFFECT BETWEEN THE DESIGNS OF COMPENSATION SYSTEM WITH DISTRIBUTIVE JUSTICE TOWARDS JOB PERFORMANCE Muhd Nurazuar Bin Mohammad Razmi Generally, compensation literature showed that compensation management system is one of important element in managing and developing human resources capital. It has also show that pay design system may affect individual attitudes and behaviors. The effect of pay design issues on job performance does not clear if distributive justice is present in organization. This study used qualitative and quantitative research designs as a procedure for collecting and analyzing the data. The outcomes of multiple regression analysis showed that distributive justice played a moderating role in the relationship between pay design system and job performance. These findings are consistent with compensation literature. This study has significant implications to theory, research methodology and human resources practitioners. In term of theoretical contribution, these findings showed that distributive justice played important rolls that can influence the compensation management. Meanwhile, this study also used to support human resource manager to design the compensation system that can influence the employee's attitude and behavior X

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Bab ini mengandungi lapan bahagian. Bahagian pertama menjelaskan latar belakang kajian. Bahagian kedua dan ketiga membincangkan pernyataan masalah kajian dan objektif kajian. Bahagian keempat menerangkan mengenai hipotesis kajian. Bahagian kelima dan keenam menyatakan model kajian dan kepentingan kajian ini. manakala bahagian ketujuh dan kelapan menjelaskan limitasi dan definisi istilah di dalam kajian ini. I

1.1 Latar Belakang Kajian Sistem pampasan ialah sesuatu yang dikehendaki dan dihargai oleh pekerja (Poon, 1994). Sesebuah organisasi haruslah memiliki keupayaan untuk memberi ganjaran untuk memotivasikan para pekerja bagi mencapai matlamat organisasi (Beer & Spector, 1985). Sistem pampasan dalam organisasi mengandungi sesuatu yang dihargai dan diingini oleh diberikan oleh majikan kepada pekerja sebagai pertukaran di antara sumbangan pekeija dengan ganjaran kerja. Ini dapat menarik, memotivasikan dan mengekalkan pekerja dalam semua peringkat di organisasi (Carrell, Kuzmits dan Albert, 1992) Menurut Fisher, Schoefeldt dan Shaw (1993), sistem pampasan yang dilaksanankan secara terancang dapat meningkatkan sikap dan gelagat pekerja yang positif seperti kepuasan, komitmen dan prestasi. Sebagai contoh, pemberian ganjaran yang tinggi kepada pekerja yang dapat meningkatkan kepuasan, komitmen dan prestasi mereka di tempat kerja. Tan Kwang How (1995) pula menekankan pemberian pampasan adalah mekanisme yang penting dalam meningkatkan prestasi pekerja dan akan mendorong mereka untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi. Manakala menurut Steers dan Porter (1991) menyatakan bahawa objektif sistem pampasan boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dari segi menarik dan mengekalkan pekerja, memotivasi pekerja untuk memperolehi prestasi kerja yang lebih baik serta mempengaruhi budaya organisasi itu sendiri. Pekerja merupakan aset atau sumber yang sangat bernilai dalam organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat penubuhan sesebuah organisasi itu (Coates, 2

Jarratt dan Mahaffie, 1990). Oleh yang demikian, pengaplikasian rekabentuk sistem pampasan di dalam sesebuah organisasi itu adalah kaedah yang sesuai bagi menarik minat pekerja agar terus berminat untuk menaburkan khidmat terhadap organisasi itu sendiri. Pencapaian prestasi pekerja yang berada di tahap tinggi sering juga dikaitkan dengan faktor sistem pampasan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi. Fisher et al. (1993) menyatakan bahawa pekerja mempercayai bahawa sistem pampasan pada keseluruhannya berperanan penting dalam memberi kesan pada prestasi kerja mereka. Ini adalah kerana, pekerja lebih cenderung menjangkakan pampasan yang diterima adalah berdasarkan pada prestasi yang dicapai oleh mereka semasa menjalankan tugas. Walaubagaimana sekalipun bentuk pampasan yang diberikan organisasi terhadap pekerja, ia akan lebih berkesan jika sistem pampasan tersebut mampu untuk meningkatkan komitmen pekerja khususnya terhadap motivasi dan prestasi kerja individu itu sendiri. Pampasan merupakan sesuatu yang amat penting dan sering dijadikan tumpuan utama pekerja. Oleh itu, organisasi yang tidak mementingkan pampasan dalam perlaksanaan mereka akan menghadapi masalah yang berkaitan dengan pekerja yang tidak bermotivasi dan mempunyai prestasi yang rendah (McAdam, 1996). Kecekapan, kepantasan tugas yang dijalankan dan hasil kerja yang diterima oleh organisasi adalah bergantung kepada bentuk pampasan yang diterima. Manakala Plunket dan Attner (1994) pula mengenalpasti pampasan yang tinggi serta baik boleh mendapat tindakbalas prestasi yang memberansangkan. Mereka turut merumuskan terdapat tiga objektif utama ganjaran diberikan kepada 3

individu iaitu untuk menarik minat individu, membangun dan mengekalkan potensi prestasi kerja. 1.2 Kenyataan Masalah Kajian lepas pengurusan pampasan menunjukkan bahawa reka bentuk sistem pampasan sesebuah organisasi mempengaruhi secara langsung kepada prestasi kerja (Siegrist, 1996). Pekeija yang menyedari keadilan dalam pembayaran gaji dan pemberian pampasan mereka akan mempengaruhi secara positif dalam tindakbalas kerja yang berkesan dan akan mempertingkatkan prestasi kerja kepuasan dalam menjalankan tugasan mereka. Manakala Blau (1994) pula menyatakan bahawa pekerja boleh bertindak balas untuk lebih berinovasi terhadap peningkatan tahap prestasi kerja mereka sekiranya pekerja berkenaan menyedari yang usaha mereka berpadanan dan adil dengan ganjaran kewangan yang diberikan oleh organisasi. Kajian yang mendalam terhadap pengurusan pampasan mendapati bahawa reka bentuk sistem pampasan tidak dapat mempengaruhi prestasi kerja secara langsung sekiranya keadilan distributif wujud di dalam organisasi (Summer dan Miller, 2000). Kajian yang dijalankan mendapati bahawa keadilan distributif boleh mempengaruhi dan memberi kesan kepada prestasi kerja pekerja dan komitmen organisasi. Kajian yang dijalankan ini juga adalah bagi mengetahui sama ada keadilan distributif mempengaruhi perhubungan rekabentuk sistem pampasan dalam meningkatkan prestasi kerja pekerja di Pejabat Pos Malaysia (Pusat Mel) Bahagian 4

Kuching. Pos Malaysia (Pusat Mel) Kuching merupakan salah sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan penghantaran surat-surat atau bungkusan untuk diedarkan kepada pengguna-pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka. Pusat Mel ini merupakan salah satu cawangan Pos Malaysia Berhad. Persoalan yang ingin diketengahkan dan dibincangkan dalam penulisan ini ialah mengenai hubungan sistem pampasan dengan prestasi kerja seseorang individu itu dan adakah ia mempunyai keadilan distributif didalam pemberiannya. Menurut Yakovac (1996) pampasan berperanan penting dalam memotivasikan tingkah laku dan memberi kepuasan kepada individu. Ini kerana mereka mendapati ganjaran yang setimpal dengan tugas adalah mampu menggalakkan mereka menjalankan tugas dengan baik. 1.3 Objektif Kajian Terdapat duajenis objektif kajian ini iaitu, objektif umum dan objektif khusus. 1.3.1 Objektif umum. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kesan interaksi antara rekabentu sistem pampasan dengan keadilan distributif terhadap prestasi kerja. 5

1.3.2 Objektif khusus. Khususnya, objektif kajian ini ialah : 1.3.2.1 Mengkaji kesan interaksi antara ganjaran kewangan dengan keadilan distributif terhadap prestasi kerja. 1.3.2.2 Mengkaji kesan interaksi antara faedah dengan keadilan distributif terhadap prestasi keija. 1.4 Rangka Konseptual Kajian Kerangka konseptual kajian ini adalah mengandungi tiga jenis pembolehubah iaitu pembolehubah tidak bersandar, pembolehubah moderator dan pembolehubah bersandar. Pembolehubah tidak bersandar diwakili oleh reka bentuk sistem pampasan iaitu ganjaran kewangan dan ganjaran bukan kewangan (faedah). Pembolehubah moderator diwakili oleh keadilan distributif manakala pembolehubah bersandar pula diwakili oleh prestasi kerja. 6

Rajah 1 : Kerangka Konsepsual Kajian PEMBOLEHUBAH BEBAS PEMBOLEHUBAH BERSANDAR REKABENTUK PAMPASAN 1- Kewangan 2- Faedah i KEADILAN DISTRIBUTIF PRESTASI KERJA PEMBOLEHUBAH MODERATOR 1.5 Hipotesis Kajian Terdapat dua jenis hipotesis dalam kaijan ini iaitu hipotesis umum dan hipotesis khusus. 1.5.1 Hipotesis Kajian Umum H: Keadilan Distributif mempengaruhi perhubungan antara Sistem Pampasan dan Prestasi Kerja. 7

1.5.2 Hipotesis Kajian Khusus HAI : Keadilan distributif mempengaruhi perhubungan antara Pampasan Berbentuk Kewangan dan prestasi kerja. HA2: Keadilan distributif mempengaruhi perhubungan antara Pampasan Berbentuk Faedah dan prestasi keija. 1.6 Kepentingan Kajian Secara amnya, kajian ini memberikan kepentingan kepada pengamal sumber manusia khususnya dan secara amnya kepada organisasi. Dapatan kajian ini diharap dijadikan panduan atau rujukan oleh pihak pengurus sumber manusia di dalam organisasi dalam membuat proses merekabentuk sistem pampasan di organisasi. Pihak pengurusan perlu mengambil kira semua aspek dalam proses merekabentuk sistem pampasan termasuk mengambil kira faktor dalaman dan luaran organisasi agar mampu bersaing dengan organisasi lain. Sistem pampasan yang adil memberi perspektif yang positif kepada pekerja serta mampu mempengaruhi sikap dan tingkah laku pekerja terhadap tugas yang diberikan oleh majikan. Selain itu, ia juga mampu memotivasikan pekerja dalam meningkatkan prestasi kerja. Ini kerana kebanyakan pekerja yang mempunyai tingkah laku dan sikap yang negatif serta prestasi kerja yang kurang memuaskan mungkin berasa ketidakpuasan terhadap sistem pampasan yang diterima. 8

1.7 Definisi Istila6 1.7.1 Pampasan Di negara barat, pampasan biasanya ditakriflcan sebagai saraan (Rajkumar, 1996), ganjaran (Armstrong & Murlis, 1994), dan bayaran (Henderson, 2000). Di negara-negara timur seperti China, para pekerja tidak menganggap pampasan sebagai gaji dan faedah tetapi sebagai "dai yu" (bagaimana majikan menjaga kebajikan pekerja mereka) (Milkovich & Newman, 1999). Di Jepun, pampasan dianggap sebagai "kyuyo " (memberi sesuatu) yang bermaksud pemberian dari seseorang yang lebih berkuasa seperti ketua feudal, maharaja ataupun ketua samurai. Pada masa kini, konsultan perniagaan Jepun mengubah tafsiran tradisional ini kepada "hou-syu" (ganjaran) iaitu ganjaran yang tidak bersangkutan dengan pihak yang lebih berkuasa (Milkovich & Newman, 1999). Golongan pekeija di Republik Czechs pula mengganggap pampasan sebagai "platit" (untuk dibayar) (Milkovich & Newman, 1999). Walaupun setiap budaya mempunyai cara tersendiri untuk menerangkan pampasan, tetapi pada dasarnya ia merujuk kepada maksud yang sama iaitu pertukaran sesuatu yang bernilai. Dan perspektif organisasi, pampasan ditakrif sebagai salah satu fungsi dalam pengurusan sumber manusia yang sangat penting. la melibatkan perancangan, pengaturan dan pengawalan setiap jenis sistem ganjaran untuk diberi kepada pekerja yang menjalankan kerja atau perkhidmatan. Majikan biasanya 9

memperuntukan ganjaran berdasarkan nilai kerja, tahap sumbangan pekerja dan tahap prestasi (Milkovich & Newman, 1999). Dressler (1993) juga berpendapat pampasan pekerjaan bermaksud semua bentuk bayaran atau ganjaran yang diberikan kepada pekerja mengikut pekerjaan yang dilakukan. Ia merangkumi bayaran berbenruk kewangan secara langsung yang meliputi upah, gaji, insentif, komisen dan bonus; bayaran tidak langsung dalam bentuk faedah pekerja seperti penyediaan insurans kepada pekerja oleh majikan dan percutian; dan juga dalam bentuk ganjaran bukan berbentuk kewangan seperti masa kerja yang fleksibel, kerja yang lebih mencabar dan suasana di tempat kerja yang baik. 1.7.2 Keadilan Distributif Keadilan Distributif merupakan suatu anggapan kepada keadilan dari segi jumlah dan peruntukan ganjaran yang diterima berbanding individu yang lain (Robbins, 2003). Apabila perasaan kedailan distributif wujud dalam diri seseorang, ia mampu menarik, mengekalkan pekerja dan memotivasi pekerja untuk meningkatkan prestasi kerja, untuk mengekalkan status dan sebagai salah satu sumber dalam menjalankan kerja. Martin (1981) membuat kajian perbandingan di antara gaji sebenar dan plan pembayaran berdasarkan pengalaman pekerja di kalangan pekerja kolar biru yang berpengalaman ( saiz sampel : 100). Hasil kajian ini telah mendapati bahawa pekerja yang merasa tidak adil terhadap pembahagian tahap gaji dan pampasan 10

telah mendorong mereka mengurangkan daya usaha dalam menjalankan tugasan mereka. Perasaan keadilan distributif terhadap sistem pampasan boleh meningkatkan prestasi kerja seseorang individu. Menurut Teori Pertukaran Sosial (Blau, 1964), pekerja-pekerja boleh bertindakbalas untuk lebih menjadi berinovasi terhadap peningkatan tahap permintaan kerja di mana pekerja-pekerja berkenaan menyedari yang usaha mereka berpadanan ganjaran yang diberikan oleh organisasi. Sekiranya pekerja-pekerja tersebut tidak dibayar secara adil, tahap yang lebih tinggi dalam permintaan kerja tidak dapat memotivasikan mereka untuk meningkatkan inovasi cara kerja dalam organisasi. 1.7.3 Prestasi Kerja Terdapat beberapa huraian yang berbeza digunakan oleh pengkaji yang berlainan untuk menghuraikan mengenai prestasi kerja individu dan bagaimanakah ianya dinilai terhadap individu tersebut. Hiltrop dan Despres (1991) menyatakan bahawa prestasi kerja ialah penambahan nilai di dalam sesuatu aktiviti atau tugas oleh seseorang individu semasa mereka bekerja. Manakala Jones dan Daniel (1995) pula mendefinisikan prestasi kerja sebagai tahap pencapaian pekerja mengikut sesuatu standard (piawai) yang dikehendaki atau ditentukan oleh majikan. Penilaian prestasi pula ialah satu proses persetujuan antara majikan dan individu terhadap prestasi kerja yang dijangkakan. Lantaran dari itu sebelum penilaian prestasi individu dijalankan, keputusan prestasi individu perlu diambil 11

kira bagi memperbaiki segala kesilapan dan kelemahan yang sedia ada (Miller, 1993). Cascio (1989) pula berpendapat bahawa penilaian prestasi ialah huraian yang bersistem dan hampir lengkap tentang kekuatan dan kelemahan berhubung dengan kerja seseorang. Beliau menambah tujuan perlaksanaan penilaian prestasi ini ialah untuk memperbaiki prestasi pekerja dan juga untuk memberikan maklumat kepada pengurus dan pekerja itu sendiri. Ia juga adalah sebagai asas dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan kerja tersebut. 1.8 Limitasi Kajian ini hanya mengenengahkan peranan keadilan distributif dalam mempengaruhi perhubungan antara rekabentuk sistem pampasan dan prestasi kerja dalam meningkatkan prestasi kerja pekerja di Pejabat Pos Malaysia (Pusat Mel) Bahagian Kuching. Kajian ini juga turut dibatasi oleh budaya dan undang-undang yang akan dikenakan oleh organisasi kepada kajian ini. 12